2.28.2011

Jujur 02 : Al-Arqam


salam…




2005

masih bersekolah…
di satu hari yang sedikit terik…ei duduk di rumah…melayan segala anime yg dipasang Ntv7.
Hujung minggu memang seronok layan anime kerana…(tidak lebih dari 15patah perkataan)**jadah apa ni? -.-”
abaikan slogan camtaek tuh…

tengah best-best tengok tv, tetiba datang seorang hamba Allah, mengetuk pintu yg tidak tertutup…hanya grill saja yg dikunci…ei biarkan grill berkunci, dan melihat hamba Allah itu…

“Dik, nak beli buku-buku sejarah Baginda, solat sunat ada, doa-doa yg dimakbulkan...?” tanya penjual tersebut dan beberapa lagi buku agama yg ei dah lupa.

ei melihat satu dua buku yg sebenarnya ei berkenan nak beli. Tapi disebabkab duit belanja ei dah beli jajan dan nasi lemak pagi tadi, adala baki lagi dua-tiga keping RM1.

‘Mana cukup nak beli buku.’

“Tak apalah pak cik. Lain kalilah.” jawab ei, senyum.

Pak cik tadi pown senyum kembali.

“Adik ni ada keturunan arab ke?” tiba-tiba pak cik itu bertanya.

“Er, tak. Tak ada.” jawab ei dalan ke-blur-an.

“Oh, muka adik ada macam arab-arab, lah. ” kata pak cik itu lagi dan terus berlalu.



2007

zaman kolej…


satu tok PinkY, satu tok PuRpLe, satu tok ei




entah macam mana, ei cerita kan peristiwa tadi dengan PinkY dan PuRpLe…
respon mereka…

“Iye ker? Aku rasa muka ko macam Al-Arqam adalah!” kata PinkY.

“Aku setuju dengan PinkY!” kata PuRpLe.

“Eiffel, dalam persahabatan kita kena jujur!” kata PinkY lagi.


2009

bekerja…

“Aku setuju dengan kawan ko!” kata aunty ei sambil gelak besar.  -.-”


camtaek!

dorang ni cemburu ke hapa ni?

p/s :: yg sebenarnya, ei pown tak tahu tang mana nampak cam minah arab…lol~
Enhanced by Zemanta

2.25.2011

Single? Best Apa!


salam…

hey korang…entah apa angin ei pergi senaraikan perbezaan antara single dan ber-kapel
ada yang seronok dan ada yang tak seronok-nyer…benda ni sebenarnya ei sedar selepas beberapa bulan berkapel dengan beliau. Time tuh, tetiba ei terasa, 

"Kan best, kalau single!"**kenyataan orang tengah bergaduh dengan kapel-nya!

camtaek, kan?!



ianya lebih kepada pengalaman ei sendiri.

 nape single itu best?!




1. bila korang single, korang tak kesah nak keluar dengan sesiapa sahaja…baik perempuan, lelaki, mak cik dan pak cik…bukan bila korang kapel kena kongkong…tapi mesti pasangan korang nak tahu…korang kuar dengan siapa…bla..bla..blaaaa….dalam erti kata lain, korang tak bebas!bila single,

“Apaderhal, kata single…suka aty lah nak kuar ngan sapa!” jadi, korang bole berscandal seramainyer, ye dak?



2.korang tak perlu nak bagi report atau punch kad setiap kejadian yg berlaku. Tak ke leceh setiap aktiviti korang, korang nak kena bagitahu satu persatu?
contohnya, korang tak payah nak wish…

“Hai sayang, samat pagi! Sayang  dah bangun?”
“Samat malam ye sayang, sweet dream. Love u sayang, mmuah!”

Punch kad 

“Malam ni ada game MU lawan Arsenal, abang nak tengok bola kat kedai mamak. Sayang ngantuk,  tidurlah dulu ye.”

“Ayang nak g bergossip dengan Tamara.”

"Sory sayang, tadi abang berak, sakit sangat perut. Tak sempat nak angkat kol ayang. Sory ye."


oke, tak perlu itu semua bila korang single!Yang perlu, mungkin korang bagitau kawan serumah atau family **bg yg tinggal dengan family, itu pown korang juz bgtau korang keluar. Itu saja!


3.korang tak payah nak peninkan kepala dengan masalah/sikap kapel. Untuk memahami kapel korang, semestinya bukanlah satu perkara yg mudah. Memang tidak dinafikan, hanya lelaki yg memahami lelaki dan begitu juga sebaliknya. Jadi, pasti akan ada hal-hal yg bercanggah. Tengok, korang dah boleh elakkan menjadi stress atau cepat tua akibat kerap sakit kepala melayan kerenah mereka!


