5.17.2013

Janggal


Assalamualaikum…

Kekadang aku tak tahu kenapa, aku tak rasa pon arwah dah takde. Kekadang tengah aku masak, bila aku teringat sesuatu, nanti aku ingat ke arwah. Dan sambil cuci pinggan, aku berfikir, nanti nak citer ler ke orang tua tu.**aku selalu panggil arwah makcik aku, orang tua. tapi dia selalu tak mengaku yang dia dah tua sebenarnya.

Salah satunya contoh, arwah suka makan karipap Ikea. Bila aku dah mula naik public transport, aku turun bas di Sinar Kota dan naik Putra dekat Masjid Jamik. Kat situ ada karipap gergasi sebijik macam karipap Ikea. Bila sampai opiz aku, aku makan karipap ayam bertelur tu, rasanya sama macam karipap Ikea. Kemudian aku fikir, nanti nak citer dekat kak Intan la.Mesti dia nak soh aku beli.

 Tapi bila aku ingat balik, 

‘Eh, dia dah takde la. Aku…lupa.’

Itu belum lagi cerita tentang Izzati. Belum lagi masa nak masak. Kekadang aku cuci pinggan sambil nangis. Kekadang aku mandi sambil teringat ke arwah.

Ye, aku dah terbiasa bercerita dengannya tentang rutin harian aku. Apa yang berlaku setiap hari disekeliling aku. Jadi, bila dah takde…rasa janggal… Ye, macam tak percaya.

No comments: