6.30.2011

Seru.


salam…

dalam tempoh dua bulan ini, blog ini semakin terabai. Mana taknya, pemiliknya kemain bizy sekarang ni. Tambahan pula mood hendak berblogging juga makin kurang. Yang ada, hanyalah selalu wujud di dunia fb.

Saya perasan juga,  kalau kita selalu aktif di alam maya. Mesti kurang bersosial di dunia nyata. Itulah yg sering terjadi pada saya. Kini menonton tv pown seminggu sekali.

Saya sedang menyeru mood blogging itu datang kembali. Mahu blogwalkinglah.kbye!

6.22.2011

Tajuk Yang Blur.


Salam.

oh tidak. saya dah lama tidak membebel panjang di sini telah membuatkan saya kehilangan identity. Namun, saya tetap mahu mencarut di camtaek.


Sebenarnya, saya berasa agak jengkel pabila melihat seorang itu terlalu dipuji. Juga di dunia blogger. Ini bukanlah istilah cemburu. Tak, buat apa saya mahu cemburu? Apakah dengan cemburu, maka saya dapat apa yg saya inginkan?


Tak.

Jadi, ini bukan cemburu. Cuma perspektif saya.
Apa yang saya lihat. Pabila seorang blogger yg bg saya, tak adalah lawa mana macam xuxu dan buah oren tuh, tp dia disangjung di puja mengalahkan artis. Saya tak kesah jika anda meminati mereka. Tapi jika semua komen pown seperti


Awak tampak hot bila berpossing sebegitu.

Kakam cantek lar. Pakai apa pown cantek.

Mata kakam bulat macam meow meow.

Dan komen mereka langsung tidak ada kena mengena dengan entry yg ditaip oleh retis tersebut. Homagok! Sehingga saya berasa musykil. Apa yg mereka dapat dengan berbuat begitu? Tak rasa seperti anda sedang menjilat punggung mereka, kah?


Kenapa kalau mereka cantek giler pown? Kamu ingat dengan puji-pujian kamu itu, kamu akan dapat tiket vvip nufnak ke?


Jadi, di mana kononnnya mereka berkata ikhlas mahu berkawan? Pada saya, kalau anda ikhlas. Sepatutnya, walau camtaek mana pown fizikal saya, ianya bukan tiket untuk awak berkawan dengan saya. Saya juga tidak peduli tentang fizikal awak semua. Bukannya mati pown tak berkawan dengan si cantek dan awak tidak hinalah jika berkawan dengan si hodoh.


Entahlah. Mungkin saya ini bukan jenis yg gemar memuji dihadapan. Dan ya, saya memuji awak dibelakang awak semua. Kagum dengan kecantekan awak semua. Atau lebih tepat, memuji Kuasa Dia, Milik Dia. Kalau ada perempuan atau lelaki yg kacak pown. Saya tak kan lah mahu cakap dengan dia. Sebab saya tak mahu mereka bangga, riak, sombong lantas terlupa tanah yg mereka pijak ini juga sama seperti mereka. Saya sendiri juga tidak gemar dipuji. Kerna saya tahu. Saya akan hanyut dan alpa.


Padahal, awak tak tahu. Berapa banyak bedak telah saya tepekkan dan pelbagai teknik pencahayaan yg dimainkan. Ah, kamu semua juga tertipu dengan gambar saya. Kahkahkahkah!!!!


‘Oit-oit!!!Jangan nak perasan sangat boleh tak? Gambar ko bukannya cantek sangat pown. Camtaek adalah.’**siri bercakap depan cermin.-.-”


‘Telah Kau jadikan aku rupaku secantek-cantek makhluk, maka Kau hias jugalah kecantikan itu juga pada akhlak ku’ – muhasabah diri balek. Bersyukur tp jgn riak.


Pst :: Itu sebab kekadang saya malas mahu percaya gambar digital skrg.kehkehkeh.

6.17.2011

Giler Photograph.


Salam.


saya sudah agak jarang mengemaskini blog ini. kerna saya kini tidak bersama dengan pc saya. sibuk 
mempelajari system lain pula.

Kelmarin saya telah mendownload pelbagai software untuk photography Tab saya. kemudian menggodek ianya.  Yang sebenarnya Tab saya ni, kameranya tak adalah cantek sangat pown efeknya. Biasa-biasa saja, maklum lar. 3 Megapixel saja.

