11.19.2015

Rindu.


Assalamualaikum,

Hye,

Tadi aku tengok tengok blog yg dulunya aku selalu baca. Hampir semua telah mati. Aku mula rindu.
Dan ada yang masih istiqomah, dan follower semakin mencanak. Wow!

Okelah, aku nak cuba isi masa lapang dengan perkara berfaedah jap.

Bye.

10.13.2015

Tips Mengawal Marah

Assalamualaikum,

Hohoiiiiii!!!

Setahun aku duduk dalam gua. Menjadi anti-sosial. Dan hanya mengadap keletah anak aku.
Stress.

Seriously, pergi kerja pun tak penat dan stress menjadi suri rumah.
Apa yang aku buat di rumah? Aku mula berhenti menonton drama terutamanya drama melayu. Macam pelik je kan. Duduk rumah, tapi aku tak tau apa apa pasal drama petang petang.  Kalau aku bukak tv pun, aku hanya menonton rancang ilmiah seperti Cinta Ilmu, Tanyalah Ustaz, Hadis, J.O.M (Jalan Orang Mukmin), Kalau Dah Jodoh  dan pelbagai lagi yang lebih kepada rancangan islamik ataupun bual bicara macam rancangan Prof Muhaya. Aku dah lupa tajuknya.
Rancangan Prof Muhaya sangat bagus dan aku cuba untuk amalkan.

Teori Prof Muhaya, semua perkara yang terjadi mungkin kita sukar nak ubah. Tetapi yang boleh diubah adalah RESPON KITA. Bagaimana sikap kita menghadapi situasi tersebut. Kalau kita sentiasa berfikiran negative, maka kita akan mendapat hasil yang negative. Tetapi apabila kita sering positif, bersabar dan sentiasa bersangka baik pada Allah, kita akan dapat melihat kesemuanya yang baik baik.

Begitu juga dengan sikap orang lain, suami atau anak kita misalnya. Kita tak boleh  sesuka hati nak suruh dia ubah sikap jadi begini dan begitu. Mungkin dia boleh cuba untuk  ubah namun ianya tak kekal dan hanya untuk sekali dua atau sehari dua. Tetapi bukan untuk selamanya.
Nah, sekali lagi ianya bergantung kepada respon kita. Bagaimana layanan kita kepada mereka.
Contohnya anak aku.
Apabila anak aku buat silap, dan aku hanya tahu memarahi mereka, mereka akan cenderung untuk memberontak. Mengamuk tak tentu hala dan mungkin akan mencederakan diri mereka hanya untuk mendapatkan perhatian kita.
Aku mula berfikir.
Aku tak nak dia jadi macam tu. Jadi, aku cuba ubah layanan aku.
Bila rasa nak marah dengan apa yang dia buat, 
aku cuba amalkan 

3 langkah untuk mengawal marah.

1.Ucap ‘Auzubillahiminasyaitonnirajim’
‘Aku berlindung dari Syaitan yang direjam’
Bila sekali, aku masih tak cool down. Aku pejam mata dan ungkap ayat itu berkali kali.
2. Kemudian aku Tarik nafas dan hembus perlahan
3. Beristighfar.

Bila mana aku hadapi perangai anak aku yang sering meragam. dengan aku dah penat layan kerenah dia,  dengan tak sempat nak makan, lepastu dia pulak asyik mintak menyusu… aku keletihan.
Bila kita penat, kita akan rasa nak marah, di tambah pulak dengan kelaparan dan dia tak sudah nak memekak.

Memang tension.

3 hari pertama, aku menangis kerana TAK NAK MARAH dengan amalkan 3 langkah tadi.

Alhamdulillah, hari hari berikutnya. Aku jadi lebih penyabar. Dia meragam ke mengamuk ke aku hanya perbanyakkan istighfar. Setiap kali aku tak berpuas hati rumah bersepah ke kotor, aku buat kerja rumah sambil berselawat atau istighfar.

Memang sukar untuk kita berubah, tetapi percayalah. Sukar itu hanya untuk 3 hari. Dan hari berikutnya, kita akan jadi lebih baik. Selalulah muhasabah diri.

Ingat, kita tak boleh nak ubah orang. 
Tetapi kita boleh ubah sikap kita, dengan syarat, KITA YANG NAK!

10.13.2014

Internet Punya Cerita

Assalamualaikum...

Oke, sebenarnya sejak aku dok Bukit Jalil ni, dah lama aku nak langgan internet ni, tak kisahla broadband ke mahu pon unify. 

Husband aku ada dapat broadband 1G free untuk sebulan. Tu yg aku guna sekarang. Yang aku menyampah, nak bukak fb kemain la lama bebenar.Tension aku. Maka, dah lama la aku tak dapat online. 

Lagi satu, aku baru google itu ini sikit, sekejap je dah habis 300Mb.Tu baru sekejap, kalau sehari?seminggu?kalau sebulan dah berapa? Jadi, kalau aku amik broadband 8G pon aku rasa macam tak cukup je. Husband aku cakap, orang macam aku ni, kena amik yang unlimited punya.

Awal tahun haritu memang aku nak apply unify pon. Masalahnya, kata salesgirl dia, dekat tempat aku, belum ada lagi kabel tok unify kt sini. Jangan cakap unify, stremyx pon belum ada.pfft!!!

Maka, jadilah aku seperti katak bawah tempurung di dalam gua.pfftt!!!

10.08.2014

Aisyah Umairah 6 bulan 3 minggu **agaknyala

Assalamualaikum, 

Hai hai...Oke sebenarnya nak update sambil letak gambar Aisyah Umairah bebanyak tetapi masalahnya internat tak berapa nak ramai, jadi tak boleh nak letak.

Bila duduk rumah jaga anak,antara yang bestnya ko boleh tengok perkembangan anak ko sendiri, dan ko lah yg pertama sekali tau. 

Misalnya bila anak aku pandai menyebut ‘mam...maa’
Bila dia sudah pandai mengangkat kedua tangan minta didukung
Bila dia sudah mengenal siapa mamanya dan siapa yg dia tak pernah jumpa
Dan tadi, Aisyah mula pandai merangkak.

Sebelum ni dia cuma menyelar, dan baru angkat bontot, pastu goyang-goyang.
Tadi bila aku tinggalkan nak basuh pinggan, macam biasa, dia menangis berjurai-jurai air mata sambil panggil mama...kalau minggu lepas, dia menangis dengan posisi macam nk merangkak dan tangan sebelah macam memanggil mama

Kali ni, dia dah merangkak sampai ke tengah hall. Bayangkan, dia belum pandai merangkak, tapi sebab dia nk cari mama dia, dia boleh merangkak sejauh beberapa meter.
Kesian aku tengok. 

Payah anak asyik nak berkepit ni.mandi pon 10saat je. Godok gigi cuci muka pon tak sempat.tsk tsk tsk

Okela, Aisyah Umairah dah bangun. Esok-esok aku update lagi

6.25.2014

Tinggal Kenangan


Assalamualaikum…

Kini, pacdesign hanya tinggal kenangan. Dan aku, tak tau bila lagi akan update blog. Entah bukak lagi blog ke tidak. Ni gambar yg ada dalam simpanan pc aku masa aku tengah nak mengemas.