3.31.2011

Style Hijab


salam…

sibuk betei ke-kawan ajak ei meronggeng, lepak-lepak sambil bershoppin hujung minggu ni…
bila imagine pasal shoppin, ei rasa sekarang ni ei lebih gemar berpakaian dengan lebih matang. owh, mungkin akibat di opiz terbiasa memakai baju formal.


jadi, nak pakai t-shirt pown jarang. ei bukan seorang yg gila kan fesyen, gila dengan fesyen lilit hijab dengan gaya terbaru. kemudian pakai bedak tebal 8 inch.


ei gemarkan benda yg simple dan kemas. tak perlu crowded sampai menyakitkan mata. di sebabkan ei dah lama tak melanggan majalah in-trend, cosmopolitan, utopia dan sewaktu dengannnya. jadi ei sesaja lar pergi gugel


‘Hijab Style’

Nah. keluar picca ni.





Jadah rambut son goku korang nk letak atas tudung plak ni? -.-”


camtaek, betei!

p/s :: tetiba teringat mereka-mereka yg letak riben, bunga cekak atas tudung .er~

3.30.2011

Dis-Kri-Mi-Na-si?


salam…

ei kekadang tak berapa suka sangat dengan ayat ‘Lelaki lain, perempuan lain.’
tapi bila difikirkan balik, memang banyak kes diskrimanasi macam ni.


contohnya hari tu, abang ei sibuk nk menghadiri kenduri kawen kawannya. kemudian sibuklah dok tanya ei, nak pakai baju apa
ei pown jawablah,


“Pakai jelah baju melayu.”

“Mana ada orang pergi kenduri kawen, pakai baju melayu.”

“Eh, apasal plak tak de? Aku tengok, ada je.”

“Yang pakai baju melayu, semuanya bapak-bapak orang ngan orang tua. Mana ada orang muda pakai baju melayu.”

“Hek’eleh! Kalau perempuan, pakai jeans pergi kenduri kawen, mesti orang dah usha semacam. Boleh dikatakan, WAJIB pakai baju kurung. Tapi apa pasal laki terbalik plak?”

“Itu perempuan. Laki lain!”

“Abis tuh, bila lagi ko nk pakai baju melayu? Sudahlah beli baju melayu mahal-mahal, lepas tu buat perhiasan almari.”

...

Tapi memang ei perasan, kebanyakan lelaki tak berapa suka pakai baju melayu, tapi sibuk nak suruh perempuan pakai baju kurung. Alasannya, panas! Kalau pakai pown, sekejap je, lepas tu, cepat-cepat tukar.


Abis ingat perempuan pakai baju kurung tuh tak panas? Lainlah kalau dok dalam air-cond, baju kurung lah yg paling selesa.

Lepas tu, mulalah nak kata. Itu belum suruh pakai jubah lagi.Hah, yang ini lain citer sikit. Kebanyakan orang menganggap pakai jubah panas, mana taknya, sedangkan pakai baju kurung dah panas, apatah lagi pakai jubah. Tapi kalau korang tanya dengan orang pakai jubah, mesti dorang akan jawab SANGAT SELESA. **Ini cerita lain kali.



Bila ei turun BB atau Times Square, ei kekadang rasa macam kejutan budaya plak. Kat situ dibanjiri dengan budak baru akhir baligh membuat rombongan cik Kiah ke Time Square. Mana taknya, kalau empat lima orang oke lagi, abis dah kalau satu grop dekat sepuluh orang, tak ke dah macam rombongan sekolah. Lepas tuh fesyen, korang jangan cakaplah. 


Contohnya, lelaki pakai seluar tight atau legging. Fesyen ni memang dah lama, dari zaman ei belajar lagi. Kalau perempuan pakai, mereka kecoh akan nampak lemak punggung terlebih dan garisan panties, hal ini sebenarnya boleh diatasi dengan memakai panties yg ala-ala macam hot pants atau nak lagi berangin, pakai g-string. Kompom tak nampak garisan!lol~


Berbeza dengan lelaki yg sangat jarang memakai spender. Cuba korang pikir logic, kalau dah pakai seluar tight, celah mana dorang nk pakai boxer? Haruslah tak pakai langsung, kan!
Justeru itu, terus menampak-kan adanya belon di dalam zip seluar mereka. Mesti korang nak kata ei pervert kan. 