Tapi setelah saya mendownload pelbagai software photography. Saya dah tak perlukan lagi software photoshop. Kerna kebanyakan software photography saya itu ada elemen-elemen seperti kemera Lomo. Perghhhh, baru saja saya mahu meng-usha Lomo di Terbrau City. Berhajat juga nk grab sebuah Lomo.

Sekarang dah rasa macam ada banyak Lomo saja. Sampai saya pown penin mahu guna applikasi yg mana. Antara software yg saya guna ialah Vignette Demo, Action Snap, Little Photo, mytubo, roidizer, dan yang paling best ialah retro camera. Dalam Retro Kamera pula sy boleh pilih jenis efek kamera macam mana sy nak.


 Awak bayangkan ye, baru sehari dua saya download software tersebut, hampir beratus-ratus picca telah saya snap. Macam mana pulak kalau seminggu?sebulan?setahun?owh, saya perlu segera merembat External Hard Disk! Ini adalah antara picca yg telah saya snap.





















Yang last skali tuh sy esit sikit.


Yang lain tak.Hanya guna software.Best kan!
Kalau awak sedang memakai Android Fon, awak  cubalah software yg sy perkatakan tu.

p/s :: Mekaceh ngan fake fioncee fb saya.kerna sudi melayan kegilaan sy yg sedang obses ni..ailebiu!

6.15.2011

Tab.


salam.


kesian blog camtaek ni terabai.walaupown pemiliknya baru sahaja mendapat Samsung Galaxy Tab yg dibelikan oleh beliau. Namun masih tidak reti mahu update menggunakan Tab. Sudah lar kini boleh beronline di rumah. Di opiz pown kini online guna Tab tau. kemain betei. 



Saya berminat dengan Tab setelah menonton Marry Me Marry. Sangan inzal tahu menikmati fon sebesar 7inci. Lebih besar dr tapak tangan saya. Memula keluar harganya 2.6k, saya rasa kecewa dan mampu bermimpi. Kerna mungkin lebih baik saja saya grab Lappy Mac. Namun, pada hari sabtu yg lalu, beliau yg menawarkan diri untuk membelanjakan saya sebiji fon. Bila saya usha di Mines, kini Tab hanya 1.6k saja. Terus saya mahu grab yg itu.



Oke.yang ini cover je.gambar Tab nya, awak usha yg kt gogel punya lar ye. cover tuh macam diary je kan.

Yang sebenarnya, saya telah mendapati pc opiz milik saya ni telah slow.bayangkan mahu loading gmail dan fb pown selalu sangkut. camtaek betei.


saya syak, ianya berpunca dari kesan saya mendonlod pelbagai drama korea. ,mungkin RAM nya telah makin slow. Kini saya sedang menjeling-jeling External Hard Disk untuk dirembat. Bagi mengalihkan semua fail dari pc milik opiz. Kemain betei. Sudah lar tiada pc persendirian hatta lappy. tapi ada External Hard Disk pulok.


Tak mengapa. Kini Tab telah menggantikan segalanya. Saya menonton drama Korea juga menggunakan Tab. Videonya sudah lar HD. Memang syok giler lar. Terasa macam menonton TV leper 42 Inch di rumah saya pula.


Kelmarin saya mendonlod video klip On The Floor Full HD. awak tahu berapa saiznya? Hampir 100 Mb tahu. Memory fon saya hanya 16G. Kemudian saya sumbat pula drama Dream High yg bersaiz lebih 4g utk satu drama. Ya. Kini fon saya hampir penuh memorinya. Huhuhu.

Btw, saya tidak mengambil apa-apa broadband. Jadi, tidaklah pulak kemana saja saya boleh beronline. Hanya ditempat yg menyediakan wifi saja. Hal ini kerana dirumah saya sudah ada streamxy. Dan dalam proses menukar kepada Unify. Dengar kata, ianya superb. Oke, saya teruja.

6.08.2011

Imbangan Duga.


salam…


oh hoi!!!**memekik bagaikan bini tarzan yang hanya berkemban menggunakan kulit harimau bintang. Namun masih lagi terserlah ayunya dengan duduk bersimpuh dan tersenyum lalu mempamirkan lesung pipit. Memekik dalam keadaan duduk bersimpuh? Ayu, bukan.


