9.29.2011

Berasap.


Salam,

Pepagi lagi kereta saia bermasalah. Baru tak sampai 10 km, kami keluar rumah. Tetiba saia ada terbau sesuatu yg hangit. Tapi bila saia tengok dashboard, tiada signal amaran bateri, temperature, atau lambang cerek Aladdin pown yg terpapar. Walaupown begitu, saia dah mula risau.  Mencari tempat yg sesuai untuk berhenti. Akhirnya saia berhenti di susur masuk Giant yang baru siap dibina, sebelum tol Bt 9. Membuka bonet enjin, terasa bahang panasnya. Saia memanggil abang, untuk memeriksa kereta walaupown dia belum ada lesen kereta. -..- **sebenarnya saia tak berani sangat nk sentuh bonet enjin.


Aunty saia mula menelefon pak cik. Abang pula cek air, dilihatnya kosong kemudian saia pergi ke bonet belakang untuk mengambil air lalu menghulurkan 1.5L botol berisi air. Abang tuang kesemua air itu sampai habis. Bila saia nampak abg laju saja mengisi air, saia mula mengingat. Baru saja malam tadi pak cik saia cek bonet enjin. Mustahil pakcik tak nampak airnya kosong atau tidak. Padahal pakcik siap cek minyak power stereng,  minyak hitam, air dan juga minyak brek.
Kemudian saia tunjuk kepada aunty saia, air mineral 1.5L itu telah habis diisi. Aunty mula menanya, apakah semalam pakcik saia tak cek air? Dan pakcik jawab, air itu penuh malam tadi. 
-..-”

Selesai isi air, saia mula memandu. Tapi perlahan saja, dalam 60km/j kerana saia masih bimbang.


Pabila lepas mendaki bukit-bukit yg terdapat di Bangsar, di trafik light betul-betul kawasan bukit. Tetiba aunty bertanya pada saia…

“Asap apa tu yg keluar?”

Saia mula terkejut bercampur cuak. Abang dibelakang mungkin terlena.  Saia terus memasang lampu hazard dan saia memusingkan setering untuk mengengsot ke kiri. Sudahlah terasa lama yg amat ditrafik light tersebut. Sebaik lampu bertukar hijau saia cuba mencari tempat yg sesuai untuk berhenti. Aunty suruh saia berhenti di hentian teksi, tetiba abg bersuara

“Tak boleh. Jalan ni kecik. Berhenti kat tempat lainlah.” sebaik abg berkata begitu semerta saia kena hon. Ah tahi betei. Tak nampak ke saia pasang lampu hazard!Dia tak nampak ke kereta saia dah berasap??!!Saia pula berasap dengan pemandu yg….^*%^$*!

Nak tak nak, saia gerakkan juga kereta. Tak jauh dalam beberapa ratus meter mujurlah ada stesen minyak. Saia masuk dan berhenti di tempat mengisi air dan angin. Seperti biasa, saia menyuruh abg saia cek satu persatu manakala aunty menelefon pakcik. Mereka sangkakan Gear Box yg bermasalah. Tapi aunty berasa pelik. Mengapa sampaikan bonet di tempat duduknya yg berasap. Kemudian pakcik soh abg cek minyak hitam. Kosong.


Aunty memberi saia not 50 untuk membeli minyak hitam. Saia ke Mart Esso tersebut. Terpinga-pinga juga saia nk amek minyak hitam. -..-”

Kemudian ada pakcik di atas motor tanya saia.

“Nak minyak hitam ke?” lalu saia mengangguk.

“Yang besar tu, minyak hitamlah”

Saia terlihat botol sebesar 4L dengan harga RM72. Sedangkan pakcik suruh saia beli yg berharga RM12 saja. Sudahlah bawak RM50. Saia memilih minyak yg sama tp bersaiz kecil 1L. Itu pown berharga RM21! Jadah beza sampai RM9!!!