Padahal ei tak terniat pown nk usha belon-belon mereka. Tapi masa ei belajar, ei sering menaiki perkhidmatan awam untuk ke kolej, disebabkan ei pown tak adalah tinggi mana, bila ei duduk, dah sama dengan paras pinggang lelaki berdiri. Jadi, kalau lelaki yg berdiri di depan ei, korang cuba bayangkan apa yg ei nampak depan mata ei!


Haruslah pinggang ke bawah!


Lepas tu yg berdiri depan ei, budak lelaki pakai seluar tight tak hengat sampai ternampak belon! Jadi untuk mengelakan pemikiran yg lebih mendalam, ei hanya ada dua pilihan, sama ada pandang ke arah lain sehingga kepala menjadi teleng, atau pown memejamkan mata dan ei memilih untuk memejamkan mata!

Lain pula ceritanya kalau lelaki yg duduk di dalam bus. Bila lelaki duduk pula, dan perempun berdiri, oleh kerana lelaki tinggi, dan biasanya perempuan agak rendah, paras mata lelaki akan jatuh ngam je ke dada perempuan. Menjalar jerk ei tengok mata lelaki tembus sampai ke dalam. Mana taknyer, hidangan di depan mata, kalau tak dapat jamah, hidu pown sudah memadai. Sungguh, ei dah perasan! Korang tak percaya, cuba korang naik bus rapidKL!**rasanya, sama gak kalau naik tren pown!

Itu belum lagi kalau mereka ternampak ibu dok menyusukan anak. Sebagai seorang perempuan, ei rasa malu giler. Serasa macam kita pulak ditelanjangkan.

Nah, korang dapat tangkap tak perbezaan kat sini?

Memang tipikal kalau lelaki pantang nampak susuk tubuh perempuan, pasti tak berkedip matanya, berbanding perempuan.

Contoh lain plak, katakanlah perempuan hanya berkemban, eh, sekarang kan dah urban, orang panggil dress, bayangkan tetiba dress perempuan tuh, nk terlucut, atau mungkin kain dress-nya terangkat/terselak, maka, akan berduyun-duyunlah lelaki akan mengurumi untuk mencuci mata. Mata yg rabun terus jadi clear, bersinar-sinar je mata mereka sambil mulut ternganga hingga rama-rama pown boleh masuk dan sempat bergayut di anak kerongkong mereka lalu mati dengan bau nafasnya yg busuk. **ini ramai lelaki yg sering menafikan-nya. Awek-awek, kalau bf korang tak ngaku, sila rakam perlakuan bf anda jika mereka sedang tergamam melihat perempaun yg panas [baca : hot]

Kalau panties-nya nampak samar-samar, masing-masing sibuk meneka kaler apa yg perempuan tu pakai, paling tak boleh blah, ada yg  sempat nak bergaduh atau bertaruh pasal kaler panties perempuan tersebut. Haish, pasal spender pown nak gaduh ke? -.-”

Cuba kalau seorang lelaki memakai short atau kalau paling sopan pakai kain pelekat, tipikal lelaki suka benda yg mudah. Kalau pakai short, jadah apa nk pakai boxer? Sekarang bayangkan sorang lelaki ke kedai beli rokok dengan memakai short/kain pelekat, tetiba entah macam mana short/kain pelekat tertanggal. Apakah sekalian perempuan akan berebut-rebut dan berasak-asak mengerumi lelaki tersebut untuk melihat kaler spender lelaki itu?


Haruslah TAK! Biasanya kalau perempuan ternampak lelaki hampir bogel, pasti akan menjerit sambil memejam mata. Kekadang even nampak badan lelaki pown sibuk berpaling ke tempat lain, apatah pula ternampak belon di celah kangkang.

