10.15.2010

Mak Nyah dan Persoalan


salam…


entry di hari jumaat…berdasarkan kisah benar…*agak serius dan emo…
mungkin cerita ini kalian pernah terbaca atau pernah terdengar…



seorang lelaki yang sanggup menukar jantina menjadi mak nyah…biasalah, pabila menjadi nyah…macam-macam yang dibuang, ditambah, diubahsuai agar ianya tampak seperti semulajadi



walaupun pelbagai benda telah diubahsuai seperti menyuntik hormon perempuan itu sudah pasti, pembedahan punggung, bibir dan sebagainya. Namun segelintir mereka tetap belum berpuas hati dengan kecantikan yang telah mereka miliki…sehingga sanggup ke negara jiran.*tidak semua tapi segelintir


#####


Apa yang mereka buat di sana? Bukan lagi pembedahan, tapi penanaman patung emas di dahi. Ia bukan menanam seperti kalian mengorek tanah, kemudian digemburkan pula. Tapi ia dengan cara pemujaan di hadapan tasik pada waktu tengah malam kala bulan mengambang dan di mulakan dengan menyeru roh-roh dengan bacaan mantera.


Menanam patung tersebut dikatakan akan menjadikan si pemakai itu tampak cantik dan bersinar-sinar di mata orang lain walau rupanya hodoh macam mana sekalipun.


Si pemakai perlu menjaga pantang larang tersebut. Iaitu dilarang solat, mendengar azan, mendengar ayat al-Quran, bertahlil, berziqir dan menyebut nama Allah. Selain itu, mereka juga diharamkan mengucap!


Untuk mengenali siapa yang memakai patung tersebut, mudah sahaja…akan terlihatlah tanda merah di dahi mereka di mana patung tersebut di tanam. Tanda tersebut tidak akan terpadam sampai bila-bila.

Setiap malam sebelum keluar pergi ‘kerja’, pemakai harus sembahyang terlebih dahulu. Iaitu pasang colok, baca mentera, sembah beberapa patung dan memasang niat berapa amaun yang diinginkan untuk malam itu.



Selain itu, mereka juga harus membawa patung kecil berbentuk loket rantainya pabila hendak keluar. Lazimnya mereka membahasakan diri mereka ‘mak’ manakala patung itu ‘anak’ pabila berkomunikasi dengan patung tersebut.



“Malam ni mak nak pergi kerja. Anak mak kena tolong. Apa mak minta, mesti jadi!” bisik si pemakai dengan patung tersebut.



Setelah mereka mencapai matlamat yang disasarkan mereka harus pulang. Pemakai dilarang menjadi tamak, jika tidak, kecantikan itu akan hilang. Si pemakai juga harus terus-menerus menyembah patung  jika tidak mereka akan diganggu dan pantang larang juga tidak boleh diabaikan. Jika pantang larang terabai, seperti mereka terdengar orang mengaji, mereka seolah-olah mendengar bunyi siren menjerit ditelinganya. Jika ayat-ayat al-Quran pula, tubuh pemakai akan berasa seperti terbakar.  



 #####



Pabila sudah dimamah usia, ada antara mereka yang ingin bertaubat dan membuang patung tersebut. Namun, selagi tidak dibuang patung tersebut, selagi itu mereka berasa terseksa setiap kali mendengar ayat suci al-Quran.



Pernah antara mereka yang menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara yang turut mengadakan majlis tahlil. Sebaik mendengar kalimah Allah, badan mula menjadi panas dan seperti dikurung dalam sangkar api, darahnya seperti menggelegak, tubuh mula berubah menjadi hitam bagai dipanggang api yang marak. 

Muka mula berubah menjadi hangus dan cuba merangkak, melompat ke dinding dan siling seolah-olah ingin melarikan diri ketika itu rupa mereka tersangat hodoh tidak ubah seperti hantu. Air bacaan Yasin yang dijirus ke muka mereka ibarat percikan api yang memjilatnya. Hanya seusai bacaan tahlil baru mereka pulih seperti sedia kala.



Begitulah azabnya yang terpaksa mereka lalui.



#####



Mereka yang ingin bertaubat, kembali berjumpa semula dengan sami yang memasangkan patung tersebut. Walau bagaimanapun, sami tersebut tidak mampu mengeluarkan dan hanya ada satu cara sahaja iaitu, si pemakai itu sendiri yang perlu berendam selama tujuh hari tujuh malam di dalam selut paya.



Caranya seperti mudah, tapi untuk melaksanakan teramat seksa.  Pabila musim tengkujuh, hujan turun lebat tak henti seharian, dari pagi bawak ke dinihari. Menggigillah si pemakai keseorangan. Di dalam paya itulah menjadi tempat tidur, berak dan kencing. Selagi belum cukup tujuh hari tujuh malam, selagi itu pemakai tidak boleh keluar dari paya tersebut.



