Assalamualaikum...
Yang sebenarnya, aku ada je diary
digital. Tapi aku tak adalah rajin sangat setiap hari aku nak update. Nope.
Walaupun aku ni banyak je masa sendirian. Yeah, lepas balik kerja tolong aunty
aku masak. Then mandi makan semua, aku ada je banyak masa waktu malam tu. Tapi
masa tu aku gunakan untuk online, download movie dan tgk movie **lebih pd drama
korea ekceli.whahaha
Entah kenapa aku rasa, diary dengan
aku ni semacam tak relevan. Kenapa? sebabnya, entah. Kekadang aku
benci menaip diary.
Sebab, oke…sekarang ni benda tu ko nak cerita sesuatu
perkara yang menyakitkan hati.
Bila korang cerita sesuatu benda
yang menyakitkan hati, maka…hati korang akan semakin lama semakin sakit dengan
setiap ayat dan patah yang bakal korang taipkan. Kiranya setiap aksara itu
menerbitkan dan menunjukkan segala emosi korang.
Kalau korang gembira, maka
tersenyumlah korang untuk setiap aksara itu. Dan yang paling tak best, bila korang tengah sakit hati dan sedih
perasaan yg menjalar tu korang akan rasa seolah ianya telah digandakan. Bila citer pasal sesuatu yg menyakitkan hati, memula korang dah lega dah, lepastu bila sekali lagi korang ingat dan cerita dengan detail, bg aku...aku tak tenang. Bertambah marah lagi adalah!Begitu juga klo tengah sedih...
Misalnya…
Hari ni entah kenapa aku rindukan
dia. Ye, perasaan rindu tu terasa sampai rasa sebak dan nak mengalirkan
airmata. Lebih-lebih lagi bila jauh dan diabaikan. Lagilah terasa sunyi dan
sepi. Walaupun aku ni nampak je macam gegila dan periang. Tapi siapa yg tahu
apa yg fikir dan rasa?
Otak aku mampu untuk memahami setiap
tindakannya, tapi tidak hati aku. Tidak perasaan aku yg sering mahukan
perhatian. Tak tahu kenapa. Barangkali ini sikap perempuan yg sukakan perhatian
atau aku yg mengada terlebih.**dan tetiba terngiang lagu yg adik aku karok tempoh hari dengan mendayunya...
‘aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati’
….
Tengok, aku dah cakap.
Perasaan tu ko rasa sekali, tapi
bila ko luahkan dan taip macam ni dalam diary, rasanya…**speechless
Tak percaya? Sila cuba.
Cubalah menaip setiap aksara itu
keluar dr setiap emosi yg korang sedang rasakan. Sehingga terkadang korang akan
rasa tak sampai hati untuk menaipnya lagi.
1 comment:
jgn sedey2.. kite pon rindu alpi
Post a Comment