...


Entry ini tiada konklusi, Cuma sedikit saranan untuk lelaki yg gemar memakai tight, sila-lah pakai baju yg agak labuh sikit, agar belon anda tidak kelihatan dan menjadi paras ukuran kelakian anda! Contohnya macam kat bawah ni. owh, perempuan jugak agar lemak anda tidak menjadi bahan ransangan lelaki!




Sekian, ei nak g sambung kerja!


KThxbye!

3.28.2011

Opiz Saya Yang Seram!


salam…

sebenarnya ei malas lar nak citer pasal ei stayback**hinggalah kena usik! T.T

temankan aunty buat OT. Aunty OT pown bukan boleh claim pown tapi dah kerja, terpaksalah jugak dia buat. Memandangkan kami satu opiz,  jadi ei pown terpaksalah tunggu. Nak balik umah, macam tak berbaloi. Minyak + tol saja sudah berapa. Bayangkan jarak opiz ke rumah saja sudah 30km abis kalau pergi-balik redah jam semua, dah berapa. Jadinya, ei pown tunggulah sampai aunty siap. Kami satu floor dan kalau nak ikut tempat, ei pusing kepala, dah boleh nampak tempat aunty ei. Tapi disebabkan dia punya projek dengan unit lain, jadi dia kena duduk di bilik lain di floor yg sama.

Bulan ni lah yg paling kerap skali kami balek lambat. Tu sebab korang boleh nampak ei online jerk!



ei taknak lah sebut nama company ni. Maklum lah, company komunikasi yg pertama di Malaysia, korang dah boleh tau company apa. Banggunan opiz ni, ei pown tak pasti dah berapa puluh tahun. Tengok design pown, memang tak urban langsung kalau nk dibandingkan dengan Menara. Agak jakun jugaklah bila pertama kali ei naik Menara. Mana taknya, masuk lif, sudah ada skrin yg memaparkan upper deck, dan lower deck. Ini bermakna, lif nya saja ada dua tingkat. Hah, kemain urban kan!

Memandangkan aunty pown dah kerja hampir sepuluh tahun, haruslah aunty ada banyak pengalaman bila dok stay sampai malam. Menurut aunty, walaupown sebenarnya hanya korang saja di opiz, tapi korang tak kan rasa sunyi. Korang akan rasa seperti ada saja yg temani korang. Memang rutin, korang akan dengar orang menaip, bunyi pen, orang berjalan dan macam-macam lagi.


Pernah hari tu, ei masuk opiz sorang, time tuh aunty MC, jadi ei adalah orang pertama yg sampai, dan ei lah yg menghidupkan semua lampu. Lepas dah duduk dan bukak pc, tetiba bunyi printer. Selang beberapa saat, terus mesej masuk,

“Tengokkan printing aku” mesej aunty
ei perhatikan beberapa saat. Tetiba baru ei teringat…
‘Eh, orang tua ni bukan MC ker? Macam mana boleh print plak?’

Rupa-rupanya dia print dari lappy kat umah, keluar printing kat opiz -.-”

camtaek betei!



Sambung balek cerita pasal aunty ei stay…
aunty kata dia memang dah jemu, kawan-kawan opiz pown selalu bercerita. Duduk di opiz hingga malam, memang agak menyeramkan.


Pernah salah sorang manager aunty, datang seawal 6 pagi, dan dia terdengar ada staff memasang radio. Kemain patriotic bila terdengar lagu Negaraku. Namun bila manager usha sekeliling, padahal staff nye belum pown masuk opiz. Kalau ei ceritakan satu persatu, memang banyak. Pernah aunty buat kerja, bila dia ingin rehat seketika, tiba-tiba dia terdengar ada orang menaip bagaikan sedang mengamuk. Kemudian aunty pown cuba mendekati tempat berkenaan, makin dekat, semakin laju dan makin kuat keyboard di tekan-tekan. Makin kus semangat aunty. Mana taknyer, kalau tetiba kena sergah, tak ke masuk hospital?


