2.07.2011

Gelap dan Jubah Putih


salam…


PER :: maaf ye.akibat agak lama tidak beronline, owner-nyer menghadapi kesangapan dan mungkin blog ni akan di update lapanbelaskali sehari!


setelah beberapa hari hanya melepak di rumah, abang ei pown mengajak ei keluar menghirup udara kota yg sesak
ei pown sibuk nak ngajak purple. yg ei nak citer sangat, malam tuh, kitaorang g makan kat satu kedai di kampong baru…
saja nak makan staek.nama tempat, malas lar nk bgtau. sebab ei bengang!
memula pelayan dah nak amek order, bila kteorang da pegang menu sambil nak order jer, dia terus g table sebelah.
amek order kat sana, okelah…bila tunggu dia tak datang pown amek order kt table kteorang.


lima minit lepas tuh pown, tak ada siapa pown nk amek order kteorag, ei pown panggil lar sambil angkat tangan.
sekali, dua kali. tiga kali lagi kuat dan yg keempat. semua pelayan dia buta ke apa?padahal ei angkat tangan, bila muka dia menghadap table kitaorang kot!
abang cuba cool-kan ei.
dia tak nampak lar kot.**memang kawasan dia agak malap.
ei pown mulalah membebel.
klo dah tahu tak boleh nk nampak pelanggan, letak lar lampu kat tengah-tengah ke, tak pown lilin kat table ke..
ini tak, nak jimat pown agak-agak lar!


lepas lima belas minit kitaorang macam orang bodoh dok kat situ, baru dia datang! -.-”



sedang kami menjamu selera, ada beberapa salesman dan peminta sedeqah yg datang ke table kitaorang. bayangkan, dalam tempoh tak sampai setengah jam, dah lima orang salesman ke table kitaorang.

salah sorangnya ada lar sorang hamba Allah yg meminta sedeqah memakai jubah putih beserta kupiah, abang ei hanya menggelengkan kepala sambil berkata

“Tak apalah cik…”

dua tiga kali pak cik tuh hulurkan tangan sedikit dan berkata sesuatu dan dua tiga kali jugak lar abang ei jawab dan menggeleng kepala…
kemudian ei terdengar pak cik tuh semacam tak puas hati sambil berkata…

“orang berbudi kita berbahasa…bla…bla…bla…”

dan yg paling clear dan paling tak boleh blah…

“Cekik-lah dik, menteke darah lah…cekik-lah puas-puas…” sindirnya sambil berlalu.

ei hanya diam. berfikir sejenak…

apa yg abang ei perkatakan sampai pak cik tadi emo?
apakah abang ei kurang ajar?mencarut?menghalau?menghina?
abang ei hanya jawab “Tak apalah, cik…” sambil tunduk dan geleng kepala…
itu dikira kurang ajar ke?


ayah ei pernah nasihat kan ei, jangan mempertikaikan mereka yg meminta sedeqah…tipu ke, layakkah mereka meminta sedeqah atau tak, tak perlu kita persoalkan…
itu antara dia dengan Tuhan dia, kalau kita nk bagi, bagi, kalau tak, diam saja…**contoh, kita memberi tapi mengata dibelakangnya. agak-agak, dapat ke pahala tuh?
hurm, sedangkan memberi pown tak pasti dapat pahala, apatah pula tak memberi tapi mengata…


kembali ke persoalan asal, mengapa pak cik tadi emo?
apakah dia marah kerana abang tak mahu memberi?

selang beberapa minit, datang lagi penjual juga memakai jubah putih dan bersongkok memegang cenderamata yg tertera nama Allah…yg boleh digantung dalam kereta…
sekali lagi abang hanya tunduk dan menggelengkan kepala…

dan sejurus dia berlalu, azan isya’ pown berkumandang di masjid kampong baru…
ei kemudian berhenti makan seketika dan berpaling melihat kesemua salesman dan juga peminta sedeqah tadi…
kesemuanya masih sibuk dengan aktiviti mereka…beralih dari satu meja, ke meja yg lain…sedikit pown tak mahu keluar dan bergegas ke masjid!
seusainya azan dan beralih pula ke qamat isya’ mereka masih juga di situ…



dan mungkin jubah putih dan kupiah itu hanyalah pakaian yg menunjukkan kamu hanyalah seorang muslim…
tapi bukanlah seorang muslim yg taat pada-Nya…


ya, jubah dan kupiah itu perhiasan…

15 comments:

hiro said...

putih itu bersih eif.. baju yang bersih senang di cari...hati yang bersih sukar di cari..keh2

Catherine- said...

hiro cam iklan sabun basuh tu... ;)

ya la ho~ cara dan niat mereka Tuhan saja yang tahu..

mukmien said...

ya... itulah yg kita katakan pakaian xmelambangkan apa2 makna... huhu!!! gua tahu kat mana tempat lu pergi sebab gua pon pernah kena spt mn ape yg lu kena ,,sekian,,

eiffel said...

@hiro :: lol~ hiro camtaek

eiffel said...

@Catherine- :: sbb kita bukan ada psikik pown..hurm :|

eiffel said...

@mukmien :: itulah pngajaran yg aku dpt...er...yg mne satu yg ko pnah kena?

Whoopz said...

sangat sesuai kalau lu pegi je sound kat diaorg masa tengah azan tu... Ajak diaorg g masjid

marina anakcikbob said...

ele..bengang pulak pakcik tu.
kalo haku la..sedap mulut aku berkata2..
tp mungkin sbb muka aku gengster maka xde siapa berani dgn aku.wakakah..

eiffel said...

@Whoopz :: tuh lar.tp gwa tgh mkn time tuh....

eiffel said...

@marina anakcikbob :: -.-" ko memg kan....

eiffel said...

@marina anakcikbob :: -.-" ko memg kan....

mukmien said...

aku kena yg pak cik tua tu.. mai nak mintak sedekah bawak tongklat ape ntah... pas 2 bising2.. cam nak shoot ja muka dya tapi ats kesabaran aku... aku xshoot la haha

AyuE SurihanyOt said...

aku pon penah terpikir isu org mintak sedekah ni..member aku ckp itu urusan dia dgn Allah klu dia tipu kita..tp klu dlm hati kita dah rasa sangsi better jgn bg..sbb nnt pahala pon takdapat dosa ja kita tanggung..

eiffel said...

@mukmien :: hahahaa..tuh lar.xnk bg, dia marah2 plak.kg kita sound, kata kita kuang aja plak -.-"

eiffel said...

@AyuE SurihanyOt :: jd, kita plak yg serba slh :(