1.27.2012

Surat Untuk Tamara




Tamara Chill,
Opiz Lama,
Kelana Jaya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari-Terakhir-Tamara-Bekerja


Kehadapan Tamara, 

     Sebagai seorang member, saia akan mendoakan kebahagian awak. Moga awak dapat keje dan kekawan yg mungkin lebih baik. Jangan nak ngular sangat. Ingat, kat opiz lain tak sama macam kat sini.

     Yang boleh masuk opiz pukul bape-bape je. Boleh kuar makan bebila masa. Nak masuk opiz balek pukul bape. Kalau nak ponteng, kita orang cover, kan. Iyelah, awak kan CEO. Ah, kemain  betei dia. Siap pakai drebar lagi tau. AGM Tikom kat KJ ne pown tak pakai drebar, tahu!
Dan yang paling penting, jaga diri. Jaga kesihatan. Jangan nak amik ubat kurus sangatlah, bila awak tu lagi kurus dari saia. Tak payah nak hok-hok sangat. Awak dah memang hok pown. Kita org malas je nak cakap sebenarnya.

     Lagi satu, pasal sakit pinggang awak tu. Campak je, ke longkang korset awak tu. Pasal korset tu, awak sakit pinggang tak boleh nak aktif. Tengok, tak memasal awak jadi cacat. Saia nak je bagitau adik awak, supaya dia dapat heret awak g hospital. Tapi awak degil, keras kepala Batu Caves!

     Tak nak dorang risau la, takmo adik awak turun KL nanes-nanes lah. Cuba awak pikir. Awak nak dorang nanes sekarang atau nanes esok???

     Disebabkan saia hormat dengan keputusan awak, saia hanya diam.Kalau ikotkan hati, tak payah adik awak. Saia yang heret awak g hospital.

     Cuba awak cakap, sampai bila awak nak tahan sakit macam tu??? Tukang urut tu pown dah kata, kalau melarat, apa akan jadi???!!

     Kitaorg sayangkan awak, tu sebab kitaorg risau kan awak. Bebel pepanjang.

     Ah, malaslah cakap dengan orang tua degil ne. Biasalah, orang tua macam awak ne memang degil keras kepala Batu Caves!

     Oh ye. Kalau tak silap saia, saia ada terbaca satu artikel tentang ‘Love Bite’ boleh membunuh. Sebab ‘Love Bite’ biasanya ada darah beku.Dan kalau tak silap saia, ianya boleh membawa maut. Ye, begitu juga dengan korset yg awak pakai. Korset awak tu membuatkan saraf awak bengkak dan juga mungkin terjadinya darah beku.

     Untuk maklumat lanjut, lebih baik rujuk pada doktor. Ini apa yg saia dengar berita dekat radio je. Tak salah untuk awak mencantikkan diri. Tapi bagi saia, awak terlalu obsess. Obses nak kurus.

     Ah, terpanjang plak surat ne.

     Akhir kata, kalau nak kawen jangan lupa jemput saia. No tepon tu, sesila la update ye. Ini tidak, adeke patut awak tukar no dengan BF awak. Saia nak mesej awak pown saia pikir lapanbelas kali nak mesej dekat no yg mana. Lepas tu isi mesej pown nk kena berhati-hati.

     Nasib baik lah saia dah lama tak kirim Kotex dengan awak.

     Lepas tu mintak plak yg saiz Kurus tanpa Sayap. Tetau mesej tu BF awak yang baca.

     Tengok, sapa yang malu?!ah ah ah

Camtaek betei!

 Awak suka lettew,mesti nak gelak kung kang kung kang. 

Saia ne dah la pemalu, tahu!

Dah la.

KBye.

Assalamualaikum.

Entri comel ini tidak memerlukan tandatangan.

1.20.2012

Pindah.


Salam…

Ah, lama giler tak mengarut alam di sini. Ekoran kesibukan saia di opiz, kekadang tak bizy pown saia tak ada mood nak update.  Blogwalking apatah lagi.

Bulan depan kami akan berpindah opiz di Bangsar. Saia dah mula rasa sakit kepala. Perlu ke KJ terlbih dahulu hantar aunty ke opiznya, kemudian patah balek ke Bangsar.

Dikatakan parking di sana, RM10 per entry. Peh, giler la. Minyak saia dari Cheras ke KJ saja sudah berapa. Tol lagi. Lepas tu nak patah balek ke Bangsar. Parking. Heh.

Jadi, saia Cuma ada pilihan menaiki lrt di KJ. Agak camtaek, sebab kos pengangkutan saia bertambah berganda-ganda. Kalau sebelum ni, minyak dan tol. Kali ni, saia perlu fikirkan parking dan tambang lrt pula.Itu belum saia perlu keluar sebelum 6.30pagi.Sebolehnya, saia perlu sampai KJ, sebelum 7.30pg.


Tamara beriya mahu berhenti kerja tanpa sebab yang pasti.
Oh, mungkin cerita tentang Tamara tiada lagi.


Pada ketika memula saia buat blog. Ada saia persoalkan.
‘Kenapa bila kita terlalu rapat, akhirnya ia akan menyepi’(dalam sesuatu hubungan)
Saia perasan hal ini bermula dengan adik–beradik saia, kekawan sekolah, kolej dan juga di opiz.

Di saat saia menaip, satu persatu bayang adik, kakak-kakak, kekawan semua nya mula menjelma.
Siapa yg tak rindu kan saat kegilaan remaja dalam meniti kedewasaan? Perangai yang pepelik, jiwa yang sering memberontak.

Kesemuanya.