4.22.2011

Rahsia Home Run


salam

Bila melayan lagu jiwang, tetiba saya teringat zaman kekanak saya…


Masa saya kekanak, saya seorang makwe yang ganas (mungkin sekarang juga). Saya peduli hapa anak dara harus lemah lembik. Pada hemat saya, perempuan harus tegas namun sopan agar mereka dihormati oleh kaum lelaki. Kalau kamu menjadi seorang perempuan yg lemah dan lembik kamu akan mudah dibuli. Ini kenyataan. Namun saya juga peduli hapa kalau awak semua tak setuju.



Eh,  saya nak cerita pasal jaman kekanak saya lor…
Oke, saya sambung.

Saya seorang yg ganas. Ganas di sini bermaksud lasak. Berlumba basikal itu tak dikira lasak sangat. Saya pernah memanjat pokok mangga, main guli, main gambar tepuk, bermain rounders dan macam-macam lagi aktiviti yg lasak. Tolong jangan ajak saya bermain masak-masak! Cukuplah saya di rumah MESTI ke pasar dan masak  serta membuat semua kerja rumah. Jadi, bagilah saya berseronok sedikit.

Sebagai seorang makwe yang ganas, karektor wajibnya haruslah seorang yg kerek/poyo.(DULU je, sekarang tak!) Serius punya poyo. Biasalah, budak lelaki ni lampi sikit. Semuanya nak lampi,(lampi sikit-sikit sudahlah kan) termasuklah tumbesaran mereka. Jadi masa kekanak kebanyakkan budak lelaki, pendek-pendek belaka. Haruslah saya lebih poyo, sebab saya nampak besar walaupun badan kurus kering. Apa, tak paham? Jangan jadi budak lelaki sangat bole?

Kalau nak cakap saya punya poyo, bila bermain badminton saya pasti membuat style ala-ala misbun sidek bermain. Siap angkat-angkat kaki tau bila nak service. Kemain benci si Ali jiran sebelah saya tu. Dia sudah lah gelap, pendek pula tuh adahati mahu memperkecilkan saya. Biasalah, orang kalau dah nak kalah ada saja helahnya.  Konon nak bagi saya down lettew. Dia pun mengajuk style saya angkat kaki dan menonggekkan punggung sebanyak 700. Padahal saya tak menonggek pown ketika service. Oke, mungkin adalah saya tonggekkan sikit dalam 100- 200.  Er… 350 pun boleh jadi juga.  Dah kata pun style.

Budak laki sebenarnya boleh tahan dorang punya anti dengan saya. Maklumlah semuanya saya hebak. baik dari berlumba basikal, bermain guli mahupun batu seremban. (sebenarnya saya ada sedikit segan juga, dengan seorang mak kawan perempuan saya di mana kami satu kelas agama, tahu betei saya ni bawak basikal macam peleset . Nasib baik abang dia tak kacak macam abang saya)




Ada satu hari kami bermain rounders, tak boleh blah betei geng laki lawan perempuan. Kami bermain di padang berdekatan dengan flat pendek. Belakang flat pendek betei-betei nampak menara KLCC. Btw, dari rumah kami kalau naik kereta nak ke KLCC adalah dalam 15 minit. Tapi kalau jalan kaki lebih sejam gamaknya. Kami sering juga pergi ke Perpustakaan Negara berjalan kaki. Itu pown hampir sejam tahu, jadi jangan tanya pula kalau ke KLCC berjalan kaki berapa jam. Nak tahu lebih lanjut, tanyalah ini inche.

Berbalik cerita utama, pada ketika itu, kami bermain rounders selepas hujan tak berapa nak lebat tapi masih hujan rintik-rintik. Harap korang paham macam mana keadaan padang yg berlecak. **Siapa cakap orang kL tak pernah main lumpur?? Kami Cuma tak pernah ke sawah saja, tahu.**

Jadi, faham sajalah iklim Malaysia ni. Eh, bagus juga bermain lumpur ni, boleh mencantikan kulit secara semulajadi tau. Tak perlu lagi kami pergi ke spa-spa terkemuka di ibukota.






Bila bermain rounders, asal budak laki punya turn saja, poyo kemain. Ada ke patut mereka suruh kami menjaga bola di belakang KLCC. Saya rasa macam mahu lempar saja selipar power rangers  saya ke muka mereka**maaflah, selipar sailormoon tak dijual di kedai Cik Milah**.
Sekali bila si Aman, abang kepada Ali punya turn. Macam biasa dia jerit…
“Apa korang jaga bola kat depan ni? Pegilah dok belakang KLCC tuh!” katanya megah.

Kami berasa sangat jengkel. Disebabkan saya agak tinggi, saya rela menjaga bola. Beriya-iya saya mencari kedudukan yg sesuai untuk menangkap bola mereka.

Sebaik Aman memukul bola lisut, dia dengan pantas berlari kononnya mahu membuat home-run . Ebby kawan saya entah macam mana dia berjaya menangkap bola tersebut dengan hanya menggunakan sebelah tangan.  **Jika team kami menyambut bola dua tangan, pemukul bola akan hilang turn, manakala jika team kami berjaya menyambut bola sebelah tangan satu team terus hilang turn.**Nak tahu lebih, usha kat sini.**

Kami pun bersoraklah! Boooooo!!!!!!!

