10.30.2010

Siapakah?????


Salam…


Hi korang…ini hanya entry pendek…

kawan ei baru upload pica raya…cess…raya da nak setaun baru nak upload… -.-"



Camtaek kan!!!


Antara pica yang dia tepek kat fb tuh sangat ler menyeramkan…


Location :: ICT Shah ALam…
Date :: Tak ingat…tapi kalau tak silap raya ketiga…tahun ini…


Apa yang menjadi tanda Tanya adalah…picca ini…

Mereka  pergi berlima…dan kawan ei tuh sorang jerk perempuan…

Pada hari tuh, dia memakai baju hitam polka dot…tapi bila salah sorang amik picca…tetiba…



Hasilnya…



Seramkan?!!!!

Yang menjadi tanda Tanya…siapakah perempuan berbaju putih berambut panjang…kalau tengok dari belakang, susuk tubuhnya saling tak tumpah ngan saiz badan kawan ei tuh…tapi pada ketika itu, dia tidak memakai baju putih...







Apakah?????




p/s :: Oke...malam ni tido bukak lampuu...


10.29.2010

Tamara dan Corset 02 :: 18X


salam…



hi korang…*ngah mood happy…sebab citer ‘My Girlfreind Is Gumiho’ dah tamat semalam…
happy ending…besh giler!!!ngeeeeee…



By the way, korang ingat lagi tak cerita ‘Tamara Dan Corset’??? Kalau tak ingat, nah pergi telaah dulu…


*sila tekan Ctrl + untuk tumbesaran, kerana pada ketika itu, template yg berlainan…



#####



Tamara seorang yang tidak kenal erti putus asa…kalau dulu dia kena halau oleh salesgirl tersebut…tapi dia masih tak berpuas hati, kerana dia yakin…badannya tidaklah kecil sangat…jadi pasti ada saiznya



Semalam, selepas habis pekena sepinggan hidangan Snack Plate dari Kepsi… Tamara pergi lagi ke BukaRahsia, tetapi cawangan yang berlainan.



Kalau tempoh hari, dia pergi BukaRahsia cawangan yang berhampiran dengan kampungnya, tapi kali ni, pergi yang berhampiran dengan opiz pula…



Dia pergi setelah pekena dua ketul ayam yang kecil dan segelas air cocola…
setelah menghabiskan lunch-nya…dia membelek perutnya…yang seakan-akan sedang mengandung…pada hal dia tidak mengandung…mungkin hanya mengandungkan cacing pita barangkali…



‘Alamak, perut aku!!!Ni kalau aku tanya pakai saiz apa untuk corset ni, janganlah dia cakap aku punya saiz L’



….



*aik, asal saiz L pulak???kalau ikot dalam ceritaek ni, tak ada saiz…asal tetiba pulak ni???
mesti…ini yang korang pikir kan…



….



Penceritaan Tamara…kejadian sehari sebelum lunch (kira semalamlah tu)


#####



Akak house mate Tamara juga mengalami masalah perut cacat kedepan / perut terkeluar-keluar a.k.a buncit



Jadi, akak itu juga ingin membeli set corset…bagi sesapa yang tatahu…corset ni, ada pelbagai…ada yg khusus untuk perut, ada yg khas untuk peha, ada yang jenis sarung sekali dari peha ke perut…dan ada juga corset untuk sekali dengan bra…dan sebagainya…




contoh corset...kedit kat en google




Lazimnya, sesiapa yang ingin memiliki badan yang lentik, memang sanggup menyeksa diri dengan memakai corset…nak-nak kalau ingin memakai baju kebaya…



‘Baru cun!!!’ kata mereka.



Iyelah, sebelum kita mendapat sesuatu hasil. Kita perlu berusaha…
‘bukankah usaha itu tangga kejayaan?’



Jadi, akak itu pun pergi BukaRahsia yang berdekatan dengan rumah mereka.




#####




Setibanya di sana…salesgirls di situ juga seorang amoi, namun bukan bernama Ah Moy dalam Tamara dan Corset.



Pada ketika itu, customer agak ramai…dan salesgirls tersebut menjadi busy.



Akak House Mate (AHM) pun mulalah bertanya dengan salesgirl.



“Amoi, saya nak beli corsetlah. Saiz apa ye yang sesuai?” tanya AHM



“U hah??? U pakai L lah.” Jawab amoi tersebut dalam keadaan separuh menjerit dan acuh-tak-acuh…dengan hanya melihat tanpa mengukur. Semua customer memandang AHM.