Jadi, setiap kali aunty stay, dia ingin menyiapkan kerja maka aunty dah malas nk layan segala bunyi-bunyian itu. Aunty kata…


‘Lantaklah ko nak buat apa, jangan ko muncul depan aku, sudah!’

Cukup pengalaman aunty!



Sepanjang ei temankan aunty, sambil bermain facebook, sambil usha blog korang…dan sebaik balik dari toilet, ei memang perasan, floor ei memang tiada sorang pown. ei pown malas nk fikir yg bukan-bukan. ei pown sambunglah chating dan sebagainya, tapi memang ei akui, ei tak pernah rasa macam ei sorang jerk dalam opiz. Entah kenapa ei rasa macam ada je orang dalam opiz.
ei ni, nak kata berani pown tak, nak kata penakut sangat pown tak jugak. Benda-benda macam ni, kena percaya tapi tak boleh taksub. Jadi, ei buat biasa saja.


Jumaat lepas, 25hb March 2011, ei pown cam biasa, chating si goblog Marina dan melayan kegilaan Mai difb, sambil-sambil membaca kes Mona Fendi. Dah dekat dua minggu kami sibuk berchating pasal kes umah sewa RM50 dan kes MF. ei pown belum sempat khatam kes tuh. Maklumlah, time tuh kekanak lagi. Petang tu, ei baru free dan bosan giler , ei pown g lah baca.
Tengah sibuk chating entah macam mana ei rasa seperti ada kelibat yg lalu dibelakang ei. 


Manakala tempat ei, depannya betul-betul ada pintu kecemasan. Lepas lorong masuk di kanannya ada almari fail kaca. Di cermin kaca itu juga ei terlihat kelibat itu seperti berjalan dalam keadan tergesa-gesa. Dengan gatai-nya kepala ei pergi pusing lelaju untuk melihat kelibat itu! ei pandang keliling. Kawasan opiz boleh dikatakan luas pandangannya, jadi dari hujung, memang boleh nampak. Dari tempat ei pown memang boleh nampak pintu utama. ei pandang memang tiada sesiapa pown. Habis siapa yg jalan lelaju tuh?


Time tuh memang dah cuak. Lelaju jerk taip citer ngan Marina. Beristighfar dan cuba bertenang. Time tuh 8.40 malam, aunty kata nak balek pukul 9malam. Hanya tinggal 20minit, tak lama jerk, padahal Marina dah suruh lari dah. ei cuba untuk pujuk diri, mungkin perasaan ei jerk kot, bila dah tenang, ei pown buat macam biasa. Tak lama kemudian tetiba bunyi angin pulakkkk.

Korang tau bunyi angin kat bangunan tinggi macam mana?


Wuuuuuuuuuu**kalau korang dengar, macam bunyi cik Pon pown ada!

Lepas tuh, bunyi tuh makin panjang dan makin kuat!

Dengarlah bunyi pokok dan silih berganti dengan bunyi angin!

Bulu roma dah meremang, hati dah rasa cm tak best, ei masukan semua dalan handbeg, mesej Marina, terus logout pc!

3.25.2011

Penderma Sperm Diperlukan!


disebabkan ei bosan tahan gaban tengok korang bizy tak update blog, jadi biar ei update lagik…
hari tuh korang penah dengar tak, pasal susu ibu diperlukan?
susu tuh dorang nk buat eskem…katanya sedap -.-”

p/s :: budak bawah umur, tak yah baca ler....


tadi entah macam mana, ei ada terbaca pasal sperma dijadikan sebagai masker untuk awet muda.
tetiba ei terpikir, nanti esok-esok mesti ada orang buat satu produk menggunakan sperm, kan!
kemudian terpampanglah kat perut akhbar


Sperm Diperlukan!