“Wah, jauhnya KLCC kau tuh!kahkahkahkah!!!!” saya memperli sampai tergelak-gelak sambil memegang perut. Nyaris saya gelak terguling-guling melihat reaksi mereka.

“Bodohlah kau. Pukul bola macam perempuan!” marah Ali pada abangnya, Aman. Namun Aman sengih saja.

“Macam perempuan ke macam pondan!kahkahkah!!!” kami saja bagi panaskan keadaan.


Kali ini sessi team kami pula. Oleh sebab padang yg berlumpur, saya tidak memakai selipar. Bila berlumpur kan jadi lebih licin. Jika pakai selipar, lagi mudah untuk terjatuh. Jadi, kami hanya berkaki ayam saja.

Macam biasa, setelah memukul bola dengan kencang, namun akibat saya pukul terlalu cantek, jadi saya hanya mampu berlari ¾ pusingan. Kemudian disambung pula dengan Ebby. Ebby boleh tahan hebat dia punya skill memukul bola. Saya berusaha membuat home run, kalau buat 2 pusingan pun sudah memadai. Disebabkan saya gigih berlari, diselang-seli pula dengan jeritan dan sorakan team kami, saya juga menjerit sambil berlari dengan pantasnya.

Ketika saya berlari sambil menjerit dipertengahan larian, tiba-tiba saya rasakan sesuatu masuk ke dalam mulut saya. Namun saya tetap teruskan berlari tanpa menelan air liur. Setelah bola tadi berjaya ditangkap oleh budak laki mujurlah saya selamat melengkapkan larian saya terlebih dahulu. Sehabis larian, saya pun meludah.

Ptuih…ptuih…ptuih!!!!
“Ko buat apa?” tanya Ebby.
“Aku rasa ada lumpur masuk dalam mulut aku-lah.Ptuihhhh…ptuih..ptuih!!!” jawab saya sambil meludah.
“Oh, itulah rahsia ko buat home run, ye” katanya sambil ketawa.
camtaek!

 p/s :: pakai topeng mulut ketika bermain rounders pown style juga ye.
p/s/s :: sumpah, rindu giler main rounders! T.T


15 comments:

marina anakcikbob said...

aku kecik2 pon panggil rounders. bila masuk menengah, diorang panggil softball. terus xmain. hahaha..

nurkaloi said...

heheh memang sonok
kaloi penah pukoi bola uh sampai terkena tingkap umah cik md.noor dpn umah
pe lagi larikkkkkkk
hahaha

diana said...

tak pandai main rounders..
ada sejarah main raounders ni..
nak cerita ke tak??
tak payah la..:p

eiffel said...

marina :: pebeza rounders ngan softball?kriket plak?lol


nurkaloi :: tuh sbb lor org kt padang..huhuhu


diana :: alor, nk citer kt sini wt entry pown xde hal.ni msti insiden sadis kan xP

one way~ said...
This comment has been removed by the author.
one way~ said...

aku pon men bola `katok' dulu2..haha..

HEROICzero said...

rounders! yeaaa~

yup, main dalam lumpur. masa tu la nak slide canteeeek punya!


*main gambar tepuk?? HAHA

apik pehe said...

huhu..apik x pnah main..nanti ajar apik tau..tapi jangn lak suh apik duk belakang klcc..hahah

ghost writer said...

walaweh..aku suka sangat main rounders dulu masa kecik kat kampung.entah kenapa takde sapa yang main sekarang.

zaman dah berubah.

Jemari MonteL said...

perghhh.... ko mmg sekanak2 ngan ako time kekanak dolu2.... rase nak kembali jadik bebudak.....hehehehe..

ako suke ayat ko yg nih : ''Nasib baik abang dia tak kacak macam abang saya'' <--- abg ko ensem ekkk??? ako nak ngorat volehh??? ahhahahahahah.... :p

maCy said...

mak aih pnjgnye. huhu

dlu ske men galah pnjang je..

Raihana Izzati said...

aku tak main rounders or anything.

dulu time kecik aku dok rumah baca buku sorang2 je.serius.aku tak sosial sangat.

tapi macam celaka je kutuk perempuan macam ni,macam ni=_=

Kau tinggi ea? jeles.

eiffel said...

one way :: bola katok yg mane ea?penin aku.byk sgt nama len.huhuhu

heroic :: lps tuh, balek uma..jgn tanya lar kena marah macam mne sebab main lumpur.lol


apik :: ruginyer xpernah main rounders!

eiffel said...

ghost :: tuh lar.bebudak skrg lagik bz men mafia wars dr bersukan cm main rounders.

montel :: kan..aku pown rasa nk patah balek time tuh! T.T

abg aku?ramai yg berkata sedemikian, ceh. -.-"


macy :: xkan satu game tuh jerk kot.giler bosan. xP

raihana :: giler streess mcm tuh.tuh pasal, no wonder ko jd budak cemerlang.

tinggi?biasa2 jerk.time kekanak kn perempuan lg tgi dr laki.

DuniakuAbstrak said...

kau sebenarnya lelaki bertubuh wanita..keh3