10.29.2012

Mimpi Yang Diidamkan Setiap Orang


Kenyataan itu memang pahit. Pengalaman yang lalu membuatkan aku jelak dengan hidup aku. Aku dah penat. Aku ingin tidur. 

Dan bermimpi indah-indah sehingga orang dengar mimpi ku ini membuatkan mereka berasa cemburu. Cemburu yang amat sehingga tanpa disedari mengambil pisau lalu menikam dadanya sendiri.  Dan bila pisau itu terbenam dijantungnya dalam-dalam sehingga terhenti, maka segala rasa cemburu itu hilang. Yang ada hanyalah ketenangan.

Barangkali semua orang ingin tahu, apakah mimpi yang tersangat dicemburui itu?

Lantas berbondong-bondonglah orang bertanyakan tentang mimpi itu. Tak cukup dengan itu, ada pula yang sanggup membida hanya untuk mengetahui mimpi indah itu. 

Maka saling membidalah mereka, bermula dari harga sekupang dua, sehinggalah tanah berbendang serta kalung emas dan ada pula yang sanggup menggadaikan anak mereka.

‘Ah, anak…esok lusa boleh buat lagi. Susah apa!’ kata bapa yang menjualkan anaknya demi sebuah mimpi.

Setelah habis membida, pemenang melonjak kegirangan lalu menari tarian kuda ‘Oppa Gangnam Style’ yang menjadi kegilaan dunia. Lantas makwe-makwe mula menjerit silih berganti dan ada juga yang ter-mengilai.

‘Ommo, ommo, itulah pembida terhebak sebuah mimpi!!’

‘Kahwinilah saya!!! Saya rela jadi isteri keempat pun!!!’

Jika makwe-makwe menjerit,  makcik-makcik pula sanggup meminta cerai serta-merta dengan laki mereka sebaik melihat pemenang tadi. Maklumlah, perempuan kan tak boleh kahwin empat.

‘Ceraikan saya, ceraikan saya!!! Saya tak nak hidup lagi dengan awak. Saya dah jumpa bakal laki 
saya dan bapa kepada anak-anak saya yang mampu memberikan kami kebahagiaan! Awak loser!’

Maka, ramailah makcik-makcik yang menjadi janda serta-merta ketika itu. Manakala laki masing-masing tidak lagi sanggup untuk meneruskan hidup kerana merasakan diri sangatlah loser!

Ada yang sanggup menggantungkan diri di kipas syiling, terjun dari banggunan Suria KLCC atau paling dekat Sungai-sungai Gombak sebelah lrt. Tak kurang juga, ada yang beralih selera memilih jantina yang sama. Maklumlah, hanya lelaki saja yang memahami lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Begitulah hebatnya penangan sebuah mimpi yang indah.

Apakah mimpi itu?

Kosong



Kalau boleh aku nak keluarkan kesemua bateri jam yg terdapat di dunia ini agar masa itu terhenti. Agar hari ini dan detik ini kekal di situ. Biarlah hari ini tidak akan pernah habis dan malam itu lenyap.

 Yang ada hanyalah saat ini.

Biar masa itu terhenti kerna aku tidak lagi yakin dengan langkah kaki sendiri. Pandangan mula kelihatan berbalam-balam membuatkan aku tertegun. Di sekeliling hanyalah mirage yang memenatkan untuk dikejarkan. 

Padahal kesemuanya hanyalah dusta.
Lagu-lagu kpop bukan lagi dadah yang mampu menghilangkan tekanan.

Kesemuanya adalah kosong.

Aku ingin berehat.

10.20.2012

Mahal

Suatu masa dulu,abg aku penah kompelin. Tentang harga singlet perempuan yg mahal di MNG. Katanya,bygkn,harga sehelai singlet pun dkt rm70. Singlet je pun. Tp dlm hati aku pulak berkata, dia tak tahu yg sebenarnya harga bra jauh lebih mahal dr singlet tu. Bra berjenama pun harga sampai beratus-ratus. Padahal bra je pun. Lainlah tudung, pakai di luar,org nampak. Ini..pakai dekat dalam. Hey,siapa yg nak tengok melainkan laki ko je?!! Laki ko pon belum tentu kesah dgn bra cap apa ko pakai. Even ko pakai baju jarang pun,bukannya nampak pun bra cap Audrey Skiva semua tu!**whahaha

Published with Blogger-droid v2.0.9

10.18.2012

Diary


Assalamualaikum...

Yang sebenarnya, aku ada je diary digital. Tapi aku tak adalah rajin sangat setiap hari aku nak update. Nope. Walaupun aku ni banyak je masa sendirian. Yeah, lepas balik kerja tolong aunty aku masak. Then mandi makan semua, aku ada je banyak masa waktu malam tu. Tapi masa tu aku gunakan untuk online, download movie dan tgk movie **lebih pd drama korea ekceli.whahaha

Entah kenapa aku rasa, diary dengan aku ni semacam tak relevan. Kenapa? sebabnya, entah. Kekadang aku benci menaip diary. 

