10.07.2012

Turunkan Harga Hantaran


Asalamualaikum!
Wohaaa….!!

Akibat desakan orang ramai yang telah membuat perhimpunan di luar bangunan ofis sy demi memujuk agar sy update entry semata, baiklah.sy tunaikan juga hajat kalian.

Topik kali ini sy cuba ketengahkan adalah, mengenai duit hantaran. Kalo korang pasan da ramai da yg dok share pic ‘Turunkan Harga Hantaran!!!’



Rata-rata yg dok share dan yg buat banner tu mesti laki, kan. Yelah, jadah mende pompuan nak amik port pasal tu. Dorang nk naikkan lagi adalah, wahahaha!!<---**wahahaha adalah gelak gaya masa kini untuk makwe urban.

Kalo nak ikot logic, biasanya parent perempuan yg akan mintak. Dan biasanya ianya adalah kos untuk tanggung kesemua majlis korang. Dan korang percaya atau tak, biasanya duit hantaran yg korang bg tu memang tak cukup. Melainkan korang bagi 50k misalnya.

Tapi ianya bergantung pada majlis yg macamane korang nk buat. Kalo korang setakat nk nikah dekat pejabat agama je…hah, yang tu RM500 tersangatlah cukup.  Kalau nk lebih sikit, lepas akad nikah buat memakan je…adela dalam RM3000 ke atas. Ianya bergantung juga pada lauk, sama ada korang nk buat catering ke rewang dan bergantung pada jemputan. Kalo korang jemput orang-orang surau dan sedara-mara memang cukup sangat dah. Itu hanya untuk akad nikah dan makan secara kecil-kecilan. Oh ya, tadi tu…kos tidak termasuk dengan korang punya baju nikah dan barang hantaran. Hah, tengok…da berapa da duit korang kena keluar!

Tu belum lagi korang nk sewa pelamin, baju sanding mak andam semua tu…biasanya dalam satu pakej. Harga standart pelamin rumah dalam RM1000-RM5000. Untuk pelamin dewan pula, biasanya RM3000 ke atas. Lepas tu dah ada pelamin mestila ada photographer. Dah cecantik smua dah hias, tak kan korang nk memori kan dalam otak je kan. Setahun dua boleh lah ingat. Abis 10tahun nanti dan seterusnya, korang mesti nk juga bercerita dengan anak cucu korang. Dulu korang kawin acane semua, kan. Lepastu, silala scan otak korang. Kalau technology da maju sekalipun…nanti tercampur pulop dengan majlis kahwin kekawan korang. Padahal dulu korang buat biasa je,tp terperasan lebih pulop, kan. Wahahaha

Itu baru kita cerita tentang makan, pelamin dan photographer. Belum nk kira dengan kos goodies, kad jemputan. Ini baru yg besar-besar…sebenarnya banyak lagi sampingan yg korang macam tak nampak tapi nanti duit tu terasa keluar laju je macam air.
Cuba korang kira secara kasarnya ikut bajet paling murah di rumah :

Pelamin RM1500
Duit belanja kenduri RM5000
Goodies RM2000
Photographer RM800
Kad Kahwin RM700
Total : RM10000

Tengok, sesimple macam ni pun dah 10k. Ini yang paling simple dan paling murah la bajet untuk di rumah dan hanya sebelah pihak. Kalau standart kos keseluruhan dalam 20k ke atas,ye.

Jadi, kesimpulannya…sila-silalah berbincang lebih lanjut mengenai majlis yg korang akan buat nanti.

Pesanan tuk laki, yang korang nak takut sangat mak bapak perempuan makan sangat duit korang tu dah kenapa? **ah, mementanglah laki bole kahwin 4, tu nk menyimpan tok yg lain ler tu.whahaha

Dan pesanan untuk perempuan pulop, lepas kahwin dah boleh dah koyakkan sijil kursus kahwin suami anda. Sebabnya, klo tak de sijil tu, dorang kenala pi amik sekali lagi klo nak kahwin lagi. sbb pej agama takkan kuarkan balik sijil tu.whahaha

Oke, sy nk pi sambung balik usha photographer, bye! :D

2 comments:

anakcikbob said...

photographer mana yg rm800 tu?
zaman 1998 boleh la.. skg ni 1.8k kurang2 tau..
ko nak cantik, marbeles, mantop x?
ko g kat FB aku cari nama mohd
razali. org batu pahat.
superb beb..
tapi rm1.8k la..

btw, bila tarikhnya??

Eiffel Kawaii said...

tu min la woiii..minimum!budak2 study..biasanya buat job acetu la.

klo 1.5k ke atas, gambar serupa tahi, memg ptot la baling tahi je