11.30.2012

Teaser

Ini adalah antara hantaran aku nanti. Aku nak buat photobooth sendiri dgn adik aku.wheel paper aku yg lipat sendiri,manakala adik aku buat bubble talk dgn annoying stick.
Harap klo korang yg sudi datang tu,bolehlah enjoy dgn photobooth kitorang.

Hanya tinggal hari ni dan esok. Semoga semuanya selamat hendaknya.

Amiin

Published with Blogger-droid v2.0.9

11.27.2012

Update Sebelum Turun Johor

Kereta aku penuh giler macam apa.

Oke.nk gerak da.bye semua.semoga selamat semuanya

Published with Blogger-droid v2.0.9

11.25.2012

No Periksa Punya Hal

Beberapa hari lepas, kezen-kezen aku balik dari sekolah. Si adik terus meluru ke ibunya. Kemudian berkata

Zaty : "Ibu tau x, sy dapat no periksa 20. Kakak dapat 22!" katanya dengan bangga sambil dia menggelakkan kakaknya.

Iqa : "Hish,susahlah cakap dengan adik ni. Adik tak paham!!"

Ibunya hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil menjawab

Ibu : "Adik, walaupon kakak periksa no 22, tapi kakak duduk kelas no 1. Adik pulak kelas ke 4. Kakak punya markah periksa, semuanya 90 ke atas. Itu pon dapat no 22. Kawan-kawan kakak semuanya pandai-pandai. Tengok,adik punya markah semua 70 lebih je. Peratus adik sikit."

Aku syak, ini keputusan exam utk sekolah agama. Sebab aunty aku cakap, kekawan Iqa semuanya naik atas pentas, sebab ramai dapat markah penuh. Iqa hanya naik 2 kali ke pentas sebab markah plg tinggi dalam matapelajaran.

----------------------------------------------------
Lain pula isunya untuk sekolah kebangsaan.

Beberapa bulan yang lepas,

Mama : "Kalau kau nak Ipad, ko dapatlah no periksa 5 ke bawah. Baru mama bagi."

Iqa : "Mama ingat senang ke nak dapat no 1?"

Mama : "Kalau kau rasa susah, kau dapatlah no 5!"

Pada exam akhir tahun ni, di sekolah kebangsaan, Iqa dapat no 5. Bagi menunaikan janji, aunty aku nak belikan. Samsung Galaxy Note 10 yang terbaru. Harga lebih 2k. Pehpehpeh

Tapi,semalam dorang balik bawa Samsung Tab 10. Sebabnya, tokey tu cakap,nk beli gadget harga 2k utk bebudak tak berbaloi.kahkahakh

Yang lg best, pakcik aku grab 2 sekali Tab 10 tu. Untuk anak dia sorang satu. Ipad yg ada tu sebenarnya milik Zaty, separuh duit raya dia. Separuh aunty aku tambah,kini jd milik pakcik aku. Korang nampak tak permainannya di situ?

Kahkahkah.**aku malas nk snap gambar. 2 Tab dan Ipad dorang.bukannya korang xtau cemana.hahaha

**ah,budak skola lagi da pakai Tab. Pakcik aku suri rumah pon ada Ipad. Aunty aku keje macam nepal,pakai fon Sony je. Sib baik Android.heuheuheu

Published with Blogger-droid v2.0.9

11.23.2012

Berhenti Untuk Meminta

Aku sudah penat untuk meminta-minta lagi. Sedangkan yang sedia ada ini,aku sering terlupa untuk ucap terima kasih padaMu. Aku buta dari terlihat nikmatMu, tapi sibuk mengejarkan sesuatu yang tak pasti. Malah, selalu saja aku mengeluh dengan nikmat yang Kau berikan. Lihat,betapa tamaknya aku ini. Sudahlah tak pernah berterima kasih,kemudian nak bermacam-macam. Bila tak dapat, mulalah aku menyalahkan Kau.

Kemudian, aku berfikir lagi. Bukankah Kau sudah berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada kami? Bukankah Kau Maha Mengetahui? Jadi, apakah perlu aku ini untuk mengajari Engkau apa yang perlu aku dapati? Dan apa yang perlu Kau beri?

Tak.

Yang sebenarnya, kami ini yang tidak layak untuk meminta!

Aku ini, aku tidak tahu apakah yang bakal terjadi jika Kau berikan apa yang aku mahu. Barangkali saja ianya memberi kemudaratan, kecelakaan kepada aku. Maka itu sebab Kau tak tunaikan. Ye, Kau sengaja tak mahu tunaikannya! Tapi hati kami mula menaruh syak dan lantas melempiaskan amarah kepada Engkau.

Bukan sebab Kau tidak tunaikan permintaan kami ini, kerana Kau membenci kami, tapi Kau sayangkan kami, kerana bagi Engkau,yang sebenarnya itulah yang terbaik untuk kami.

Maka, dengan ini. Aku ingin berhenti untuk meminta! Bukan aku tidak percayakan Engkau. Tetapi, aku takut kalau apa yang aku minta itu tidak dapat seperti yang aku nak. Aku tidak ingin lagi membentak seperti anak kecil.

Sesungguhnya aku ini hanyalah manusia biasa. Mudah kecewa bila tak dapat apa yang aku inginkan. Jadi, Kau kuatkanlah hati aku, hati kami, tebalkan lah iman kami kepadaMu agar kami sentiasa redho, dan sabar dengan setiap ketentuan Engkau. Agar kami tidak mengeluh dan sentiasa bersyukur. Sesungguhnya, hanya Engkau saja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Amiin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

11.15.2012

Entah

Aku tak tahu kenapa. