4.20.2011

Saya Tak Jiwang Tahu!


salam…


wah, kemain tau.minggu lepas stok layan bollywood bermain ditelinga mak.minggu ni pulak, lagu jiwang 90-an.**eh, tercakap ala-ala admin kaki sentap plak.lol


saya sajelah semalam gugel lagu 90-an ni.sudahlah dalam cerpen saya, saya memuatkan lagu 90-an. saya rasa, ianya ada satu virus yg tak kita ketahui, di mana bila kita dengar sekali, kita nak dengar lagi lagu yg lain.kalian jangan main-main dengan saya tahu.saya walaupun tak berminat dengan rock kapak dan segala lagu jiwang, tapi boleh dikatakan hampir semua lagu saya tahu.


mana taknya, masa saya sekolah, setiap pagi, celik saja mata kakak saya, dia akan pasang cd tangkap leleh, mesti nangis punya, koleksi eddie hamid, lagu duet achik spin ft siti nordiana, jelmol, iklim, samudera, sting, spoon,  ah, semuanya ada-lah!


biasanya kalau tak lagu 90-an mesti lagu bollywood. MESTI! kalau lagu hindustan ni, biasanya ikut musim cerita apa yg tengah hit dan baru dia tengok.contoh masa Khabi Kushi Kabhi Gham tengah top, sibuklah pasang lagu-lagu tu. Kalau baru lepas tengok cerita Dhadkhan, juga begitu.

Lihat saya tak berminat tapi saya  TER-tahu.


Memandangkan semalam saya terjumpa link yg belum di block di opiz, saya telah mendownlod serakusnya, di mana kalau isi satu cd pasti tak muat punya. Kemain laju betei intenet opiz ni. Dalam masa seminit saya boleh mendownlod berpuluh lagu. Terima kasih tenet tikom.Kamu memang hebak!


Ini antara lagu yg telah saya donlod.Kamu bolah jadikan rujukan sebagai permulaan pencarian.


sila tekan ctrl+shift+enter untuk usha betei2



btw, malam tadi saya telah menyimpan dalam mp3 dan memperdendangkan lagu-lagu ini kepada kezen saya. Umur si adik 6 tahun dan kakaknya 8 tahun. Sejurus mereka terdengar lagu bola-bola api, mengekek mereka ketawa tanpa henti.  (kalau kamu hebak, cuba teka apa tajuk lagu tu.lol)


Dan seusai saya mandi, saya melihat mata mereka merah dan berair. pada mulanya saya ingat mereka bergaduh dan menangis. Rupa-rupanya mereka menangis mendengar lagu Oh Ibu nyanyian Exist.


Kesimpulannya, hati kanak-kanak lagi kaca dari hati remaja macam saya.
(saya remaja lagi ke?remaja kot.)


 p/s : saya rasa semakin horny menggunakan ‘saya’. Anda pun, cubalah sesuatu yang baru.

Enhanced by Zemanta

10 comments:

Lya Colours said...

fuhh cayalah ko. siap ada jelmol. hihi

eiffel said...

lya :: kahkahkah!!!nampak sgt awak besar gmbar tuh kan...tuh semua lagu yg kakak sy layan lar.lol

diana said...

kamu sangat sesuai guna "saya"..
nampak baik sikit..
hahhahah

Nurun said...

DTG DGN SENYUMAN.. HAIP!

cikpia said...

ha ha..... teringat zaman kecik2 dulu aku nanges gak dengar lagu oh ibu tu.....

HEROICzero said...

lagu yg 1st tu, LAYAN bhaiii !

Amoi said...

wah.

banyaknya download.

ai tak berapa suka nak download lagu.

tak tahu nape.

haha

Izatie said...

Hoho . Banyak gila lagu . Semua lagu season pulak tu ^_^ Heh .

haLyZaQiut said...

jelmol???apsal x pernah dgr....

marina anakcikbob said...

ko org jelmol ke? kahak..
aku tengah giler lagu auburn ni..
him, him, him, him..
me, me, me, me..
dang, dang, dang, dang..
e, e, e, e..

hahahah..