…maka, berlarilah lelaki-lelaki beratur untuk menderma sperm!
mana taknyer, derma sperm lagi senang dari derma duit, kan!
ini jugak boleh mencegah aktiviti pembuangan bayi atau mungkin pembuangan sperm merata-rata...orang kata, tak elok membazir!



camtaek! -.-”

p/s :: sila jangan tanya, apa kaedah yg digunakan untuk mengeluarkan sperm tersebut!lol~

Cerita Jumaat


salam

ei ada banyak cerita!**entry panjang, perlukn masa lebih 5minit!

Blog Lucah

ei suka dengan beberapa blog yg gila cam blog kepunyaan matahari, blog aqram, darkhalf dan banyak-lah!kalau ei nak taip, memang penin gak lar nk link-kan!


manakala ei ada beberapa blog lucah dan porno terbaik! macam blog bijen M, cucu hj Hassan dan yg paling ei suka blog inche gabbana!serius, besh!dia punya header saja sudah membuatkan korang teruja!




 apatah lagi entry-nya yang memang meransang! pendek kata memang terbaik-lah!
korang layan dulu, baru korang komen~


…**sila bukak dulu





…**baca






…**hayati




terangsang bukan?!


eh, bukan blog porno ker?
ah, korang! asal porno jerk laju kemain!padan muka korang kena tipu! lol~
cuba klo ei direct kata, itu blog tarbiyah…ada korang nk usha?
ada?!**sigh
tipikal, kan!

ei suka usha blog tuh sebab dah rasa cm dengar khutbah jumaat jerk! kekadang baca rasa cm nk nanes jerk wey..sobs…sobs…sobs…
tp mengenangkan ei ada kat opiz, ei kaber lelajuk…malu-lah nanti abam depan ei ni nampk-kan!
khutbah jumaat?eh, ei ni pompuan ker lakik? penah join solat jumaat ker?**tanya inche gabbana…
lol~


Solat Jumaat
mestilah pompuan, tapi masa ei skola-skola dulu…arwah nenek ei selalu pasang tv1 untuk dengar khutbah jumaat…dan biasanya arwah pown akan solat sunat jumaat di rumah…maklumlah, arwah memang lumpuh jadi hanya solat duduk di atas katil jer…**oke, kat situ jom kita kagum ngan arwah, sebab walaupown lumpuh tapi tetap tunaikan yg wajib itu berbanding kita yg sempurna ini T.T


jadi, bila dah bukak tv, haruslah ei pown terdengar sekali walaupown sambil sibuk bersiap untuk ke skola agama pula~
sepanjang ei ikot parent berniaga…kemudian menunaikan yg wajib itu, tak pernah pula ayah mengajak untuk solat jumaat di masjid!
di kl?pahang?jb? semuanya ei pergi memang tak jumpa lagi-lah pompuan join solat jumaat! kalau tak, mesti ayah akan ajak punya!
citer pasal solat kat masjid, memang susah betei ei nk jumpa budak muda remaja macam ei ni kat sana! yg sibuk berlari-lari untuk mengejar berjemaah bersama tok imam. memang susah-lah wey!baru ei ingat dan perasan, patutlah mak cik-mak cik/nenek-nenek dok pandang kami!**merujuk pada ei dan kakak**
ei ingat, ei pakai telekung terbalek ker…ter-malu-malu ei bila mereka pandang sebegitu. sudahlah kami ni orang luar!


**tetiba teringat pasal solat jemaah di pagi jumaat kat masjid kota tinggi
paling tak boleh blah, imam baca surah sajadah pada rakaat pertama, bila baca surah sajadah, ada satu ayat  tuh kena sujud, ei terkejut sesangat sebab tetiba jerk dorang semua dok sujud tanpa ruqu’!

siyes wey, ei blur sangat time tuh. dan…ei pown bertambah malu nk citer kat korang apa jadik lepas tuh!


