5.18.2013

Pergi


Assalamualaikum…

Kepada yang blur,

Lepas habis SPM aku duduk dengan pakcik aku. Tapi aku rapat dengan isterinya. Pergi kerja sesama, bilik depan-depan pon kteorang tetap ber sms, ber whatsapp, ber wechat. Jadi, korang rasa, cemana aku rapat dengan arwah? Kadang-kadang macam ibu dan anak, kekadang macam kakak dan adik, kekadang macam kawan baik.

Dengan dia, aku boleh bergurau. Aku boleh menjawab. Aku boleh keluarkan pendapat aku. Aku boleh bertepuk-tampar dengan dia. Aku boleh menganjing anak dia. Ye, kami berdua memang suka menyakat anak dia. Dan memacam lagi…

Ni entry autopost. Aku nak balik da. Just, tetiba teringat ke arwah. Dan, ini emel dari Telekom mengenai kematiannya.


Tolong sedekahkan untuk arwah Fatihah ye. Thanks

5.17.2013

Janggal


Assalamualaikum…

Kekadang aku tak tahu kenapa, aku tak rasa pon arwah dah takde. Kekadang tengah aku masak, bila aku teringat sesuatu, nanti aku ingat ke arwah. Dan sambil cuci pinggan, aku berfikir, nanti nak citer ler ke orang tua tu.**aku selalu panggil arwah makcik aku, orang tua. tapi dia selalu tak mengaku yang dia dah tua sebenarnya.

Salah satunya contoh, arwah suka makan karipap Ikea. Bila aku dah mula naik public transport, aku turun bas di Sinar Kota dan naik Putra dekat Masjid Jamik. Kat situ ada karipap gergasi sebijik macam karipap Ikea. Bila sampai opiz aku, aku makan karipap ayam bertelur tu, rasanya sama macam karipap Ikea. Kemudian aku fikir, nanti nak citer dekat kak Intan la.Mesti dia nak soh aku beli.

 Tapi bila aku ingat balik, 

‘Eh, dia dah takde la. Aku…lupa.’

Itu belum lagi cerita tentang Izzati. Belum lagi masa nak masak. Kekadang aku cuci pinggan sambil nangis. Kekadang aku mandi sambil teringat ke arwah.

Ye, aku dah terbiasa bercerita dengannya tentang rutin harian aku. Apa yang berlaku setiap hari disekeliling aku. Jadi, bila dah takde…rasa janggal… Ye, macam tak percaya.

5.16.2013

Hari Ibu

Assalamualaikum…

Aku semakin Parkinson. Tapi aku tetap nak update dengan sekeping gambar.

Izzaty, 8tahun,  memang suka melukis untuk meluahkan perasaaannya berbanding menulis.




Lukisan Izzaty untuk arwah ibunya yg telah pergi pada Isnin, 29 April 2013.
Al-Fatihah.