8.16.2011

Berbuka Puasa Di Rumah PiNkY.


Salam…

oh hoiii!!!teruja plak nak menaip di sini walaupown tiada hok story saya nak ceghiter.

Kelmarin pergi berbuka dengan PiNkY dan purple. Ah, kemain mahu berbuka di kuala selangor. Macamlah boleh puasa, ABC punya kes. Saya jumpa PuRpLe terlebih dahulu sebelum ke rumah pinky.

Masuk sahaja kereta saya, terus mencarut PuRpLe dibuatnya.

“Ah, jilaker!!! Aku masuk-masuk nampak air soya! Dasar tak puasa!”

“Dah memang tak boleh puasa. Ko nak suh aku buat apa? Purak-purak puasa, macam tu?”

“Yang sebenarnya, aku pown tak puasa. Kahkahkah!”

“Gaya masuk tadi bajet puasa jerk. Camtaek betei” dalam hati saya, mahu sahaja saya menarik rambutnya.  -,.-”

Baru saya teringat, dah lama rupanya saya tak main tarik-tarik rambut dan menyelak-nyelak rambutnya. Bila saya bosan di dalam kelas, saya suka selak rambut purple seperti menyelak langsir. Sebabnya, PuRpLe suka lepas rambut belah kiri. Saya plak duduk sebelah kirinya. Kemudian membuat kekonon sedang mengintainya. Ada juga saya main auw cak-auw cak dengan rambutnya. Best jugak kan lepas rambut macam tu.



Bila saya jumpa PuRpLe, kemain berisi dah dia sekarang. Kalau dulu pakai Levi’s saiz 24, sekarang 27. Sama saiz dengan saya. Katanya bahagia. Apakah dia mahu kata saya tak bahagia? Heh!


Kami sampai di rumah PiNkYdalam 7.40 malam. Ya, lepas waktu berbuka. Tapi tak apa. Kami bukan puasa, pown.Kahkahkah!!!

Masuk sahaja rumah PiNkY, macam biasa kami terus serang meja makannya. Ah, PiNkY hanya tinggal berdua dengan anaknya. Padan kami tak tahu malu. Sebaik ,mahu menjamah hidangan yang telah PiNkY sediakan. Saya nampak PuRpLe sedang kebuluran.

“Apsal aku tengok ko macam kebulur ni? Mengalahkan orang puasa.”kata saya kepada PuRpLe.

“Lar….ko tak puasa ke?” tanya PiNkY sambil memandang PuRpLe.

“Eleh, si epy tu pown bukannya puasa pown!” PuRpLe namo kalah.

“Baiklah! Aku tunggu korang berjanggut nak buka sesame. Rupanya haram sekor tak puasa.” kata PiNkY ala-ala makcik.

Kemain rindu betei kami dengan masakan PiNkY, terutamanya PuRpLe. Napsu makan pown saya lihat berbeza ketika di kolej. Kalau dulu, dia makan sekeping roti canai tapi saya sudah makan tiga keping pown belum tentu dia mampu habiskannya. Hebak kan saya. Eh, silap. Tak baguskan PuRpLe tu.

Tapi kelmarin dia makan 2 PINGGAN NASIK. Bagi PuRpLe, dua pinggan nasik itu sudah cukup mengkagumkan.  Saya yang tak puasa ni pown makan sepinggan nasi saja, tahu. Lepas kami makan, PuRpLe ajak meronggeng sebentar di pekan kuala Selangor. Katanya mahu bersopin raya. 

PiNkY pown bergegaslah mahu bersiap. Manakala kami yang kemas meja makan.Kerana nasi di mangkuk masih berlebihan, saya mahu letakan semula nasi tersebut ke dalam periuk. Oleh kerana ini kali pertama kali saya datang rumah sewa PiNkY. jadi, saya tak jumpa periuk nasinya. 

Berpusing-pusing jugalah saya mencari.

“Wey, mana dia ni punya periuk nasi ea?” tanya saya kepada PuRpLe.

“Dekat dapur tak ada ke?” tanya PuRpLe semula.

“Manada. Tak caya ko g tengok.”

PuRpLe pown ke dapur.

“A’ah lah. Tak jumpa.” jawab PuRpLe.

“Dia simpan kat peti sejuk ke hapa ni wey?” tanya saya.

PuRpLe yang berdekatan dengan peti sejuk, laju sahaja dia membuka peti sejuk.

“Kenapa kau bukak peti sejuk?” tanya saya musykil.

“Dah ko kata, dia simpan dalam peti sejuk. Manalah tahu, dia memang simpan periuk nasi dalam peti sejuk ke.”

“Ko dah kenapa wey?” saya bertanya hampir-hampir menitis air mata saya menahan gelak.

“Aku blur lah. Kenyang sangat.” alasan PuRpLe.

camtaek.

10 comments:

bujal X said...

kemain kamu semua~~tidak berpuasa~~

Sab Buenoo said...

=.=" tak posa semua. hehe

eiffel said...

lulz

kawan saia, tuan rumah..dan dia yg masak..itu puasa, tahu.

marina anakcikbob said...

pinky da tawen?

Whoopz said...

pinky n purple.. Agaknya lu kaler ape eyh? Plain? Heheh

NAJ HEBAT said...

kemain, pinky purple..

kau warna apa?

greeny??

lalala.

*sep!

aku pun begitu jua. pernah satu ketika. hiks.

eiffel said...

marina :: yup.pinky dah tawen.biasalar, org hok.heh.

whoopz :: saia..er..saia...tatau suka kaler hapa.kaler bumi kot.cam cekelat tanah, hijau taik hanjing.hahaha

naj :: smua tanya saia kaler hapa ni naper?saia tiada kaler yg saia obses shingga kan smua pown nk sama -,-"

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

alfi..lu xpuasa ke...
hahaha..slmt ganti puasa...

ptut la blur..kyg sgt..pijak perut kang br taw

Encik Psychopath said...

happeningnye.

catherine- said...

hahahahaaa....

pinky masak nasi atas dapur gas tahuuu!

sampai hati kamu... ;p~