4.korang tak perlu membazir kredit dengan menghantar mesej atau menelefon kapel,  apatah lagi ber-video kol!

Bila korang kapel, komunikasi sangat penting. Bila korang tak ada kapel, korang tak heran pown kalau korang tak topup berbulan-bulan lamanya! 

Yang paling best adalah, korang boleh campak henfon korang merata-rata sampai kadang-kadang korang pown tak tahu apa motip korang memakai henpon!

Ini selalu terjadi dekat ei pabila single and available ketika belajar. sampai dirumah sewa member jerk, henpon main pakai campak. pergi kelas pown tak sedar selalu lupa membawa henpon. Tidak seperti rakan-rakan yg lain idup dan mati berkepit dengan henpon.dan lagi tak boleh blah… setelah hampir dua tahun kami bersama lalu pinkY  bertanya…

 “Aku tak pernah dengar henfon ko berbunyi!” **padahal ei tak pernah men-silent kan henpon.**hebat, bukan?! korang pasti akan berasa tenang saja kerana tiada siapa yg menganggu atau cubaan memaksa korang membazir kredit!


5. banya berjimat! memang sangat banyak seperti korang tak perlu spent masa hatta duit untuk kapel korang.**mungkin ini lebih kepada lelaki, manakala kalau perempuan, korang akan banyak berjimat air mata!



nak-nak kalau korang tengah period, emosi yg tak terkawal pasti akan terjadi dan mulalah cerita-cerita sedih terkeluar padahal kapel korang tak paham apa yg sebenarnya berlaku!sadis, bukan?!

jadi siapa cakap, 'No women, no cry?' patutnya 'No man-lah, no cry!' kerana perempuan lebih sensitip dan air matanya mudah gugur. Hati kami-kan lembut. Bukan seperti lelaki yg egonya tinggi. Cuba cakap, lelaki mana yg mengaku dia menangis?!**klo nangis, mesti sorok-sorok bawah meja atau dalam selimut...senang sikit nak lap ingus!

6.hubungan family korang atau dengan kawan-kawan akan jadi lebih rapat. Sejujurnya ei nak katakan...setelah beberapa tahun kapel dengan beliau, ei tidak lagi dapat join mak cik+pak cik sekeluarga pergi menonton wayang! siyes, tak pernah! sampai aunty pernah kata...

"Sejak dah kapel, dah tak sudi nk tengok wayang ngan kitaorang!"**padahal, sebelum tuh kemain! selalu jugaklah kami tengok wayang bersama-sama dan paling besh dorang yg belanja...makan tanggung berak cangkung!***maklumlah, student time tuh!


selain dari tu,  korang gak tak payan nak penin-peninkan kepala…antara kapel dengan kawan, mana lagi penting?

nah, pasti korang dalam dilemma, kan!

Tengok, banyak-kan ke-best-san menjadi single, sebenarnya! Sehingga ei berasa pelik pabila ada yg tak boleh hidup pabila menjadi status single!Korang sepatutnya menghargai kebebesan yang ada! Masa inilah betul-betul boleh meng-enjoy...nanti bila dah ada kapel, lain pulak schedule korang!


Buat masa ni, ei bagi enam dululah ye…kalau ei ingat balek, ei sambung lagi...

2.24.2011

Kekasihku Di Menara Gading


salam…

hari ini tak semena-mena radio hotfm pasang lagu Kekasihku Di Menara Gading kes Ermy dok melamar Fafau…lagu Kekasih Di Menara Gading ni mengingatkan ei dengan PuteH (bukan nama sebenar)



Zaman Kolej


PuteH merupakan seorang gadis yg tampak lembut sopan dan segala yg baik-baik. Mungkin nampak skema…tapi kalau korang kenal dia, dia bukanlah budak skema sebenarnya!
Walaupun tampak seperti gadis lembut, namun adalah mengejutkan ei bila dia HANYA melayan lagu omputeh!

oke, itu tak terkejut sangat…yg beshnyer dia layan lagu stok head baging!*Camni ke ejanya?

lagu stok rosak akhlak punya…lagu slow tak men la der!Paling feberet lagu r&b. korang tanya jer lagu r&b yg paling terbaru, semuanya dia tahu…kalau lagu tu dah sebulan keluar kat radio, itu dah dikira lame baginya! Tambahan pula, bagi kami yg berjiwa muda remaja agak memalukan kalau nak melayan lagu jiwang.