Abg menuang kesemuanya.Kemudian dia cek kembali minyak hitam tersebut. Masih kosong. Aunty yg dalam talian,


“Kami park bebetul kat kawasan bukit. Memang bukan kawasan rata.” mungkin disebabkan kawasan bukit, jadi minyak hitam yg secoit itu hanya berada disebelah kawasan saja.


Aunty menyuruh saia mengalihkan kereta, sementara abg melihat bekas parking tadi, sama ada titisan minyak. Dan bila saia mengalihkan kereta, abg kata. Ye, ada banyak!Ini bermakna miyak hitam kami bocor!

Saia turun, dan saia lihat ada minyak yg bertakung. Banyak tak banyak, kami berhenti tak sampai setengah jam, adalah suku gelas. -..-”


Saia meneruskan memandu dan akhirnya selamat hantar abg dan dapat juga saia sampai di opiz.

p/s :: Bayangkan saia parking kereta di bawah opiz lebih lapan jam, agak-agak berapa titis minyak je yg tinggal??Hurm…


p/s/s :: Tetiba saia rasa tak pasti, dapat menghadirkan diri untuk Pelancaran Zine Horizon Raya, di Uya pada hari Sabtu ini atau tidak.tsk tsk tsk

9.27.2011

Actor Full House 2


Salam…

Tadi saia sesajalah beborak dgn kawan saia pasal drama yg giler pames di satu ketika iaitu Full House, tahun 2004. 



Kalau awak tanya saia, saia akan jawab. Rain itu tidak kacak, tapi dia comel. Dan badan dia sangat pelik. Badan sasa muka comel?!!Jadah woittt!!! Macam cacat jerk saia rasa. Muka macho barulah sesuai berbadan maskulin, ye dak?!Cuba bayangkan ada beberapa orang nak pukul Rain tu. 

Pergh, kalau Rain tu bukak baju. Kompom orang akan berlari ketakutan tengok badan six pack dia. Tapi bila tengok Rain tu senyum je, terus hilang rasa takot. Sebab Rain comel sangat. Kahkahkahak!!!Kekadang saia rasa muka dia cam bebudak pown ada.heu heu heu

Then tadi saia masuk twitter, ada sorang admin utk beberapa page drama Korea update status yang berbunyi

fet888 'Shocco locco
Please Support our Full House 2 OFficial Fanpagefacebook.com/pages/Full-Hou… fb.me/VsVdnQBx

Ye. Saia mengaku saia folo dia semata untuk mengetahui perkembangan drama Korea yg latest dan pames di sana. Heu heu heu…

Jadi saia pown gugel dan dapat tau, Full House 2 akan dihasilkan dan watak utamanya ialah No Min Woo dan Hwang Jung Eum telah disahihkan pada pagi semalam (26 September 2011). Ye, bukan lagi Rain dan Song Hye-kyo.

No Min Woo dan Hwang Jung Eum

Kalau korang nak tau, No Min Woo ni juga salah seorang pelakon dalam drama pames iaitu My Girlfriend Is Gumiho.




Yang saia tak tahan ialah muka No Min Woo ni sangat jambu dan jelita mengalahkan Jang Geun Suk saia yang kachak serta cun itu!!


Ye, saia mengaku Jang Geun Suk sangat kachak bila berambut pendek dan cun giler bila dia berambut panjang. -..-”


Tapi gambar No Min Woo ni saia tengok muka dia macam iras Nasha Aziz kan.kahkahkahkah!!!




Oke, apa pown. Setelah tengok No Min Woo yang jelita itu, saia rasa teruja plak nk tengok.kehkehkeh

camtaek!

