2.17.2011

Tamara Yang Desperado


salam…





di satu pagi yang hening…daun-daun kering berguguran ditiup angin pabila kenderaan lalu sebiji-sebiji…tukang sapu yang sedang khusyuk menyapu daun-daun kering terkejut dengan satu 
lembaga yg muncul lalu menyapanya…


“Pak cik!!!”


Diangkatnya muka lantas hampir ter-melatah demi terpandangkan seraut wajah yg bengis lagi ketat. Rupanya seperti ah-long yang ingin membunuh si penghutang yg gagal membayarnya. Bezanya mungkin dia seorang perempuan yg beraninya datang seorang diri tanpa senjata. Pasti jurusnya sangat hebat!


Semerta penyapu yg dipegangnya terlepas dari genggaman. Peluh dingin mula merecik dicelah-celah ketiak kala hari sedang terik membahang. Tulang-temulang pak cik tua tersebut bagaikan rapuh dan bergesel sendi-sendinya hingga mengakibatkan tangannya mula terketar bagai diserang Parkinson mengejut. 

Kecuakan menyelubungi diri, seolah hendak menghadapi peperiksaan SPM. Tak. Mungkin pesalah yg bakal dijatuhkan hukuman mati akibat mengintai anak dara Tok Ketua Kampung.


“Tandas mana?” tanya Tamara sambil merenung tepat ke pak cik tersebut lalu mengancingkan giginya rapat seperti sedang menahan amarah. Keningnya berkerut sejuta. Tangannya mengepal penumbuk yg sangat padu. Andai terlepas, pasti ada yang masuk ICU.


“Hah?” pak cik tersebut blur.


“Tandas, pak cik. TANDAS!!!”  jerit Tamara sehingga terkentut.


PRUUTTTT.**sunyi**


Masing-masing tergamam dan berpandangan.


PRRUUUUTTTTTTT.


Muka Tamara makin berkerut. Ditonggekkan punggungnya sambil sebelah tangan memegang 
punggungnya. Menahan segala kemungkinan yg bakal terjadi.

“Tandas?” tanya Tamara mula meraih simpati.


“Er, kat situ.” jawab pak cik dengan muka yg semakin blur dengan gadis didatanginya tadi. Pandangannya masih ke arah Tamara yg sedang terkepit-kepit berlari ke arah tandas.



p/s :: Bila dah desperate, muka cantek pown jadi camtaek!


2 comments:

Whoopz said...

Heheh.. Kesian pakcik tu kena kentut ngan tamara..

haLyZaQiut said...

ni pakcik mana lak yg terkena das tembakan ni ha....