Satu hari tengah dok menuggu lect, tetiba PuteH buat muka ketat…

“Ni sape masukan lagu Kekasihku Di Menara Gading kat henpon cheq ni?”kata PuteH tak puas hati.

Kalau PuteH dah naik angin, loghat utaranya pasti terkeluar.

“Bapak jiwang!”kata PuRpLe sambil tersengih.

ei dan PuRpLe berpandangan dan buat muka musykil.

“Manalah aku tahu. Henpon ko!” jawab ei.

“Hish, jijik betul!”kata PuteH dan diikuti lagi ayat-ayat tak puas hati sambil masih menelek henponnya.

..

Selang beberapa minit, kemudian dia pown berkata…

“Owh, baru kita ingat, mak kita suka dengar lagu ni. ”kata PuteH sambil tersengih-sengih.

“Blah lah ko!Dan-dan kata mak ko yg ada kat kampong tuh suka!”kata ei plak yg tak puas hati.



camtaek! -.-"


2.23.2011

Saya Insaf!


salam…

hey korang…hehe..sekarang ni ei kemain bizy, tak dan nak blogwalking kat blog korang
mana taknyer…asl ada senggang jerk gi usha citer korea.eh?


ala, chill lar.korang tak yah nak poyo sangat…
korang g join makcik-makcik veteran dok mengumpat/awek-awek g bergossip lar segala macam tak dikira mengular ker?
tuh belum kira bw, chating atau menggunakan tenet dengan tujuan peribadi...

tapi lantak koranglah kan.apa yang penting, keje kasik settle dulu! yg lain kemudian…

ei ingat dah tak nak lar tengok kt opiz lagik, **bajet insap lar, kan…walau pown biasanya tengok time lunch hour jerk…

sebab ei yakin, dalam tempoh tak sampai sebulan, websiter tuh kompom kena block punyalah!
jd ei nak terus donlod jer… idm + tube hunter dah kasik baik punya install…
kemain laju tau tenet company ni…klo stakat file seberat 50mb memang tak sampai seminit jerk dia kasi download!

so, ei rasa,tak lama lagi, boleh lar jadi pengedar citer korea pas ni…
lai lai lai….dream high ada, yg lain coming soon…order saja!  lol


p/s :: pasni dah boleh lar bw, hatta berfb balek cam biasa…**insap lar sangat! -.-”

2.22.2011

Tiket Hina


salam…


ai korang…buat masa ni, ei tiada story atau mood nak blogwalking sangat…**sibuk dok melayan Korean drama…oh, mary stayed all night memang besh!

jadi, korang layan lar ceritaek yg ei da simpan tak lama dulu~


#####


~zaman sekolah~


Yati duduk berbaris di barisan kelasnya pabila terdengarkan loceng yang berbunyi sebagai tanda bahawa persekolahan sessi pagi bakal bermula

dia malas untuk bersuara atau bergossip di pagi hari…atau mungkin mengutuk-ngutuk cikgu-cikgu yang suka memekak menyuruh para pelajarnya senyap sedangkan suara mereka lebih bising dari pelajar…

tak lupa juga kepada kaki pengampu atau pengganas yang tak ubah seperti pengawal sekolah*pengawas
bagi mereka menjadi pengganas di sekolah memang dah cukup popular…nak-nak kalau yang mempunyai jawatan…sedangkan hanya memegang jawatan exco sahaja sudah poyo apatah lagi ketua pengganas…

jangan ditanya macam mana dia punya poyo tuh!
rasa sakit hati kerana sendiri tak terpilih itu yang paling sukar untuk diterima


#####


Perhimpunan sudah bermula…

macam biasa, menyanyi lagu Negaraku, lagu sekolah, ikrar dan doa memang acara wajib…
kemudian pelajar duduk semula…sessi bebelan di pagi Isnin memang membosankan…
di barisan perempuan memang paling selalu riuh. Biasalahkan, perempuankan memang suka bergossip

ada saja cerita, ada saja topik yang ingin dibualkan…
sedang Yati bosan melihat gelagat manusia…tetiba satu suara menyapanya…