“Iyeke? Bukan saiz M ker? Boleh saya tengok dulu tak?” tanya AHM bertubi-tubi dan cuba mengawal malu yg dirasai.




Setelah beberapa ketika, amoi tersebut pun mengeluarkan corset bersaiz M dan saiz L.



“U tengok dululah.” kata amoi itu dan melayan customer lain pula.



Dan kemudian bersusah payahlah AHM untuk cuba menyarung corset bersaiz M tersebut.







Lazimnya, corset akan ada 3 pengancing…sapa seperti pengancing bra…



contoh kalau korang amik saiz S


pengancing yg pertama…kalau korang berisi sikit lagi sikit korang kena pakai saiz M
pengancing tengah…kira antara tengah-tengah dalam saiz S
pengancing ketiga…kalau korang susut sikit jerk, corset tuh dah tak ada effect



yang pengancing ketiga tuh tak sama sikit ngan bra…sebab kalau korang tak pakai bra..korang imagine sendirilah apa akan jadi… -.-”




Jadi, AHM ni pakai kancing yang mana?


AHM dah berusaha dan dia mampu pakai saiz M dan muat pada kancing yang ketiga. Namun, baru sahaja dia mengancingkan baru dua…tiga pin…amoi itu menegurnya…



“Tengok, tak muat punya. Kalau u amik saiz M, mesti tak boleh kancing punya.” amoi itu bersuara lantang.


Customer yang lain memandang-mandang AHM. Tapi, AHM hanya mendiamkan diri. Dan kemudian…dia bertanya pula tentang corset untuk peha pula.



“Yang ini pun, u mesti amik saiz L punya. Tadi baju pun saiz L punya maa” amoi itu memberi pendapat.


Kemudian, AHM pun mula bertanya pendapat kawannya.


“U kalau sudah beli ini saiz M, then keluar dari kedai satu minit saja, sudah tak boleh tukar lagi tau…” ugut amoi itu seolah-olah ingin memaksa AHM mengambil saiz L.


Pada ketika itu, kedengaran salah seorang customer



“Orang tuh dah suruh amik saiz L, amik jelah…” bisik customer yang seolah-olah bosan dengan perbualan amoi dan AHM namun sengaja bisikannya itu dikuatkan agar jelas kedengaran.

AHM hanya diam. Mengetap bibir.

“U kalau nk lagi kurus…u beli ubat nilah…nk harapkan corset saja mana boleh maa…” tiba-tiba amoi tadi mula bersuara. Mempromotekan pil langsing pula namun dengan cara yang agak annoying.



*Penceritaan Tamara tamat di situ…




#####

Jadi, korang dah paham kenapa Tamara kata


‘Janganlah dia cakap aku punya saiz L’

Tamara berjalan menuju BukaRahsia. Sesampai di sana…




bersambung...


p/s :: sory, korang…ei tak sempat nak siapkan…




10.28.2010

Lelaki Bergossip Dan...

salam…

hi korang…

awal-awal pagi lagi kawan opiz (lelaki) yang duduk depan ei dah bertanya soalan cepukler…



“Bila nak cuti kawin???”


erk???

bukan soalan bila nak kawin…tapi terus tanya bila nak cuti kahwin!!!
Giler lawak der!!!hahahaa



ok fine.serious please!!!



 ei memang ler  ada merancang nak tamatkan zaman bujang dalam hujung tahun ni. Tapi mungkin jodoh belum ada lagikan. Banyak benda nak kena buat… bla…bla…bla…



Ni kursus kahwin pun tak pergi lagi ni wey!Giler ah!!!



Jadi, kompem ler tak mungkinlah sempat nak kawin hujung tahun ni kan…



Yang ei tak paham…mana dia tahu ea???sebab ei peliklah. ei bukannya kaki borak sangat ngan orang-orang kat opiz ni, nak-nak ngan laki. 


Al-maklumlah duduk menumpang, lepas tu kat sini plak ramai stok ‘orang lama’. ei kurang ler sikit berso-sial ngan mereka. Iyerlah, korang boleh imagine bila jiwa anak muda bila bergaul ngan ‘orang lama’? Agak kepayahanlah sikit, melainkan ‘orang lama’ itu semuanya stok sporting kan…



Berbalik kepada persoalan…macam mana dak laki tuh bole tau?


Ini mesti kes dia pun stok join ber-gossip ni!!!

Kompem!!!



sebab apa?



#####



Ada satu hari tuh, aunty ei g department lain, sekali ternampak mamat yang duduk depan ei tuh kat sana. Aunty ei pun tanyalah kat mamat tuh.