9.23.2011

Ottoke Men-Download Movie



Salam,

Hari ini saia nak ajar sikit pasal aktiviti donlod. Bukan lah ajar sangat, cerita jerk. Memandang keng-kawan saia ramai yang dok tanya, tak reti donlod lah, nak donlod kat manalah. Ottoke??**'cemana?' dalam bahasa Korea
 -..-”


Jadi, kat sini saia nak share sedikit. Memandangkan kat umah pown dah tukar dr streamxy pada unifi, maka aktiviti mendonlod sangat menular. Sebenarnya klo pakai unify, malas nak donlod.
Korang streaming jela. Siyesly, tak ada buffer langsung. Walaupown abang dan pak cik saia sedang beronline dotakekitsusagantahpejadahgamedorangmain, saia masih boleh mendonlod dengan pantasnya di tibi. Kalau dulu, bila pakcik saia online kitsu kompom saia tak dapat bukak fb apatah lagi blog. Walaupown saia online pakai fon gabak. -..-”

PC aunty saia yg monitornya terbakar, terpaksa disambungkan ke tibi skrin leper 42inci.  So, tibi menggantikan monitor lah kiranya. Tak payahlah tanya cemana syioknya bila streaming terus kt tibi, kan.


Kiranya PC tu memang dikhaskan untuk streaming atau menonton sajalah. Jangan buat pasallah ngengada nak online fb dan twitter kt tibi tu.

Pernah hari tu, saia streaming drama Korea. Member-member pulak sibuk dok tweet-tweet. Pada ketika itu saia online di fon gabak. Silalah paham, online guna fon tak seinzal guna pc. Jadi, saia pown bukalah twitter di tibi. Kemain besaQ!!! Abis satu rumah semua nampak apa status saia. Malu, tahu! Lagi satu, disebabkan ianya terlalu besar, saia rasa sakit mata pula baca tulisan besar-besar. -..-”

Bila nak start ajar nye?

Hah, iyela-iyela. Benti membebel kejak.


….


1st sekali, kalau korang nk donlod cepat, lebih baik gunakan software idm. Hari tu pakcik saia suruh saia donlod Khabi Kushi Khabi Gham yang bermuatan 700MB, kemudian saia terdownlod tanpa guna idm.  Awak tahu berapa durasi yg diperlukan? Hampir sejam!!! Itu pakai unify! kalau tak pakai unify, awak agak-agak berapa puluh jam pulak? Then saia donlod balek guna IDM. Ianya hanya mengambil masa 15MINIT! IDM ni korang boleh curi mana-mana video yang korang streaming, tak kisahlah kat utube ke atau kat mana skali pown. Itu yang best.tehehehee

Lepas dah ada IDM, senanglah sikit keje korang nak mendonlod movie. Sebenarnya banyak je tempat korang nak donlod movie, kalau saia selalu download drama korea azdrama.net . Kalau korang streaming, kat situ hanya satu link saja di mana korang boleh tengok drama tersebut berdurasi 66minit. 

Yang tak bestnya, link yg diberi untuk mendonlod tu, kebanyakkan nya saiznya besar-besar belaka.  Bayangkanlah, satu episode drama nya bersaiz 700-800MB sedang kan kalau korang download kat jieazzmovie.net file hanyalah 300MB saja. Mungkin fomat videonya yg menyebabkan ia jadi berat. Di jieazzmovie.net pula apa yg tak best adalah ada beberapa page nk kena bukak. Macam iklanlah, dan ianya dipecahkan kpd dua bahagian. Kalau nak combinekan kena guna hjsplit.

HJSplit pulak korang boleh download, dan biasanya hanya mengambil masa tak sampai seminit utk digabungkan. Pilih join, then browse file korang. Biasanya hanya satu file saja akan terpapar. Then, korang kelik jerk kt file tu dan combinekan.

Lepas korang dah combine, tapi tetau file yang korang donlod lapanjam tu tak boleh bukak. Peh peh peh! Rasa macam nak hempuk je PC tu kan. Jadi, baik korang donlod Media Player Classic atau AVS Media Player. Semua jenis file pown dia boleh mainkan. Media Player Classic paling senang sebab korang boleh load subtitle. Apapownboleh!

