Assalamualaikum
‘Sahaja aku takmo update blog
semalam walaupon tarikh yg cantik itu adalah bufday aku, tunai.’
Semalam genap umurku 24tahun. Dan
tahun yg pertama berstatus isteri KA.
---
Tiada persediaan, tiada sambutan. Yang
ada hanyalah ucapan ringkas melalui fon.
Dan semalam berlalu seperti hari
sebelumnya.
Tak apa. Sebab aku tak mengharapkan
apa-apa. Memang aku begini sejak dari kecik lagi. Aku tidak pernah pula nk
menangis kerna tidak diberikan penghargaan atau apa. Kalau dia terlupa sekali
pon, aku tak pasti aku akan kecik hati atau apa.
Sebab bulan lepas, aku terlupakan
bufday dia. Ye, aku terlalu sibuk dan sangat stress. Itulah alasan aku kerna
terlupakannya.
Semalam, aku berasa sedih sikit, KA tetap juga tiada
dekat dengan aku.
Kami kini tinggal berasingan. Jauh
sedikit buat sementara waktu. Dan semalam hari pertama dia mula bekerja. Jadi,
aku tak mahu merengek seperti anak kecil. Biarlah dia bekerja dengan tenang.
Kalau bukan aku yg boleh memahaminya
dan mempercayainya, siapa lagi?
2 comments:
nanti dah duk dekat okla tu. :) hehe.
Happy belated birthdayyy!
Post a Comment