12.20.2012

Sakit Punya Hal


Assalamualaikum…

Sejak dari kelmarin aunty aku masuk hospital dan kena tahan wad. Puncanya, dia merahsiakannya dari aku. Aku ingatkan dia terkena semula infection yg dia pernah kena seperti tahun lepas. Di mana, dia kena masuk air dan kena tahan wad dalam seminggu dua.

Ya, aku ingatkan macam tu.

Tapi entah kenapa aku tak puas hati, aku Tanya anak mereka pulak.

“Kakak, kenapa ibu masuk hospital?”aku tanya kakak yg dah nak masuk umur 10 tahun, 2013 nanti.

“Tak tahulah, Kak Epy. Memula doctor Tanya ibu, ada kencing manis dan darah tinggi tak. Ibu jawab ada. Lepas tu kena tahan wad. Doktor cakap lagi, esok (Rabu) ibu kena operate, lepas tu kena duduk dalam ICU. ICU budak tak boleh masuk. Itu sebablah abah tak bawa kiteorang.”

“Kenapa ibu kena operate? Operate apa?”

“Operate perut ke apa ntah.Entahlah, Kteorg tak paham sangatla, Kak Epy”

---

Petang tadi, aunty aku baru kuar dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa.

Aku tanya dia, kenapa.

Dia taknak jawab.

Bila aku snap gambar, dia cakap jangan upload kt fb. Nanti family dia risau. Dia tak bgtau sesiapa pon dia masuk hospital, kena operation semua tu.

Aku diam.

---

Masa balik tu, aku nampak Zaty,(7thn, kezen aku /anak aunty aku),sibuk pegang tisu.  Mata dia mula berkaca. Bila dah keluar dari wad, dekat lobi lif, baru dia nangis.

“Saya nak ibu.”

---

Bila dalam kereta, dia sibuk tanya…

“Kak Epy, sekarang pukul berapa?”

“Pukul lima.”

“Pukul lima, ada solat tak?” Tanya Zaty lagi.

“Manada solat pukul lima. Solat Asar pukul 4 lebih. Kamu dah solat Asar ke?” aku bertanya dia balik. Sebenarnya, aku tak paham, apa yg dia nk tanya sebenarnya.




“Belum. Kalau Kakak Epy nak solat, nanti bagitau sy ye. Sy nk doakan ibu supaya cepat sihat. 
Sy sayangkan ibu.” Jawab Zaty sambil menangis.

12.13.2012

24


Assalamualaikum

‘Sahaja aku takmo update blog semalam walaupon tarikh yg cantik itu adalah bufday aku, tunai.’

Semalam genap umurku 24tahun. Dan tahun yg pertama berstatus isteri KA.

---

Tiada persediaan, tiada sambutan. Yang ada hanyalah ucapan ringkas melalui fon.
Dan semalam berlalu seperti hari sebelumnya.

Tak apa. Sebab aku tak mengharapkan apa-apa. Memang aku begini sejak dari kecik lagi. Aku tidak pernah pula nk menangis kerna tidak diberikan penghargaan atau apa. Kalau dia terlupa sekali pon, aku tak pasti aku akan kecik hati atau apa.

Sebab bulan lepas, aku terlupakan bufday dia. Ye, aku terlalu sibuk dan sangat stress. Itulah alasan aku kerna terlupakannya.

Semalam,  aku berasa sedih sikit, KA tetap juga tiada dekat dengan aku.
Kami kini tinggal berasingan. Jauh sedikit buat sementara waktu. Dan semalam hari pertama dia mula bekerja. Jadi, aku tak mahu merengek seperti anak kecil. Biarlah dia bekerja dengan tenang.

Kalau bukan aku yg boleh memahaminya dan mempercayainya, siapa lagi?

12.11.2012

Tak Sampai Hati


Assalamualaikum…

Hohoi!!!

Oh, mungkin ini adalah entry pertama aku lepas hilang title ‘Single’.

Haruslah diingatkan, jangan haraplah aku dengan sexcitednya nk upload gambar wedding tempoh hari. Atau bercerita tentang betapa seronoknya bergelar isteri.

Alololo…
Macamlah ko sorang je yg baru kawin. Alololo…

Jadi, disebabkan ianya terlalu cliché, korang tunggulah bila aku ada mood nk share benda tu semua ye.kehkehkeh

Aku nk cerita pasal Khairul Anuar. Siapa tu Khairul Anuar? Suami aku.
Yela. Orang dah ada suami, mestilah cerita pasal suami dia, ye dak. Kalau ada anak, citer pasal anak dia pulak. 

Hah, nampak tak permainannya di situ?

Ingat aku ni pesen Hiro akaltunjang ke, belom ada anak bini sibok citer macam dah 10tahun kawin. Pastu aku bole plak memula baca tu terpecaya. Haram betei!


Setakat ni memana lelaki yg aku kenal. Semuanya mesti pesen suka ‘up’ kan diri. Kira, bangga diri la ni. Aku tak tahulah, lelaki memang pesen dilahirkan memang macam tu ke apa?
Kalau bercerita, macam dia je yg hebat. Sampai kekadang rasa macam nak menyepak pon ada. Untunglah suami sendiri, ye dak.kehkehkeh


Ini cerita masa dia nk bagi kad kahwin
Dia cakap, dia rasa macam serba salah je nk bagi kad dekat kekawan dia dan orang kampung semua. Katanya, dia takut dorang tak boleh terima semua ni.

Aku dah mula terkebil-kebil sambil letak hujung jari di tepi bibir.**Sila bayangkan gaya yg comel.

Dia sambung…

“Abang bukan apa. Masa tempoh hari, abang cakap abang dah tunang. Dorang semua tak percaya. Ada sorang makwe tu, bila dengar mak abang bagitau, abang dah tunang je, terus dia berpaling sambil menekup muka dengan tapak tangan dan berlari-lari anak. Sejak tu, terus tak nak pandang abang dah.  Ini kalau abang bagi kad ni. Tak tahulah macam mana. Jangan pulak ada makwe-makwe kampung ni terjun sungai pulak, sudahlah. Kalau macam tu, terpaksalah abang batalkan perkahwinan kita.”

Disebabkan aku ni makwe yg cool. Masa KA cakap, aku renung je dia dedalam. Angkat kening sebelah kanan. Usha atas bawah. Sambil bertanya…

“Hot sangat ke?” aku perli dia sambil berpaling keluar tingkap kereta. 

Time tu, aku rasa macam nak tendang je KA tu keluar kete.