Mana-mana movie yang korang nk subtitle macam movie Khabi Kushi Khabi Gham contohnya. Jadahlah nak tengok hindustan tak ada subtitle, kan. Korang boleh jer cari dekat open subtitle. Dekat situ, siyesly memang ada banyak! 

Kalau tak silap, korang jugak boleh combinekan subtitle dalam movie , guna AVS pown boleh gak. Tapi saia malas nk godek. Miahahahaha

 Dan ada jugak kaedah lain dan sekali lagi, saia malas nk godek jugak. Heu heu heu


Biasanya, saia akan donlod bebanyak dalam 10-20 episod drama korea terus, dan mengambil masa dalam sejam dua saja utk disetelkan.**menggunakan unify dan bergantung pada saiz file tersebut

Korang pulak selalu donlod cemana? kat mana? Ottoke?Ottoke???
Manatau, kat situ lagi best ke. Heu heu heu


9.15.2011

Sijil Kematian 'Kakak Kesayangan'


­­­­­­­­­Salam…


Sesampai di opiz pagi semalam saia perut saia terus mendendangkan lagu Keroncong Untuk Eiffel. Ah, sedak kemain lagu tersebut. Sampai saia tidak sabar rasanya, lalu meluru ke tempat rakan saia di mana satu-satunya meja yg, adanya telefon opiz antara kami berempat.


Kita sebagai pekerja, harus menikmati kemudahan yang sedia ada. Tak elok membazir. Sudahlah cukai top up mahu naik 6%, walaupown saia sudah hampir empat tahun tidak top up, bukan bermakna saia perlu memandang enteng perihal ini. Ah, saia sudah kelauk lagi.
Lantas, saia koling-koling Tamara. Untuk apalagi kalau bukan mengajaknya bekpez. Seperti biasa, seawal pukul 8pagi, pasti Tamara sedang enak dibuai mimpi basah hasil menonton video ‘amma ammah’ nya itu.

...

“Oit, ko kat mana tu?” tanya saia sejurus Tamara mengangkat fon.

“Hello…ermm..aku kat umah?Asal wey? Nak ajak aku bekpez ke?”

“Hah, yela. Habis tu apalagi?” jawab saia eksyen.

“Hah, tunggu jap. Aku mandi.” jawabnya sambil kami meletak fon.


Setelah hampir 800 kali lagu Keroncong Untuk Eiffel diulang main dalam perut saia, bersamaan pukul 8.45 pagi, tiba-tiba entah no sesiapa entah terpapar di skrin fon gabak saia. Saia dengan malas mahu menyambungkan Bluetooth, lalu memperlahankan volume deringan fon. Angkat dan memandang fon bajet kami sedang berbuat video kol.


“Hello?” 

“Wey, aku ni.”

“Oh, hah. Asal?” sebaik saia mendengar suara Tamara.

“Aku tak ley masuk opiz lah. Makcik aku meninggal.”

“Oh, yeke. Hm, tak pela. T aku bagitau ‘kakak kesayangan’ [baca :: kakak menjengkelkan], kau tu.” jawab saia.

“Hah, oke. Thanks, beb”.


Esoknya bersamaan pagi tadi…seperti biasa saia menelefon Tamara mengajaknya brekpez. Tapi saia syak, ianya lebih kepada wakeup kol. Mana taknya, biasanya saia kol, mesti dia tengah tido. Mujurlah dia kata dalam perjalanan ke opiz, tapi dalam perjalanan ke opiz pown ambil masa 2jam juga. Katanya drive dr umah aunty nya di Muar.


