8.31.2012

Mimpi Yang Aneh

Assalamualaikum,

Aku baru terjaga dari mimpi yg aneh dan sangat menakutkan.

Aku tak berapa jelas bagaimana permulaannya. Yang aku ingat, aku berkawan baik dengan seorang perempuan yg telah dirasuk. Siyesly,ianya sangatlah menakutkan.

Aku tak ingat pun macam mana aku boleh berkawan baik,barangkali ketika itu aku memang sudah baik dengan dia sebelum dia dirasuk. Yang aku pasti, ada seorang ustaz telah cuba untuk keluarkan 'penghuni' tu. Namun,'penghuni' yg takhluki budak tu semacam sangat hebat.

Ustaz tersebut tak berjaya menghalau 'penghuni' tersebut. Dan entah siapalah yg menghantarnya. Atau juga barangkali budak tersebut pasti telah membuatkan 'penghuni' marah.

Pabila ustaz tak berjaya nk halau 'penghuni', perempuan tadi semacam sedih dan marah. Maka,keluarlah identiti asal perempuan tu. Dia sedih dan mula menangis. Aku seperti ingin lari dia. Dan dia nampak aku, kemudian dia kejar aku lalu memegang lengan aku. Dia marahkan aku, katanya, kenapa aku tak temankan dia disaat dia sedang kesakitan dan keseorangan. Sambil tu,dicengkam nya lengan aku sekuat hati. Aku pandang kuku nya tak adalah panjang sangat tapi bisanya menjalar. Barangkali ketika dia marah,dia dikawal oleh 'penghuni'.

Aku pulak seakan buntu, kerna aku ingin lari dari dia. Siapa yg nk berkawan dengan orang yg kena rasuk? Menakutkan,tahu!

Kemana saja aku pergi dia mengikut. Dan ke mana saja dia pergi,diheretnya aku. Yela,semacam BFF.

Oke,aku dah mula lupa. Kejap.

Aku tak tahu macam mana nk tolong perempuan tu keluarkan 'penghuni'nya. Yang pasti,entah macam mana,ketika perempuan tu nk mula mengamuk tentang kehilangan aku yg hendak lari dari dia, dia hendak menjerit dan membuka mulut seluasnya. Maka ternampaklah aku,sesuatu yg besar di anak tekak perempuan tu berwarna putih bagaikan menghalang.

Aku mula pelik. Kalau orang normal,sedangkan kecik yg tersangkut dalam tekak kau pun. Kau akan rasa tak selesa. Inikan pula besar memenuhi hujung tekak dia.

Aku pun bertanya

'Apa benda dalam tekak kau tu? Besar semacam je.'

'Takdelah.'

Dia jawab itu ubat ke apantah. Dan entah dari mana dia dapat cawan,dn dalan cawan tersebut bercampur serbuk warna putih. Kemudian dia pown menyedut nafas dendalam atas cawan tersebut. Dia mula pelawa aku juga sedut. Aku mula menolak dan mengundur ke belakang. Entah sesiap yg berhampirannya, telah dipaksa utk menghidu cawan tersebut. Kemudian, org tersebut bagaikan telah dihembus dan mula seperti berkhayal dan semacam dikawal pun ada.

Oh,aku terlupa nk cerita.

Klo tak silap, kt parking jusco depan rumah aku. Dia bagaikan ada sedikit kemalangan dengan aunty cina manantah. Dia bagaikan ingin mengamuk sampai aunty tu pengsan.Aku tak tau apa yg dia buat sampai aunty tu bole pengsan. Kemudian,aku mula membaca al-fatihah. Dan dia bagaikan terhenti. Lalu aku sambung baca surah Quraish. Dia hanya keras dn kaku. Tidak kedengaran langsung jeritan pekik lolong seperti dalam tv. Dia kemudiannya,memandang aunty cina yg pengsan. Dan aku dapat rasa yg dia mula ingin menukarkan jasad. Daripada seorang perempuan melayu kepada aunty cina. Barangkali dia fikir,klo aunty cina yg dia diami.pasti takkan rasa terseksa pabila terdengar ayat suci alquran. Maklumlah,dia kn dalam badan org kafir.

Kemain educated jugak 'penghuni' ni,kan. Sedang aku berfikir nk lari dr semua keanehan ni,aku pun terjaga. Aku tengok kedua2 lengan aku, di mana dalam mimpi penuh dengan calar balar nukilan BFF aku. Dan untunglah tiada apa2 yg berlaku.

Alhamdulillah. Seramkan mimpi aku.

Published with Blogger-droid v2.0.8