Aneh Di Surau
Benda ni jadi masa ei lepas abis SPM. dok tolong parent g niaga kat pasar lambak. Dorang niaga bukan kat area KL jerk, tapi banyak kat johor, macam Ayer Hitam, Kota Tinggi, Sg Tiram pastuh kat Pekan atau Muadzam Shah kat Pahang. Paling dekat pown dekat Banting atau Sg Buloh!


Macam ni citer nyer…setiap pagi Jumaat, kami akan berniaga di Kota Tinggi, lepas dah abis niaga + rehat semua, belah petang, kami akan bergerak ke Pekan, Pahang pula untuk berniaga pada hari Sabtu. Kekadang kami gerak waktu malam. Jalan nak g Pekan, kalau tak silap paling dekat ialah melalui Mersing dan jalannya jalan kampong.  Yang kiri dan kanan semua nye kebun getah dan kelapa sawit! Dari Kota ke Pekan makan lebih 4jam jugak lah, dah lebih kurang jerk dari KL ke JB!

Kami memang jarang menyewa hotel murah. Mana taknyer, kalau korang sampai sana pukul 2, 3 pagi, lepas tuh korang nk check out pukul 6 pagi. Kan dah dikira membazir! Jadi kami sering check in kat surau. Salah satu sebab ayah gemar check in surau atau masjid adalah senang untuk jemaah subuh. Mana taknyer, kalau kat situ, sah-sah korang akan sedar pabila dengar mereka sudah mula mengaji. ini bermakna, korang tak perlu kunci alarm pown!berbeza kalau tidur di hotel. Akibat terlalu selesa, kompom korang akan terlajak sampai tak sempat nk solat subuh pown!
Surau itu bukan saja jadi tumpuan kami, malah rakan niaga pown check in di surau itu juga. Kiranya, kami akan tidur berjemaah jugaklah.

Masa kami dah sampai surau di salah satu perkampungan di Pekan, memang dah nampak ada van-van lain sudah parking cantik diluar surau. Time tuh kami bertiga, iaitu ayah, kakak dan ei. kakak + ei nak g toilet, ayah memang pantang betul kalau kami pergi  sendiri. Ayah kata merbahaya dan sebab risau kalau-kalau ada mat pit ikut kami dari belakang. Tambahan pula, dekat toilet, memang begitu dekat dengan tempat mandikan jenazah! Depan pintu tandas saja sudah nampak pengusung keranda!Giler horror wey!


Jadinya, ayah mesti temani kami. Lepas dah pergi toilet, kami menuju ke van, ayah nak ambil kain pelekat dan sebagainya, kami pula tengah tunggu ayah. Tiba-tiba kami terdengar satu suara orang yg menjerit seolah-olah sedang mengerang. ei pandang kakak, kemudian kami pandang ayah.

Ayah tanya…

“Apa benda tu?”

dan ayah risau kalau kami yg menjerit. tapi kami geleng-geleng sebab tak tahu. Suara tu macam suara perempuan dan pastilah ianya seperti dari dalam surau kawasan perempuan. ayah macam nk pergi jenguk, tapi kami halang. sebab kami pown tak berapa nk berani. pastu ei telan air liur dan tanya ayah…


“Ayah, dalam surau ada syaitan tak?”**soklan cm kekanak!**lol~

 ei tahu syaitan itu yg biasa nya jelma jadik hantu bodoh atau mungkin jin ngok ngek yg dibela oleh pengamal ilmu ghaib.


Jadi, macam bodohlah kalau ei tanya “Ayah, dalam surau ada hantu tak?”