“Asal ada kat sini?”


Korang tahu mamat tuh jawab apa?


“Aku datang sini nak bergossip ler! Apa ingat orang perempuan jerk yang suka bergossip???Lelaki pun suka bergossip apa???”



erk???aunty ei hanya senyum jerk…

Datang situ semata-mata nak bergossip???



camtaek kan!!!



*Nasib satu banggunan, kalau bangunan lain…itu kalau bangunan lain, macam mana plak kalau cawangan luar dari Selangor – KL…lagi giler!!!



#####



Bagi ei perempuan ngan laki lebih kurang jerk. Kalau dulu orang perempuan ni suka mengumpat, nak kasik berlapik sikit, suka anyam ketupat…tapi yelah kan…


zaman dah moden, dah jarang dengar anak gadis masa kini tahu meng-anyam ketupat…
(ei pun faul bab nak anyam ketupat wey!!! T.T )


jadi nak kasi urban sikit, dorang panggil gossip…tapi kalau lelaki plak, dorang tak panggil gossip atau mengumpat…dorang panggil mem-bahan…atau mengutuk…



tapi base-nyer sama jerk kan…


#####



masa ei form 4, cikgu ei pernah tanya…



“Apa cerita yang paling seronok didengar?”



time tuh mulalah keluar jawapan yang pelik-pelik…

tapi jawapan cikgu…




“Cerita yang paling seronok didengar adalah cerita pasal orang lain!!! Saya pun suka jugak dengar cerita-cerita macam ni”




Jadi, pantang bila ei dengan kawan-kawan start jerk nak bahan/mengumpat/bergossip…biasalah kalau nak bergossip mestilah berkumpul beramai-ramai, tengah sedap borak 
pungpang-pungpang…tiba-tiba kiteorang nampak cikgu ada kat sebelah kiteorang sambil mendengar gossip kami…


Pada hal, sebelum bergossip tuh dia kat tempat dia, entah bila masa la pulak dia ada kat meja kiteorang pun tak tahu…



Masalahnyer cikgu ei tuh bukan perempuan, CIKGU LELAKI DER!!!



camtaek kan?!!!



#####



Kawan-kawan abang ei pun sama gak…suka membahan…abang ei ngan pak cik ei ni seorang gamers…mereka giler dengan game… dorang ni stok main game online macam DOTA…Garena…Luna…


*wey DOTA ngan Garena bukan sama ker???



ntah, ei pun tak tahu, hanya selalu dengar dorang dok sebut-sebut…jadi masa ei belajar, kawan-kawan abang iaitu budak-budak cc (cyber café) memang selalu lepak kat umah kiteorang…



game DOTA...kedit ler en google...


*bagi ei sumpah bosan wey main DOTA tuh…sebab ei pernah kena gantikan pak cik yang tengah beronline…pastuh tetiba dia kena keluar kejap…tak pasal-pasal ei kena mainkan!!!yang paling tak boleh blah...ei mainkan game tuh sampai nak tertido-tido...sebab?giler bosan!!!



tapi ei rasa memang betullah wey…


orang yang stok main DOTA ni memang sesuai dengan gelaran


Dunia Orang Takde Awek!!!


sungguh wey…major kawan-kawan abang ei tuh mana ada awek…
lepas tuh, aunty ei pulak jenis tanya direct…


“Korang ni tak der awek ker?”


Lepas tu dorang sengih-sengih jerk…pastuh membahan antara satu sama lain…


“Kak, dia ni gay, mana ada awek”

dan begitulah seterusnya…



#####



Termasuklah ngan sepupu aunty ei tuh…dorang telah terjebak virus gamers…korang tahu apa jadi ngan dorang? Yang paling tak boleh blah adalah…mereka tertidur di depan pc…
macam ni…


pagi tu macam biasa pukul 6 lebih, kami dah siap-siap nak g opiz…bila kat hall…tetiba kiteorang ternampak kezen aunty ei ni ngah duduk tegak depan pc…ingatkan dia tengah main game…tapi static jerk nampak…tangan kiri kat atas keyboard…tangan kanan plak kat mouse…mata pulak terpejam…kaku dan keras!!!


ei tengok…

‘Ini apa cer ni???’


rupanya dah tertidur depan pc!!!



camtaek kan?!!!



#####



Konklisinyer???sama jerk…perempaun ker laki ker sama jer suka bergossip…perbezaan???
Mungkin dari segi isi…yang ini kena buat part lain plak… :P