Sebab, oke…sekarang ni benda tu ko nak cerita sesuatu perkara yang menyakitkan hati.

Bila korang cerita sesuatu benda yang menyakitkan hati, maka…hati korang akan semakin lama semakin sakit dengan setiap ayat dan patah yang bakal korang taipkan. Kiranya setiap aksara itu menerbitkan dan menunjukkan segala emosi korang.

Kalau korang gembira, maka tersenyumlah korang untuk setiap aksara itu. Dan yang paling tak best, bila korang tengah sakit hati dan sedih perasaan yg menjalar tu korang akan rasa seolah ianya telah digandakan. Bila citer pasal sesuatu yg menyakitkan hati, memula korang dah lega dah, lepastu bila sekali lagi korang ingat dan cerita dengan detail, bg aku...aku tak tenang. Bertambah marah lagi adalah!Begitu juga klo tengah sedih...

Misalnya…

Hari ni entah kenapa aku rindukan dia. Ye, perasaan rindu tu terasa sampai rasa sebak dan nak mengalirkan airmata. Lebih-lebih lagi bila jauh dan diabaikan. Lagilah terasa sunyi dan sepi. Walaupun aku ni nampak je macam gegila dan periang. Tapi siapa yg tahu apa yg fikir dan rasa?

Otak aku mampu untuk memahami setiap tindakannya, tapi tidak hati aku. Tidak perasaan aku yg sering mahukan perhatian. Tak tahu kenapa. Barangkali ini sikap perempuan yg sukakan perhatian atau aku yg mengada terlebih.**dan tetiba terngiang lagu yg adik aku karok tempoh hari dengan mendayunya...

‘aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati’


….

Tengok, aku dah cakap.

Perasaan tu ko rasa sekali, tapi bila ko luahkan dan taip macam ni dalam diary, rasanya…**speechless

Tak percaya? Sila cuba.

Cubalah menaip setiap aksara itu keluar dr setiap emosi yg korang sedang rasakan. Sehingga terkadang korang akan rasa tak sampai hati untuk menaipnya lagi.


Carut


Assalamualaikum…

Pepagi tadi online di twitter. Ternampak tweet
‘Pundek…blablabla…’

Tetiba aku terpikir, eh, da lama tak dengar perkataan pundek. Dulu pernah dengar masa sekolah je.whahaha…

Maklumlah, kerja di opiz kampeni besar. Giler ke nak maki puki pundek semua tu?whahahaha…
Dan tetiba aku diam…sebab yg twit tu bukannya remaja…kemudian muncul persoalan di benak aku…

Sampai bila kita nk mencarut macam ni?
Nanti kita da tua, ada ke kita nak berterusan memuki dan membabikan amarah kita? Acane pulak kalau depan anak-anak? Takkan asal marah sikit, kita nak cakap dengan anak kita…

‘Dik, ko jangan macam babi boleh tak?’ Kita marah anak bongsu kita.
‘Akak, kenapa result ko ni macam sial sangat ni?’ bila result exam dorang corot.

Sebab apa yang kita buat sekarang, ia pasti akan menjadi habit sampai ke-tua. Iyelah, kita dah terbiasa memaki orang.

Dan aku ada dua orang kezen yg kecik, berumur 7 dan 9 tahun.Beza umur kami dalam 15tahun. Dari zaman aku sekolah lagi, aku dah cuba control tak cakap benda yg tak elok depan dorang, termasuklah perkataan bodoh. Inikan pulak fuck babi sial semua, kan.
Bayangkan ye, kami yg tak pernah bercakap benda-benda macam tu pon, kezen aku time tu  darjah dua, pernah terlepas cakap

‘Pantat’

Siyesly, aku pon tak pernah cakap.Ni mesti kes terjebak dengan kekawan sekolah ni. Tetiba aku dengar dia cakap macam tu. Aku memang terus cakap dgn mama dia. Lepastu, memang merasalah dia pekena beberapa biji cili padi kan. Memang aunty aku paksa dia makan cili padi tu. Aku tak sangguplah nak tengok macam mana dia kena sumbat dengan cili padi.

Memanglah aku rasa kesian dengar dia menjerit nangis-nangis semua mintak maaf dengan mama dia. Tapi aku rasa, itu yg terbaik untuk bg dia pengajaran. Memang Alhamdulillah, setakat ni, aku tak dengar dah dia terlepas cakap macam tu walaupon dia marah atau merajuk.
Even kalau aku terlepas cakap bodoh, nanti dia pulak yg cakap..
‘Ayok, k.epy…mana elok cakap bodoh lah!’

Aku buat tak dengar je.**egoorangtuakeapantah…kahkahkah
Ala, terlepas pulak nk buat acane.whahaha
Nak-nak time tu, dekat dengan due date pulak. Lagilah, kan…
bodoh tu kira bahasa lembut lagi lah kan.kahkahkah

Dulu time drive lagi lah, keje nak menyialkan orang je…tapi lepas dah kena tegur dgn abg dan aunty aku…balik tu, memalam…aku muhasabah diri balik…
Kan ke lebih baik perkataan tu kita tukar dengan istighfar…memula memang rasa macam tak puas tau…tapi lelama dah jadi kebiasaan. Bila korang rasa macam nk mengeluh je, ko istighfar...

