8.30.2010

~Teleblogger :: Angan 02 ~


Kesinambungan dari TB : Angan 




Kawaii eiffel mempersembahkan...





:: Teleblogger : Angan 02 ::


Sara melentokkan kepalanya di bahu Akim. Manakala Akim memeluk pinggang Sara. Sungguh Sara gembira dapat bersama dengan yang tersayang. Mereka duduk di pohon beringin yang besar.  Menghadap tasik buatan yg sedikit berbau hanyir kerana tidak terjaga. Mungkin baunya ada seperti Tasik Titiwangsa di suatu ketika dulu sebelum ianya menjadi tarikan pelancong atau Sungai Gombak yang keruh seperti teh tarik.




Sara tau tentang itu kerana dia pernah pergi ke sana suatu ketika dia datang ke Kuala Lumpur bersama rakan-rakannya. Ketika mereka di Titiwangsa, mereka pernah ternampak bangkai anjing di dalam kolam tersebut. Pada mulanya dia sangkakan ianya batu. Tapi bila mereka jolok menggunakan kayu, terkejut mereka pabila terlihatkan bangkai seekor anjing yang terapung-apung. Terus mereka terasa nak loya. Padanlah tasik itu berbau. Selain itu, dia juga ada terdengarkan banyak tentang kisah seram di Titiwangsa.







Angin bertiup lembut, selembut hembusan bayu. Namun masih ada daun yang berguguran walaupun angin hanya berbisik perlahan. Mungkin sudah tiba masa untuk daun itu gugur lalu jatuh ke tanah. Sara dan Akim duduk berdua menghabiskan masa bersama. Tanpa masalah. Lagaknya seperti orang muda yang sedang hangat bercinta.  Langit yang cerah. Awan yang berbentuk seperti ‘hati’ kelihatan berarak mendekati mereka. Sungguh romantis. Sara terasa bahagia. Ingin sahaja dia begini selamanya.



#####



“Sara, abang nak duit.” sapa Akim yang muncul entah dari mana.



Tersedar Sara dari lamunannya.



“Sara tak ada duitlah bang,” jawab Sara perlahan.




“Ko jangan nak menipu aku!!!” suara Akim betukar menjadi tegang. Marah betul dia. Dia mintak elok-elok, sikit pun isterinya tak peduli. Dia mula masuk ke dalam bilik. Sara kemudian membontoti suaminya untuk menghalang perbuatan rakus suaminya. Akim menyelongkar almari baju. Mencari beg tangan dan ‘purse’ isterinya. Habis kesemua baju yang berlipat tersusun kemas tinggi itu bersepah bagai dilanda badai.  




Sara baru tiba di biliknya, dia nampak Akim sedang mencari sesuatu. Dia tahu apa yang Akim sedang cari. Sara meraba-raba dicelah pakaian yang ‘roboh’ seolah-olah mengikut tindak-tanduk suaminya. Mereka menyelak satu-persatu pakaian yang besepah. Seolah-olah sedang berada dalam pertandingan mencari harta karun di dalam pakaian.  Kemudian, Sara ternampak barang yang dicarinya. Pantas dia mencapai, namun perbuatannya itu disedari oleh Akim.



“Betullah bang. Sara tak ada duit. Kalau ada pun, cukup-cukup jer untuk bulan ni.” jawab Sara cuba untuk memujuk suaminya.



“Bak sini!!!” jerkah Akim.


“Tak boleh bang.” Sara menjawab perlahan.



“Bak sini aku cakap!!!” jerit Akim lagi.


“Tak boleh bang, tolong lah.” rayu Sara.



“Aku cakap bak sini!!! Apa yang kau tak paham, hah???”, jerit Akim dengan nada yang lebih lantang. Terkeluar semua urat-urat dileher Akim.


Akim terus merampas ‘purse’ Sara. Sara ingin merebut kembali ‘purse’ nya itu. Namun ditolaknya Sara ke sisi, Sara terjatuh dan hampir kepala Sara mengenai penjuru katil. Tergesa-gesa dia membuka dan melihat isinya. Hanya ada beberapa keping not RM10. Dikautnya, lalu disumbatkan ke dalam poket jeansnya.Sara hanya mampu memandang ‘purse’nya yang seolah-olah telah 'dirogol' akan isinya. Lalu Sara bertindak menghalang Akim keluar dari rumah itu.



 “Tepilah!!!” tengking Akim lalu  menolak tubuh isterinya. Kali ini lebih kuat. Sekali lagi Sara terjatuh.



bersambung…

3 comments:

Lya Colours said...

ee benci aku si akim tuh
tau nk perabih duit bini je !!
ceh emosi lak
padahal cerita je pon
hahaha

kiba said...

lelaki semua same je! hmph.
haha
sambung sambung!

maisyara Pot! Pot! said...

ko ni. aku benci bace cerita cm ni. nyampah yooo dgn lelaki cm tuh...



* bujet emosi lebih je xD