‘Owh, budak kelas sebelah’
salah seorang budak bio menegur Yati…
satu yang ditanya satu yang dijawab oleh Yati…
dia tidak betah dengan perempuan itu, jadi dia tak banyak bunyi…walaupown ‘perempuan itu’ memang familiar dan agak famous di sekolah…
cantik?entahlah…
pada matanya… ‘perempuan itu’ mungkin ada daya penariknya sendiri…
mungkin dia sukar untuk melabelkan perempuan itu cantik…
mungkin itu salah satu sebab mengapa perempuan itu agak famous di sekolah…

setelah beberapa soalan atau berborak serba sedikit…tiba-tiba perempuan itu membuat satu statement yang menyetapnya…

“Engkau ni buruklah!” kata perempuan itu.

erk?!**motif atau punca membangga diri pada ketika itu adalah tidak diketahui hujung pangkalnya dalam erti kata lain, tetiba je

“Tak macam aku. Lawa!” katanya membangga diri.

Yati terdiam. Sepanjang dia hidup tak pernah lagi dia mendengar penghinaan sebesar ini.

‘Buruk? Apa yang buruknya?Parasku tidak herot, tidak pelik. Aku tidak mempunyai masalah jerawat yang keterlaluan. Mulut ku tidak sumbing, hidungku juga tidak besar atau kembang! Kulitku pula walaupown tidak putih gebu tapi tidaklah pula gelap bagaikan rentung! Aku tidak cacat. Alhamdulillah, cukup semua sifatku. Di mana hodohnya diriku ini???’

Dan selepas dari statement itu, kesemua butir bicara perempuan angkuh itu seperti tidak kedengaran lagi. Yang ada hanyalah kata hatinya.

‘Hey perempuan cantik, kau terlalu bangga, angkuh dan sombong lantas sewenang-wenangnya kau menghina aku. Mungkin aku ini hodoh pada pandangan matamu. Jangan terlalu riak dengan apa yang engkau ada…sebab itu semua ciptaan-Nya. Bila-bila masa dia boleh ambil.

Sumpah, aku tak akan pernah lupa akan penghinaan ini!

Seumur hidupku aku tak pernah bencikan orang. Terima Kasih-lah kerana membuatkan aku membenci dirimu!!!!’


p/s :: kalau korang jadi Yati, apa yg korang akan buat?

2.18.2011

Menuntut Ilmu, Rahsia Ayam Penyek


salam…

semalam lepas balik opiz, ei pergi melawat aunty ei yg masih stay kt sentul lagi…
tetiba mengidam rendang minang yg dia buat.kami datang semata nk makan, boleh tak? lol~
**kami tu merujuk kepada ei, aunty ngan abang

camtaek, kan?
pastuh asl kami datang jerk, dok perabih kan nasi kat umah dorang…

aunty ei kerja kat salah satu restoren minang sebagai tukang masak. aunty dah kje kat situ rasanya lebih sepuluh taun. kira dah senior habis lah tuh. semua yg terhidang kat kedai tuh, semua dia yg masak. sampailah nasi ayam penyek!

ei pown teruja,

“Wah, aunty tau buat ayam penyek.”  apa lagi, ei pown nk mintak resepi larh, kononnya.




...

 Masa arwah nenek ada, ei memang ada belajar bab-bab masak ni, tapi biasalah, time tuh muda remaja lagi kot. Mana nk amik port sangat pasal resepi-resepi ni. Asal main pakai buat ikut arahan je, tapi sikit pown langsung tak ingat!

Bayangkan, nak buat begedil pown ei tak tahu!**sekarang dah reti sikit kot** xP
 Tuh belom kira nk buat rendang minang, gado-gado, pecal dan segala masakan minang!

...


“Ala, senang aje. Hah, kalau kau nak menuntut, kau datang sini. Hari Jumaat malam keliwon!” kata aunty bermuka serius.

kami terus berpandangan. **serius juga!
tetiba pak cik gelak besar.



orang tanya bebetul, aunty ei main-main plak.



camtaek! -.-”





p/s :: cam besh jerk klo bukak kedai makan…

2.17.2011

Tamara Yang Desperado


salam…





di satu pagi yang hening…daun-daun kering berguguran ditiup angin pabila kenderaan lalu sebiji-sebiji…tukang sapu yang sedang khusyuk menyapu daun-daun kering terkejut dengan satu 
lembaga yg muncul lalu menyapanya…


“Pak cik!!!”


Diangkatnya muka lantas hampir ter-melatah demi terpandangkan seraut wajah yg bengis lagi ketat. Rupanya seperti ah-long yang ingin membunuh si penghutang yg gagal membayarnya. Bezanya mungkin dia seorang perempuan yg beraninya datang seorang diri tanpa senjata. Pasti jurusnya sangat hebat!


