8.14.2013

Kebakaran Kg Puah Bahagia


Tiada artikel yg tepat mengenai tragedi ini. 

Kebakaran berlaku bukanlah rumah setinggan, tapi rumah panjang. Macam rumah teres, tapi ianya rumah papan. Alamat yg tepat adalah, Rumah Panjang Bandar Baru Sentul, dan bukannya Kg Puah Bahagia!

Jumlah rumah yg musnah adalah, sebaris Blok H - iaitu ada 14buah rumah**dan rumah aku adalah yg terakhir.
Hampir sebaris Blok G - 12 buah rumah**rumah yg terakhir, hanya dinding dikopak utk menyelamatkan barang dalamnya.

Dan 5-6buah rumah di Blok I.
Jadi, total dalam 35 buah rumah. Tetapi ada sesetengah keluarga yg memiliki dua buah rumah, macam pakcik dan jiran aku. Jadi, klo nak ikot, lbh kurang 30buah keluarga lah.

Kebakaran pada mulanya hanya membabitkan 3 buah rumah, dan 4 jentera bomba telah datang dan bertanyakan pili bomba. Lazimnya tiada pili bomba disediakan dikawasan perumahan seperti ini, dan juga kawasan seting-garden. Yang paling best, tiada bekalan air pada hari kejadian. Jadi, ahli bomba hanya melihat seperti tidak pernah tengok rumah terbakar. Sehingga ada gas meletup dan menyebabkan kebakaran merebak ke blok rumah yg berdekatan dan api semakin marak. Kemudian 6 lagi jentera bomba dihantar. Barangkali untuk memeriahkan suasana, dan mereka menjadi penonton setia sehinggalah hampir tiga blok dijilat api, barulah tetiba mereka terfikir nk ambil air dr flat sebelah.

Yang sebenarnya kami dah tahu dah, kebakaran ini adalah kebakaran terancang.
Heh.



1 comment:

Afasz said...

tkde artikel tp masuk berita kan