Akhirnya, pada pukul 10pagi baru Tamara sampai di bawah opiz. Ah, biasalah. Tamara memang, ada share saham dengan company ni. Penah masa hari Isnen yang lalu, dia masuk pukul 3.00 PETANG then balik pukul 5.30 seperti biasa!!! Padahal, drive dr kampung dengan pecutannya 130km/j biasanya 2jam setengah saja dah sampai opiz. Kemain dah sekarang budak Tamara ni! Macamlah jauh bebenor kampungnya tu. Giler kentang betei, kan!

Masa bekpez tadi, saia kemudian bertanya perihal pengebumian jenazah dan sebagainya.

“Wey, nak kena hantar ke surat kematian tu kat ‘kakak kesayangan’ kau tu?” tanya Tamara.

“Eh, kenalah. T dia ingat, kau tipu pulak. Baik, ko bagi” jawab saia.

“Sebelum bagi tu, tukar nama, letak nama ‘kakak kesayangan’ korang dulu” jawab bf Tamara.

“Letak nama dia?”

Lantas saia berimaginasi…bagaimanalah riak muka ‘kakak kesayangan’ tengok namanya atas surat kematian yang diberikan Tamara.

Nama : Watie.
Umur : 35 Tahun
Bangsa : Melayu
Tarikh Kematian : 14 September 2011, 0220Hours.

p/s :: Watie bukan nama sebenar ‘kakak kesayangan’ Tamara.


camtaek...


9.07.2011

Bukan Ceghita Hari Raya


salam…

disebabkan saia masih Parkinson maka saia tak berapa nak menaip sangat.ah, apa camtaek sangat entah kepala jadi blur setiap kali saia ingin menaip entri. tapi kalau saia sedang mengiron baju atau menyendiri…ada saja cetusan idea ini mengalir. camtaek betei!! mencik, tahu!

jangan nak tanya sangatlah pasal raya saia! ye, memang saia punya baju raya 7 PASANG!!! tahun ini, saia tempah baju saja 4 pasang, 









yang ini baju yg di amek dr kedai mak. malam tadi baru saia lekatkan batu kilat-kilat


lepas tu, adik saia bagi 2 lagi pasang baju kurung…alasan dia bg saia, adalah sebab jarang. Nasiblah saia memang memakai inner jika berbaju kurung. jadi tak kesah sangatlah.
walaupown saia ada baju kurung 7 PASANG, tapi saia masih belum memakainya walau sepasang sekalipown -.-”


hal ini adalah kerana saia tidak ke mana pown selain lepak di Genting pada raya kedua. miaahahahaa




anda kena paham, inilah nasib budak kl punya raya, yang tiada kampung dan tidak ramai sedara. heu heu heu**sila sebut heu heu heu dengan gaya mulut yang muncong sambil menggeleng-gelengkan kepala.**



 Pada raya pertama, bekpez saia adalah set Sausage Mc Muffin with Egg dari restoren Mc D, manakala set Dinner Plate, KFC pada waktu lunch. American betei saia ni kan. -.-”

Jangan nak perli sangatlah hoi! Mana ada kedai yang bukak time raya! Hanya fastfood saja yg ada. Kira syukurlah tu, dari orang Somalia tu tak dapat makan. Bukan bulan puasa, pown kena puasa, tahu!**memujuk hati apabila raya kelapan baru dapat makang Rendang dan nasik impit. tsk tsk tsk



Oh, sebenarnya saia Cuma mahu kongsikan sedikit gambar camtaek ketika di kedai emak buat bahan anda awet muda.**Sila senyum di setiap gambar yg ada, untuk mendapat kesan awet muda yang diperkatakan.





saia bosan, maka purak-purak jadi patung.heu heu heu






yang ini plak adik soh saia test jubah yg baru dibelinya. siap buat tawaran lagi jika saia mahu.ah, tetiba rasa kesal pula menolak perlawaan adik. dalam jubah tu, saia siap pakai tshirt dan jeans lagi.kahkahkah!!




last kopek punya gambar!












bergambar dengan badan patung.


p/s :: Sila jangan tanya, mana gambar beraya. Sepak mahu?!!!