3.30.2011

Dis-Kri-Mi-Na-si?


salam…

ei kekadang tak berapa suka sangat dengan ayat ‘Lelaki lain, perempuan lain.’
tapi bila difikirkan balik, memang banyak kes diskrimanasi macam ni.


contohnya hari tu, abang ei sibuk nk menghadiri kenduri kawen kawannya. kemudian sibuklah dok tanya ei, nak pakai baju apa
ei pown jawablah,


“Pakai jelah baju melayu.”

“Mana ada orang pergi kenduri kawen, pakai baju melayu.”

“Eh, apasal plak tak de? Aku tengok, ada je.”

“Yang pakai baju melayu, semuanya bapak-bapak orang ngan orang tua. Mana ada orang muda pakai baju melayu.”

“Hek’eleh! Kalau perempuan, pakai jeans pergi kenduri kawen, mesti orang dah usha semacam. Boleh dikatakan, WAJIB pakai baju kurung. Tapi apa pasal laki terbalik plak?”

“Itu perempuan. Laki lain!”

“Abis tuh, bila lagi ko nk pakai baju melayu? Sudahlah beli baju melayu mahal-mahal, lepas tu buat perhiasan almari.”

...

Tapi memang ei perasan, kebanyakan lelaki tak berapa suka pakai baju melayu, tapi sibuk nak suruh perempuan pakai baju kurung. Alasannya, panas! Kalau pakai pown, sekejap je, lepas tu, cepat-cepat tukar.


Abis ingat perempuan pakai baju kurung tuh tak panas? Lainlah kalau dok dalam air-cond, baju kurung lah yg paling selesa.

Lepas tu, mulalah nak kata. Itu belum suruh pakai jubah lagi.Hah, yang ini lain citer sikit. Kebanyakan orang menganggap pakai jubah panas, mana taknya, sedangkan pakai baju kurung dah panas, apatah lagi pakai jubah. Tapi kalau korang tanya dengan orang pakai jubah, mesti dorang akan jawab SANGAT SELESA. **Ini cerita lain kali.



Bila ei turun BB atau Times Square, ei kekadang rasa macam kejutan budaya plak. Kat situ dibanjiri dengan budak baru akhir baligh membuat rombongan cik Kiah ke Time Square. Mana taknya, kalau empat lima orang oke lagi, abis dah kalau satu grop dekat sepuluh orang, tak ke dah macam rombongan sekolah. Lepas tuh fesyen, korang jangan cakaplah. 


Contohnya, lelaki pakai seluar tight atau legging. Fesyen ni memang dah lama, dari zaman ei belajar lagi. Kalau perempuan pakai, mereka kecoh akan nampak lemak punggung terlebih dan garisan panties, hal ini sebenarnya boleh diatasi dengan memakai panties yg ala-ala macam hot pants atau nak lagi berangin, pakai g-string. Kompom tak nampak garisan!lol~


Berbeza dengan lelaki yg sangat jarang memakai spender. Cuba korang pikir logic, kalau dah pakai seluar tight, celah mana dorang nk pakai boxer? Haruslah tak pakai langsung, kan!
Justeru itu, terus menampak-kan adanya belon di dalam zip seluar mereka. Mesti korang nak kata ei pervert kan. 


Padahal ei tak terniat pown nk usha belon-belon mereka. Tapi masa ei belajar, ei sering menaiki perkhidmatan awam untuk ke kolej, disebabkan ei pown tak adalah tinggi mana, bila ei duduk, dah sama dengan paras pinggang lelaki berdiri. Jadi, kalau lelaki yg berdiri di depan ei, korang cuba bayangkan apa yg ei nampak depan mata ei!


Haruslah pinggang ke bawah!


Lepas tu yg berdiri depan ei, budak lelaki pakai seluar tight tak hengat sampai ternampak belon! Jadi untuk mengelakan pemikiran yg lebih mendalam, ei hanya ada dua pilihan, sama ada pandang ke arah lain sehingga kepala menjadi teleng, atau pown memejamkan mata dan ei memilih untuk memejamkan mata!