Kejadah permulaan entry cenggini? -.-”


Namo lah tanya besh ke idak saya cuti hampir seminggu ni. Haruslah! Terutamanya apabila segala 
keperluan di taja sepenuhnya oleh adik dan kakak saya. Gembira tahu!


Rasa macam hampir seminggu itu pown tak puas. Terasa mahu bercuti lagi saja. Banyak mahu cerita. Antaranya, adik saya telah mensedeqahkan kesemua seluar jeansnya pada saya. Bukan tak muat. Tapi dia mahu menukar imej katanya. Abis jeans cap Guess, Calvin Klein, dan seluar paling komannya adalah Levi’s dihulurkan pada saya. Mujurlah saiz pinggang kami sama. Yang tak sama adalah semua seluarnya panjang. Maklumlah, adik saya ni gagah orangnya.


Selain itu, saya juga dah beli kain untuk baju raya. Tapi malangnya, saya tak jumpa lagi tukang jahitnya. Adik kata, nanti dia hantarkan. Masalahnya, ukuran badan saya tak bagi lagi. Adess.


“Tak apa, ikut saiz aku je lah. Nanti kalau dah siap, boleh aku rasmikan dulu.” adik saya dengan bijaknya memberi idea.


“Kalau ko dah pakai, itu masih dikira baju raya lagi ke? -.-”  ” tanya saya penuh kejijikan.





Yang paling best adalah, adik saya meminta mp3 cap sony milik saya.

“Kalau kau nak mp3 aku, kau pilih. Sama ada mahu bagi aku ifon ko ke, atau psp ko tu ke atau pown laptop tu. Pilih.”


“Ah. Tak de.”


“Tak de. Tak adalah mp3.”

6.02.2011

Chemistry.


salam…


korang pernah dengar tak pepatah.

“Kalau kita fikirkan seseorang, orang yg sedang kita fikirkan, juga sedang memikirkan tentang kita.”

Kiranya, kalau awak tengah berfikir pasal saya, maksudnya saya juga sedang berfikir tentang saya.

Alah, macam kes rindu-rindu tuh!


Saya dapat quote ni hasil membaca novel.  Pada mulanya saya tak percaya. Tapi setelah beberapa insiden terjadi, saya berasa…kagum dan**perasaaan yang sukar dimengertikan.


Contoh insiden yang saya mahu beri ni, lebih kepada dalam persahabatan. Malaslah mahu memberi kisah-kisah cinta camtaek saya. Malu tahu! 

Tapi kawan saya kata, mengikut kajian benda ni memang betei. Saya pown tak pasti.




Masa saya di zaman kolej, seperti korang selalu baca, kawan baik saya adalah puRpLe, pinkY dan puteH!

yang paling rapat adalah puRpLe. setiap hari kami berkepit. Ya. Mengalahkan belangkas. Siap ada kata kami ni kembar pown ada. Ada saya, pasti ada puRpLe. Macam tu lar sebaliknya. Disebabkan kami setiap hari berkepit, jadi bila cuti sem. PuRpLe yang merupakan anak tunggal, sering dilanda kebosanan.


Sementara saya pula kena turun JB, membantu emak saya dikedai. Bila bosan, selalu merindui member-member terutamanya puRpLe.

Ketika saya teringatkan puRpLe, dengan tak semena-mena, saya mendapat panggilan dari puRpLe. puRpLe ni gila sedikit. Dia boleh bergayut dengan saya lebih sejam lamanya, mengalahkan orang bercinta kan! Saya pown kekadang sengaja tak bagi dia letak fon. Ada saja cerita kami yang tak habis-habis. Dan selalu jugak si puRpLe ni kena marah dengan parent nya akibat bil telepon rumah melambung. Ya, dia pakai telepon rumah kol henfon saya. lol~




Yang sebenarnya banyak lagi. Tapi saya ingat yang satu tuh.
Macam saya ada perkatakan di entry ni, saya dah turun JB dah. Selama lebih kurang seminggu. Mungkin sekarang ni dah nak sampai pown. Oke, ini entry autopost.hikhikhik


Jadi, awak semua jangan rindukan saya tau. Nanti saya juga akan rindukan awak semua. Jaga diri tau.sob sob sob…**mengesat air mata dan menghembus hingus. Lalu mencalit pada awak.