Semerta penyapu yg dipegangnya terlepas dari genggaman. Peluh dingin mula merecik dicelah-celah ketiak kala hari sedang terik membahang. Tulang-temulang pak cik tua tersebut bagaikan rapuh dan bergesel sendi-sendinya hingga mengakibatkan tangannya mula terketar bagai diserang Parkinson mengejut. 

Kecuakan menyelubungi diri, seolah hendak menghadapi peperiksaan SPM. Tak. Mungkin pesalah yg bakal dijatuhkan hukuman mati akibat mengintai anak dara Tok Ketua Kampung.


“Tandas mana?” tanya Tamara sambil merenung tepat ke pak cik tersebut lalu mengancingkan giginya rapat seperti sedang menahan amarah. Keningnya berkerut sejuta. Tangannya mengepal penumbuk yg sangat padu. Andai terlepas, pasti ada yang masuk ICU.


“Hah?” pak cik tersebut blur.


“Tandas, pak cik. TANDAS!!!”  jerit Tamara sehingga terkentut.


PRUUTTTT.**sunyi**


Masing-masing tergamam dan berpandangan.


PRRUUUUTTTTTTT.


Muka Tamara makin berkerut. Ditonggekkan punggungnya sambil sebelah tangan memegang 
punggungnya. Menahan segala kemungkinan yg bakal terjadi.

“Tandas?” tanya Tamara mula meraih simpati.


“Er, kat situ.” jawab pak cik dengan muka yg semakin blur dengan gadis didatanginya tadi. Pandangannya masih ke arah Tamara yg sedang terkepit-kepit berlari ke arah tandas.



p/s :: Bila dah desperate, muka cantek pown jadi camtaek!


2.11.2011

Contest Candid Terbaik


salam…

dengan terpaksa relanya ei memasuki contest  candid terbaik.korang boleh usha kat sini
 ei pown tak banyak picca candid.
maklumlah, tade sapa nk amek picca ei camtaek ni.
ni original picca




cerita sebenar :: picca ne masa raya baru ne, sebelom gi open house, kteorang lepak jap kat sunway. tengah jalan tak tentu hala entah bila masa cameraman snap picca.boleh plak kitaorang jalan terbongkok-bongkok cam zombie!puncanya tidak diketahui!



ni sesaje gedik nak edit.nampak nostalgia plak, kan!




cerita camtaek :: kekonon dua ekor zombie ni tertinggal train nk balek kampong dan akhirnye terpaksa berjalan kaki dengan gumbiranya.

moral of story :: minumlah anlene agar badan anda tegak cam model tiang! -.-" 

nak tag :
Enhanced by Zemanta

2.09.2011

Gila Bukan Menopos


salam…

status terkini : sedang gila


1. cerita korea/jepun**baru beli dvd playful kiss dan ada 2citer lagik

2. layan lagu berentak perlahan seperti Edward Maya – Stereo Love, Ost I’m Legend – A Thousand Million Rosses

3. paling suka lirik Stereo Love

“♪You won't see me cry, I'm hiding inside 
My heart is in pain but I'm smiling for you


4. mencari idea nak amek picca sendiri agar nampak cam minachi atau paling mimik camtaek untuk dijadikan profil picca disemua pensosial yg ada. am’mah!**sambil goyangkan kepala macam achi depan rumah


5. marina camtaek soh tepek picca ni



apsal tak soh letak picca ni terus jerk?clear skit!
barulah camtaek!!!!!!  -.-"







p/s ::  emosi sedikit bercelaru. oke, dilanda ABC, so what?

2.08.2011

Nama Awak Siapa?


salam…

hey korang.dah lama ei tak citer pasal si gedik ini. hobinye terang-terangan suka menggedik.




dia ni kezen ei yg dah masuk enam tahun.cuti baru ni, dia telah dihantar balek ke kampong dan melepak bersama opah sedaranya dan juga mak2 sedaranya.






tengok, asal nk amek picca je, muka dia je yg inteprame terlebih!

**bukti dia sgt gedik, time ne baru umo 3tahun, dah menggedik!


ini based story salah sorang dari makciknya.


di satu hari, mak sedaranya membawa dia ke taman. kemudian, bila dah main kat taman, dia pown join lar ngan budak-budak yg lain.
salah sorang budak tuh pown tanyalah nama si gedik ni

“Nama awak siapa?”
“Nama sy Izzaty, DARI KL.” jawab si gedik.


ada rasa nak menyepak tak? -.-”