Lain pula ceritanya kalau lelaki yg duduk di dalam bus. Bila lelaki duduk pula, dan perempun berdiri, oleh kerana lelaki tinggi, dan biasanya perempuan agak rendah, paras mata lelaki akan jatuh ngam je ke dada perempuan. Menjalar jerk ei tengok mata lelaki tembus sampai ke dalam. Mana taknyer, hidangan di depan mata, kalau tak dapat jamah, hidu pown sudah memadai. Sungguh, ei dah perasan! Korang tak percaya, cuba korang naik bus rapidKL!**rasanya, sama gak kalau naik tren pown!

Itu belum lagi kalau mereka ternampak ibu dok menyusukan anak. Sebagai seorang perempuan, ei rasa malu giler. Serasa macam kita pulak ditelanjangkan.

Nah, korang dapat tangkap tak perbezaan kat sini?

Memang tipikal kalau lelaki pantang nampak susuk tubuh perempuan, pasti tak berkedip matanya, berbanding perempuan.

Contoh lain plak, katakanlah perempuan hanya berkemban, eh, sekarang kan dah urban, orang panggil dress, bayangkan tetiba dress perempuan tuh, nk terlucut, atau mungkin kain dress-nya terangkat/terselak, maka, akan berduyun-duyunlah lelaki akan mengurumi untuk mencuci mata. Mata yg rabun terus jadi clear, bersinar-sinar je mata mereka sambil mulut ternganga hingga rama-rama pown boleh masuk dan sempat bergayut di anak kerongkong mereka lalu mati dengan bau nafasnya yg busuk. **ini ramai lelaki yg sering menafikan-nya. Awek-awek, kalau bf korang tak ngaku, sila rakam perlakuan bf anda jika mereka sedang tergamam melihat perempaun yg panas [baca : hot]

Kalau panties-nya nampak samar-samar, masing-masing sibuk meneka kaler apa yg perempuan tu pakai, paling tak boleh blah, ada yg  sempat nak bergaduh atau bertaruh pasal kaler panties perempuan tersebut. Haish, pasal spender pown nak gaduh ke? -.-”

Cuba kalau seorang lelaki memakai short atau kalau paling sopan pakai kain pelekat, tipikal lelaki suka benda yg mudah. Kalau pakai short, jadah apa nk pakai boxer? Sekarang bayangkan sorang lelaki ke kedai beli rokok dengan memakai short/kain pelekat, tetiba entah macam mana short/kain pelekat tertanggal. Apakah sekalian perempuan akan berebut-rebut dan berasak-asak mengerumi lelaki tersebut untuk melihat kaler spender lelaki itu?


Haruslah TAK! Biasanya kalau perempuan ternampak lelaki hampir bogel, pasti akan menjerit sambil memejam mata. Kekadang even nampak badan lelaki pown sibuk berpaling ke tempat lain, apatah pula ternampak belon di celah kangkang.

...


Entry ini tiada konklusi, Cuma sedikit saranan untuk lelaki yg gemar memakai tight, sila-lah pakai baju yg agak labuh sikit, agar belon anda tidak kelihatan dan menjadi paras ukuran kelakian anda! Contohnya macam kat bawah ni. owh, perempuan jugak agar lemak anda tidak menjadi bahan ransangan lelaki!




Sekian, ei nak g sambung kerja!


KThxbye!

4 comments:

Mainur Hasnah said...

setuju sangat.. betul2.. perempuan memang segan tapi laki selamba adab je

DuniakuAbstrak said...

bukan diskriminasi..lelaki dan perempuan adalah dua mahluk yang berbeza..sifat dan peranan juga berbeza...keh3

yang bab belon terjojol tu..haish..aku pun malu nak mempamerkan belon mantap aku..yang tak malu tu aku tak tahu la..haha

bergantung juga kepada individu masing2...

nice entri..bleh bukak mata masyarakat luas2

Dearie Pearls said...

hahaha..
ada belon celah kangkang...
kahkah...

haLyZaQiut said...

betul2....setuju2....tu pasal la kalau nmpk pompuan pakai terlampau sgt rasa nk bg pang jer....sebab memalukan....mcm apa yg kita alami haritu kat curve...kih3...

lelaki skrg pon ada yg nk menyeksi....x___x