12.01.2010

Langsinya Awek Bertudung


salam…


ai korang…terasa sedikit emo…di pagi hari…
yang sebenarnya ei dah jelak dengan spekulasi dan perspektif


‘Minah pakai tudung ni bukannyer baik sangat!’
‘Minah bertudung ramai jerk yang macam setan!’
‘Awek pakai tudung lagi langsi dari awek free-hair’


oke, cukup dengan tiga contoh statement macam tuh dan ei yakin mungkin korang pernah rasa dan mungkin pernah dengar statement macam tuh!



setiap orang buat salah!
even ko pak imam ker, bilal ker, nasir bilal khan ker
semua pown pasti akan buat salah, buat dosa!!!
sahabat nabi juga pernah membuat dosa!!!
kita bukan malaikat yang tak akan pernah buat salah…
walau iman di dada tuh tebal, tinggi pown masih ada nafsu…


bukan korang tak pernah dengar tentang berita ustaz merogol budak…
ustazah ada hubungan intim dengan laki orang…


nah, sebab apa jadi macam tuh???


bukan nak aibkan atau menjatuhkan status mereka…
tapi untuk memberi contoh bahawa setinggi mana pown iman kita tapi kita tetap dan masih ada nafsu!

itu ustaz ustazah yang mempunyai ilmu agama dan di pandang tinggi oleh masyarakat kita…

apatah pula minah tudung…yang mungkin ilmu, iman nyer tak setebal mana…




bukan nak menegakkan benang yang basah,
yang salah tetap salah…dosa tetap dosa walau apa sekali pown alasannya

tapi kejamlah kalau kita berterus-terusan melabelkan semua wanita bertudung itu hipokrit!!!

semua wanita bertudung itu langsi!!!



kerana tuba se-tong mati ikan selaut…

#####



cuba tanya mereka yang memakai hijab itu…


“Mengapakah kamu memakai tudung?”

“Pakai tudung untuk wanita hukumnya wajib!”


Nah, jawapan dari buku teks!
Tapi cuba kalian tanya mereka dari hati ke hati…


‘Kenapa kau pakai tudung???’
‘Kenapa aku memakai hijab ini???’

apakah mereka akan menjawab,

‘Aku pakai kerana Dia, aku takut akan Dia!!!’
‘Aku pakai kerana aku malu dengan Dia.’
‘Aku pakai kerana aku takut rambut aku diikat dan dibakar di akhirat kelak!!!’

Apakah dorang akan jawab macam ni???
Apakah itu jawapan dari hati kalian???*perempuan yang bertudung


Tolong jangan hipokrit, jangan menipu diri sendiri…
kamu tipulah mereka, kamu tipulah aku, kamu tipulah semua orang tapi kamu TAK DAPAT menipu diri sendiri, dan Dia!!!


bukankah Dia Maha Mengetahui???



Nah, kalau kita sendiri tidak tahu motifnya, jadi hijab itu menjadi satu perkara yang sia-sia…



#####



sebab memakai tudung
kerana keluarga,
kerana undang-undang firma sama ada sekolah, kolej atau kerja
kerana kekasih…
kerana fesyen…
kerana ingin menutup rambutnya yang buruk…
kerana malas berdandan…
dan kerana…bla…bla…bla…


tengok…hanya dari niat…
niat itu bukannya ikhlas kerana Dia…
jadi, bagaiamana tingkah lakunya akan terpelihara?



bagaimana dari sehelai kain yang menjadi hijab itu mampu menjadi pengawal nafsu andai niat itu mulanya sudah salah?

14 comments:

LadyRye said...

jadah apa tu 'langsi'? Langsir aku tau la....langsuir pun aku tau, yang suka emo emo tu... Tapi langsi????

eiffel said...

ah, mencik tau kakak ni..dah garuk2..pastuh tnya plak...

Mat Jun said...

sekadar pendapat :

biarlah seteruk mana yang pakai tudung ini berperwatakan tapi hakikatnya dosa dia menutup aurat insyaallah sudah lepas

yang lain serahkan pada Allah

tapi memang betul bila memakai tudung maka berat lah tanggungjawab tersebut

biar mula-mula x ikhlas janji buat sebab ikhlas itu insyaallah akan datang perlahan-lahan

tapi lagi satu nak share,bila bertudung:

bukan hanya untuk menutup rambut sahaja,ianya juga harus menutupi bahagian dada

dan apabila sudah bertudung kalau boleh elakkan pakaian yang menampakkan bentuk badan walau pun menutup aurat dan haruslah melepasa punggung

tapi apa pun permulaan yang baik memang susah jika tak biasa namun permulaan yang perlahan-lahan dari belajar memakai tudung terlebih dahulu adalah baik dari tidak berbuat apa kan ?

lagi satu pada mereka yang suka menghukum,cuba baca neh :

jangan menilai seseorang dari apa yang diperlakukannya,nilai kata-katanya

nah jika seorang pelacur sekali pun melarang kamu meninggalkan soalat,maka kata-katanya itu benar walaupun pekerjaan nya haram

insyaAllah

salam.

eiffel said...

mat jun :: terima kasih kerana sudi berkongsi pndpt...

insya'allah...moga2 kita smua mndpt ptunjuk-Nya...

hamzah ian said...

langsi.. grrr

Whoopz said...

Mat jun dah bentang segala fakta kes.. U rawks mat jun..

eiffel said...

faiz :: -.-" oke..lu xbaca pown


whoopz :: ngehngehngeh...tetiba berasa respek ngan mat jun kan

Rebelle Me said...

lama sudah tak dengar ayat langsi tu..
hahaha..

back to the story ya..
actually..
pakai tudung ke tidak..
yang penting hati mau baik..

ehem ehemmmmm...
im'm on my way to there..
i mean bertudung..

perspektif dan spekulasi adalah berbeza untuk setiap manusia..
i tak rasa la kalau bertudung tu jahat sangat..
manusia memang melakukan kesilapan..
nobody is perfect..
but we have to work for that..

chill babe!

Mario said...

aku pun tak tau langsi tu hape...langsuir aku tau...
tapi aku setuju la dgn komen man jun tu...aku mmg nak komen camtu tp dia dah komen...aku setuju jela eh...

maCy said...

cmnila :

xpakai tudung buat dosa-2kali dosa
pakai tudung buat dosa-sekali dosa
pakai tudung tak buat dosa-zero dosa

kan?

ape masalah mereka?

elmog said...

tertusuk. pakai tudung sebab botak. erkk??

depend on ourselves. judging and judged.

ahmad endo said...

langsi?.....langsing kan...hehehe

Nadya said...

Suka dengan komen Macy dengan Mat Jun..
Perempuan yang bertudung tu tak semestinya baik..
Tapi sekurang²nya dia sudah mengelakkan diri dari berjuta² ribu dosa..
Bayangkan,kalau seorg lelaki melihat sehelai sahaja rambut wanita yang bukan mahramnya,lelaki & wanita itu sudah berdosa..
Itu baru sehelai,kalau tak bertudung tu,pandai² lah kira sendiri kan..

Kalau sepanjang dia hidup tu,tak pernah bertudung,berapa banyak lelaki yang dah melihat auratnya tu..
Berapa banyak dosa yang dah dikumpul?

Catherine- said...

semua pun kerana hati..

apehal la x abes2 nak berdebat pasal tudung nih!

emo tau!

tapi mat jun mmg betul!

i agreed!

tu jer..

orang tau cari kesalahan orang lain jer....kesalahan sendiri x tengok! tu yang berjalan dada kedepan kepala mendongak ke langit.

xpe. Tuhan itu maha segalanya~

luv,
catherine-