 Astaghfirullah’alazim.

...

Kalau nak ikut balik logiklah kan, kita ni sejahat mana pun, mesti kita nak yg terbaik untuk anak-anak dan keluarga kita. Kalau dulu kita ni kasar yg amat dan dibesarkan macam tu, takkanlah kita nak anak-anak kita pun ikut macam kita. Kuat memaki dan mencarut. Alangkan kita tak cakap macam tu pun dorang tahu, ini kan pulak kalau dah terbiasa dengar dan nampak.

Aku tak tarbiah sesiapa. Aku tak layak untuk itu..aku Cuma nak kongsi apa yg aku nampak dan pendapat aku. Kita sesame muhasabah diri kita balik.

10.07.2012

Turunkan Harga Hantaran


Asalamualaikum!
Wohaaa….!!

Akibat desakan orang ramai yang telah membuat perhimpunan di luar bangunan ofis sy demi memujuk agar sy update entry semata, baiklah.sy tunaikan juga hajat kalian.

Topik kali ini sy cuba ketengahkan adalah, mengenai duit hantaran. Kalo korang pasan da ramai da yg dok share pic ‘Turunkan Harga Hantaran!!!’



Rata-rata yg dok share dan yg buat banner tu mesti laki, kan. Yelah, jadah mende pompuan nak amik port pasal tu. Dorang nk naikkan lagi adalah, wahahaha!!<---**wahahaha adalah gelak gaya masa kini untuk makwe urban.

Kalo nak ikot logic, biasanya parent perempuan yg akan mintak. Dan biasanya ianya adalah kos untuk tanggung kesemua majlis korang. Dan korang percaya atau tak, biasanya duit hantaran yg korang bg tu memang tak cukup. Melainkan korang bagi 50k misalnya.

Tapi ianya bergantung pada majlis yg macamane korang nk buat. Kalo korang setakat nk nikah dekat pejabat agama je…hah, yang tu RM500 tersangatlah cukup.  Kalau nk lebih sikit, lepas akad nikah buat memakan je…adela dalam RM3000 ke atas. Ianya bergantung juga pada lauk, sama ada korang nk buat catering ke rewang dan bergantung pada jemputan. Kalo korang jemput orang-orang surau dan sedara-mara memang cukup sangat dah. Itu hanya untuk akad nikah dan makan secara kecil-kecilan. Oh ya, tadi tu…kos tidak termasuk dengan korang punya baju nikah dan barang hantaran. Hah, tengok…da berapa da duit korang kena keluar!

Tu belum lagi korang nk sewa pelamin, baju sanding mak andam semua tu…biasanya dalam satu pakej. Harga standart pelamin rumah dalam RM1000-RM5000. Untuk pelamin dewan pula, biasanya RM3000 ke atas. Lepas tu dah ada pelamin mestila ada photographer. Dah cecantik smua dah hias, tak kan korang nk memori kan dalam otak je kan. Setahun dua boleh lah ingat. Abis 10tahun nanti dan seterusnya, korang mesti nk juga bercerita dengan anak cucu korang. Dulu korang kawin acane semua, kan. Lepastu, silala scan otak korang. Kalau technology da maju sekalipun…nanti tercampur pulop dengan majlis kahwin kekawan korang. Padahal dulu korang buat biasa je,tp terperasan lebih pulop, kan. Wahahaha

Itu baru kita cerita tentang makan, pelamin dan photographer. Belum nk kira dengan kos goodies, kad jemputan. Ini baru yg besar-besar…sebenarnya banyak lagi sampingan yg korang macam tak nampak tapi nanti duit tu terasa keluar laju je macam air.
Cuba korang kira secara kasarnya ikut bajet paling murah di rumah :

Pelamin RM1500
Duit belanja kenduri RM5000
Goodies RM2000
Photographer RM800
Kad Kahwin RM700
Total : RM10000

Tengok, sesimple macam ni pun dah 10k. Ini yang paling simple dan paling murah la bajet untuk di rumah dan hanya sebelah pihak. Kalau standart kos keseluruhan dalam 20k ke atas,ye.

Jadi, kesimpulannya…sila-silalah berbincang lebih lanjut mengenai majlis yg korang akan buat nanti.

Pesanan tuk laki, yang korang nak takut sangat mak bapak perempuan makan sangat duit korang tu dah kenapa? **ah, mementanglah laki bole kahwin 4, tu nk menyimpan tok yg lain ler tu.whahaha

Dan pesanan untuk perempuan pulop, lepas kahwin dah boleh dah koyakkan sijil kursus kahwin suami anda. Sebabnya, klo tak de sijil tu, dorang kenala pi amik sekali lagi klo nak kahwin lagi. sbb pej agama takkan kuarkan balik sijil tu.whahaha

Oke, sy nk pi sambung balik usha photographer, bye! :D