Kemudian ayah mula bertarbiah dengan kami…dan konklusinya adalah syaitan ada di mana-mana, tak kira walau ko ada dalam masjid sekalipun!Kalau tidak, masakan korang tengah dengar ceramah di masjid tetiba mata korang rasa berat. Nah, tidak kah itu kerja syaiton nirojim?**eh, betul jugak, kan!

oke, kami ambil keputusan untuk hanya tidur di dalam van sahaja! Biarlah panas sedikit, janji dekat dengan ayah. Suara itu? hanya sekali kedengaran dan ei pown tak berani nk tanya sesiapa…kalau nk kata kami tersalah dengar, masalahnya, bukan ei sorang jerk yg dengar…kami bertiga kot!


pasal jemaah tadi, ei terpaksa niat keluar ikut imam, dan solat sendiri sebab ei tak tahu dan tak paham…**malukan!
tapi kat situ ei dapat belajar benda baru…dan usai solat semua terus tanya ayah!lol~

3.24.2011

Thanks Lumut!


salam…


hi. ei Cuma nk bagi tau, hadiah dari lumut dah selamat sampai pown semalam…**ei malas nk carik contest mana ntah hari tuh ei join...

serius baju tuh agak besar…walaupown bersaiz S. pak cik ei gedik-gedik tanya…





“Kalau tak muat, meh lar bagi aku”

memang harapan lah ei nak bagi…dia tak tahu ker, anak sedara dia ni, bapak segala kedekut?lol~
btw, thanks lumut! xP


p/s :: kat opiz tiada air-cond… T.T

3.23.2011

Bila Add Satu Opiz


salam…

hey korang…yg sebenarnya hari ini budak kat opiz ada makan-makan kt hotel. kemain lagik mereka. nak-nak si Nepal yg monteng kerja semalam dan kelmarin!bukan kemain semangat datang opiz hari ni!**aunty ei lettew!
asal ei kata budak kat opiz bukan kami? sebab bukan company ei yg ada makan-makan tu…company aunty ei~


ei tak heran pasal makan-makan tu..lantaklah…
yg ei nak citer ialah pasal isu meng-add fb member-member opiz…
hurm…ei tak ada masalah sebenarnya dengan member opiz ei…
macam Tamara, Lija dan yg lain-lain…
hanya sedikit perasaan yg tak best adalah ter-response member aunty yg dok add fb ei…bukanlah sebab ei bermasam muka dengan akak tu…tak ada pown…**sebenarnya ei dibawah akak tuh


Cuma yg tak best nyer…bila member-member company yg gila pergi post kat wall ei macam ni

“Woi!Ponteng keje ea?? :P ”


hah, bayangkan bila mereka**akak ittew** terbaca wall ei ni!
tak ker dah kantoi ei monteng! senyap-senyap sudahlah!buat-buat MC ker…kata anak kucin saya sakit ker~


camtaek!


p/s :: perlu ke ei remove akak ittew dr fren list ei?tapi macam kejam sangat ler plak!hurm~

p/s/s :: lagi satu yg tak best adalah tak boleh nk gossip pasal dorang!opiz dorang ramai orang lama…itu lagik tak best! semuanya serba tak kena!**ada gak buat entry lain ni!

p/s to lija a.k.a Team Leader :: sila setuju!lol~

Dress


salam…

ei setakat nak tolong member promot-kan koleksi peribadinya yg tak terpakai…
dalam erti kata lain, beli tapi belum pernah pakai!


1.





a) Material:
- Upper ( blue polkadot ) = chiffon
- Lower - cotton
- Color : black with blue polka dots

b) Product Measurement :
- Length = 73cm
- Waist = strecthable
- Bust = 35 - 37cm

3) Price = RM36 included postage


2.











a) Material : Cotton

- have ribbon at the backside.

b) Product Measurement
- Length = 68cm
- Bust = 38cm

c) Price = RM36  include postage
* belt not included


3.











a) Material: Chiffon

b) Product Measurement

- Length = 70cm

- Bust = 29 cm (stretchable)

c) Price = RM34 include postage
* belt not included

#####

1) Payment via CIMB
12160090375524
- ATIQQAH BT KAMAR ZAHARUDDIN

2) SERIOUS BUYER ONLY.

3) Once payment has been made, please email the owner at mushigedekgedek_88@yahoo.com

- bukti pembayaran ( receipt - scan, atau ambil gambar receipt)
- nama dan alamat utk pos
- phone number

4) Once payment dah konfirm, nanti owner akan hantar mesej dkt phone number.