Berendam di dalam paya, seluruh badan disaluti lumpur yang telah bercampur dengan najis binatang. Di tempat yang kotor itu, sudah pasti ada banyak lalat dan nyamuk yang menghurungi. Kehadiran lintah yang sering menghisap darah juga terpaksa direlakan.



Setiap kali azan berkumandang, badan mula terasa menggelegak, bagai dipanggang di dalam oven, dan pemakai sering termuntah, terkencing dan terberak kerana terlalu seksa dengan azab yang dirasakan.



Laungan azan terus bergema, pemakai mula menjerit bagaikan dirasuk, menjerit kesakitan. Terpancul sesuatu yang terbenam dari dahi. Kemudian kepala mula bergoyang-goyang, pandangan mula berpinar, bumi pula seakan berpusing bagaikan hendak runtuh.



Kemudian pemakai termuntah dan mengeluarkan segala isi berwarna hijau pekat. Objek yang ingin tersembul bagaikan sebiji peluru yang baru dilepaskan menembusi daging. Sekali lagi pemakai terkencing dan terberak sambil menjerit kesakitan.



PAP!!!


Satu objek yang keras, berwarna hitam yang telah berlumut terjatuh. Dengan tidak semena, segala kesakitan itu menghilang.



Itulah yang terpaksa mereka hadapi. Ada yang berkata selagi mereka tidak membuangnya selagi itu mereka terseksa sebaik mendengar ayat al-Quran. Lebih-lebih lagi pabila ajal semakin hampir.



#####



Sebaik pemakai membuang patung tersebut, kehidupan mula berubah, dari kaya menjadi miskin sehinggalah menjadi papa kedana. Di ketika itu, perasaan insaf benar-benar menyelubungi. Dia benar-benar ingin mendekati Tuhan, justeru berjumpa beberapa orang yang alim untuk meminta bimbingan mereka. Antaranya penceremah yang terkenal, namun semuanya seolah menghina dan mencemuh.



Pabila dia pergi ke masjid berjumpa imam dan pegawai masjid untuk meminta bimbingan sebaliknya dia dihalau.



“Masa menyundal tak ingat Tuhan. Orang macam ni kalau tolong takkan jadi baik.  Kalau  dah biasa makan tahi, dapat hidu pun cukup!” antara sindiran orang masjid padanya.



Dia bagaikan anjing kurap. Ke sana ke mari meminta bimbingandan makanan. Di sebabkan sudah papa kedana, dia pergi ke sebuah masjid untuk meminta sedikit makanan buat alas perut tetapi tidak dilayan. Minumlah dia air paip yang berada di luar masjid.



Di satu tempat, dia berhenti di satu kuil. Di sana dia bukan sahaja tidak dipandang hina malah dia diberikan makan, minum dan tempat tinggal. Walau bagaimanapun, orang di kuil di situ langsung tidak pernah memaksa untuk menganut agama mereka.



#####



PERSOALAN ::

Dosa tetap dosa. Mungkin silap mereka terlalu mengikut kata hati dan nafsu.
Tapi bukankah itu adalah dosa antara mereka  dengan Tuhan mereka?

Bukankah manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan?

Jadi, siapa kita untuk menghukum mereka?


Sedangkan dalam ayat al-Quran yang bermaksud…

maaf ei tak ingat akan potongan ayat tersebut…tapi faham akan isinya…*bukankah memahami lebih baik dari menghafal membabi buta…



Kita dilarang untuk menjustifikasikan jenazah!



Korang pernah tak baca dan lihat, antara contoh…
pabila satu jenazah itu amat sukar diuruskan…kemudian mulalah keluar cerita kononnya si mati ketika hidupnya diselubungi dosa begini, begitu…sedangkan ianya sebaliknya…



bukankah di dalam Islam menggalakkan kita sentiasa bersangka baik???



tidak terfikirkah kita bahawa itu mungkin dugaan untuk mereka yang menguruskan jenazah itu untuk menguji kesabaran mereka mungkin…



bukankah Dia Maha Mengetahui segalanya…


nah, begitu juga ketika hidup! Kita tidak layak untuk menghukum.
Mereka ingin bertaubat! Jadi kenapa tidak ditunjukkan jalannya? 
Kau, aku, mereka dan kalian manusia yang tak pernah lari dari membuat silap.



Mengapa dosa mereka pula yang kita ingin persoalkan?

Mengapa tidak hanya tanggungjawab kita yang kita lakukan?



 Apakah kita sudah cukup bagus untuk mempersoalkan dosa orang lain sedangkan diri sendiri tidak terjaga???