Sebagai tanda ingatan dari saya untuk awak semua.



**woi blah lah woiiii!!!!tak payah nak bajet artis sangat lah!!!! tak ada sape nk rindukan ko!!!

camtaek!

Yela-yela. nak perasan sikit pown tak boleh. Mencikkk!!!!kbai.

6.01.2011

Londeh.


salam...

AMARAN :: Bacaan 18 tahun ke atas. Kekanak tak payah nak sibuk!

hurm...asik tamara saja interframe di sini. sudah lar dia pernah layan porno amma amma…**tetiba

**gosh, kini jika saya terdengar minachi sebut amma amma, mesti saya teringat Tamara.lol~ ***tak paham, sila baca entry ni.




kali ini cerita tentang pinkY dan puRpLe pula. di zaman kolej.

hari di mana saya menghantar report thesis.

 kami ke jusco untuk membeli barang masakan. puas juga si pinky memujuk saya stay lagi beberapa jam di situ.

“Kau sibuk nak balik rumah rumah awal pown nak buat apa? Macam lar ada laki nk dilayan pown!” kata pinkY.

Huh, pinky memang camtaek! sengaja mahu saya termakan hasutannya. Jadi, saya stay saja di apartment mereka.



Di sebabkan Jusco tu boleh tahan jauh jugak. Kalau menapak adalah dalam 20-30 minit. Jadi kami ringankan perjalanan kami dengan berbual-bual secara bersantai ibarat melalui di gigi pantai di mana pemandangannya yg sangat mengasyikkan. Anggap saja deruan enjin kereta dan motor itu seperti deruan angin pantai mengusap pipi dan asap-asap menerobos rongga hidung pula adalah masin air laut.


Oke, cukup mood mahu bercuti di tepi pantai namun hajat tak kesampaian.**mencikkk!!!



“Ko pernah imagine tak. Kalau seseorang perempuan tu dari gemuk jadi kurus, breast dia maintain ke atau saiz yang berbeza masa dia gemuk?” tanya saya kepada pinkY dan puRpLe.

“Hurm, maintain jela. Eh, jap. Breast boleh mengecik ke wey?” tanya puRpLe.

“Kalau tak silap, boleh.” jawab saya.

“Hah??? Iyeke?” pinkY terkejut.

“Yup. Ada yang kata, perubahan saiz badan yg ketara pown akan menyebabkan cologen ko akan berkurangan. Bila collagen kurang, nanti kulit ko akan nampak macam berkedut. Tak tegang lar kiranya. Itu sebab ada sesetengah orang breast dia nampak macam londeh jerk. ”


“Londeh?” tanya pinkY dan puRpLe.

“Ala, kira macam jatuh lar.” 

“Aku ingat londeh tu hanya untuk seluar jerk. Breast pown boleh gak ye?Kahkahkah!!!” tanya Pinky dan puRpLe sambil ketawa dan diperhatikan oleh abang-abang pomen bengkel berdekatan.

“Woit, cover la sikit! Korang ingat ni dalam bilik ke?”saya mengingatkan mereka.

“Breast Londeh!Kahkahkah!!!” pinkY dan puRpLe tak habis lagi ketawanya sambil menutup mulut.

“Ala…asal kau paham sudah lah! Nak berbahasa sangat. Nak dengar lagi ke tak ni?” tanya saya malas ambil pusing.

“Hah, citerlah.”

“Kalau nk bagi breast tu naik balek ke tegang, boleh lah amik collagen. Aku pown baru tahu pasal benda ni sebab pernah terbaca kat dalam magezine. Kau kan amik soy collagen,  kau tahu apa khasiatnya?” tanya saya pada pinkY.

“Bukan untuk kecantikan dalaman ke?” jawab pinkY.

“Yup. Betei tuh! Kalau ko tengok iklan, semua kata untuk menganjalkan kulit. Supaya tegang. Itu sebab biasanya orang yg dah berusia ramai yang stok ambil cologen. Botox pown lebih kurang jugak lah.”

“Oh, macam tu rupanya.”

“Ha’ah. Ko kan dah kedut. Tuh pasal sibuk amek cologen. Kahkahkah!!!” kata saya pada pinkY.


“Keji! Diam lah!”