5) Sape beli 3 items ney, dapat free items = blue jeans belt (dalam gambar)






6) postage is thru pos laju
Enhanced by Zemanta

3.19.2011

Tips Mendapatkan Teman Lelaki!


salam...

ini entry khas ei hantar kat blog sarkasis…jadi, penggunaan ganti dir juga sedikit berbeza~


perempuan nak dapat balak, senang jerk...

1. Lu orang kena ada 'nice body'. part yg terbaik bila ada benjolan terlebih! Benjolan yg dimaksudkan bukanlah sejenis penyakit atau kangker**cancer lor!...tapi lebihan lemak disekitar dada dan punggung! Lebih banyak lemak di situ, lebih ramai laki akan berebut-rebut untuk mendapatkan kalian! Serius, tak tipu! Biar muka pecah lapan sekali pown hatta kulit segelap montot kuali, namun adanya dada yg ranum, yg lain dorang tolak ke tepi!

contoh nice body  ~ 34-25-32

2. Bila tiada nice body, korang bole pegi tang rupa plak! Korang cuba tengok pelakon atau artis. Semuanya kena ada rupa sikit. Padahal bakat bukannya gah pown! Setakat berlakon cam tiang, hebat lagik gwa! **Sampai dapat award drama terbaik di sekolah!Nasib gwa bukan stok mencapap, klo tak, mahu jadi pelakon fofular ni! lol~

Nak-nak artis realiti. Memang lar dia cakap, tak cantek pown tak apa. Tapi bila dorang dah nampak ada rupa sket, bajet ala-ala komersil sket jerk, nah, dorang terus amik! Yang ada bakat tuh, semua stok jadi spare part je. Jadi kalau lu rasa lu punya rupa cam penyangak, sila lupakan untuk menghadiri uji bakat tersebut! Sebab lu kompom kena reject! Sila jangan kecik hati lalu membunuh diri, realiti memang camtaek!**gwa sedar diri, oke!lol~

Berbalik kepada tajuk asal, kepada wanita yg tak boleh hidup tanpa ber-balak-balak. Secara logiknya, bila mereka mempunya rupa yg cun sikit, sikit jer, tak payah banyak pown, sikit jer dia punya comel tuh! Kompom akan ramai peminat. Padahal dia bukan artis pown, tapi dilayan bagaikan artis! Contoh simple, korang tengok sajalah blogger xuxu tuh! Comel sikit jerk, cuba lihat folower dia berapa riban? Cuba plak tengok blog camtaek, mentang-mentang nama blog camtaek, semua pown tak sudi memandang!heh! lol~

3. Katalah, lu ni cuting macam tiang, rupa pown macam nyonya jual sayur kat pasar. Chill lar! Masih ada penyelamatnya! Nah, jalan terakhir adalah lu mesti menjadi seorang yg stylo dan fesyen yg up-to-date! Serius wey! Biar body macam plywood, rupa camtaek, tapi gaya bajet artis mesti ada, okeh! Lu lilitlah tudung hana tajima biar pun orang nampak lu ni macam pelarian afganistan! Tuh semua tak penting! Yang penting lu kena ada gaya dan berkeyakinan tinggi! Lelaki kalau nampak perempuan high-confident, terus respek wey! Biar pown lu sememangnya nyonya jual sayur!

Tapi ingat ianya haruslah bersesuaian dengan persekitaran lu!

Contoh, kalau lu dah keje, jangan nak macam-macam pakai jam power rangers yg saiznya lebih besar dari penumbuk lu orang! Sejauh lima kilometer sudah nampak nombor jam tangan lu! Lebih clear pulak tuh, berbanding badan lu yg halus! Lu ingat stylo sangat ker?

...

Setakat ni, gwa bagi tiga tips jerk dulu. Lu orang try ler dulu...biasanya memang mujarab! Serius tak tipu!

p/s :: camtaek, tak? btw, komen korang nti ari isnin baru ei publish kan...bizy!
kthxbye!