Sedangkan nabi pun mengampunkan ummatnya inikan pula setakat imam di masjid…kelakar bukan!!!sori, ei memang emo!!! 



kenapa bukan orang seagama, se-Islam sendiri yang menunjukkan jalan yang benar??? Tapi kenapa agama lain pula yang sanggup bantu?



kecewa dengan sikap manusia yang sebegini…moga mereka yang ingin bertaubat bersabar dalam mencari hidayah-Nya…




dan mereka yang berasa iman nya tebal jangan terlalu sombong dan tak’bur dengan apa yang kalian ada…sesungguhnya iman itu ada naik dan turunnya…



Daripada Abi Hurairah ra berkata; Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:



“Sesungguhnya seseorang hamba apabila ia melakukan sesuatu kesalahan maka akan digoreskan di dalam hatinya satu titik hitam…



p/s :: Maaf, bukan perasan bagus. Tapi untuk muhasabah diri yang sering terleka.

18 comments:

Mario said...

betul tu...bersangka baik...jgn nak mudah jatuhkan hukum...sapa kita nak menghukum orang kan...

hamzah ian said...

terkejut..

Umie Nadhirah said...

seriously,umie spend setengah jam baca en3 ni...

nice en3..

Whoopz said...

Kat atas masjid pun manusia masih mampu melakukan kesilapan.. Nice entry cik ei..

Nurulbadiah Lai said...

manusia selagi bergelar manusia..xpernah lepas dari kesilapan..samada mereka insaf atau bertaubat..itu urusan Allah..siapa kite utk menilai seseorng..tp sekarang..manusia suke sgt bersangka buruk terhasap org lain..baik dari segala segi..menghukum..menghina..walaupon kdang2 seseorng itu sudah tiada..
sedangkan Allah menyuruh kite bersangka baik..

bagi saya..seiapa pon mereka..apa pon mereka..kite sebagai manusia tidak berhak untuk menilai..hanya allah yang saja yang maha menili hamba2nya

1st time dyg sini n folo:)

Sasa Al-Sharif said...

siap entri halaman depan aku baca.. aku tak tau apasal jd syok. aku tk paham la, ko mcm dah cukup mendalami kisah mak nyah ni. macam cerita pengalaman diri la pulak

::cdot the dot:: said...

sapa punya cerita ni?

ChiLaBaey's Spot said...

Kunjungan kali pertama di blog awak... Hebat and nice looking blog....

*Jom join contest saya pulak... Hadiah menarik... :)

Bermula : 15-25 Oktober 2010

http://chilabaeys.blogspot.com/2010/10/perhatian-contest-chilabeays-spot-telah.html

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

memula aku igtkan ko wat ulasan filem baru yg nk kuar..mesia kan feymes ngn cite2 hantu.hehehe

tp apa yg kite leh simpulkan kt sini, kite bukan sape2 nk judge org..
nobody is perfect and tanggungjwb sesama agama yg jadi persoalannye kan

eiffel said...

mario :: yeah, kita bukannya Tuhan

hamzah :: terkejut sbb apa??

umie :: owh, ei spend bebrp jam dalm 2ari time kje tok entry ni..

whoopz :: agree wif u

nurul :: yeah, mb itu sbb kita di galakkn utk bersangka baik...

welcom my blog..
thkz folw me

eiffel said...

sasa :: bukan pgalamn aku la..aku wanita sejati oke -.-"

ini memg pglaman sorg mak nyah yg cuba nk insap...



cdot :: sorg mak nyah..bukan aku

chila :: thankz..insya'allah...

kamen :: nice conclusion :D

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

siyes..
aku baca 3 kali sbb aku nak rasa mcm mana susah dpt bimbingan bila tersesar..


aku hrp org yg bekenaan dpt hidayah..


amin...

BLADE EDGE said...

salam..

dah baca dah..pening kejap..nnt nak baca lg..anyway just blogwalking

Silalah ke blog BLADE EDGE

PinQib said...

laki kalu jd pompuan.., lawa..

Jum Singgah yer

Latest entry di:
Lagu Nangis
Ciri bini idaman
Oke tak eden?

PinQib said...

hee.. x sabar nak tunggu pas 30 hari..=)

Jum Singgah yer

Latest entry di:
Lagu Nangis
Ciri bini idaman
Oke tak eden?

haLyZaQiut said...

terkedu jap......

raina said...

aku penah baca cita neh dalam majalah mastika

lama dah..

eiffel said...

alvin :: memg susah...

moga2 juga..amiin...



blade edge :: insya'allah...thnkz bw sini


pin qib :: iyeker??xsmua..

liza :: renungkn sejenak...

raina :: yup..memg betul!!!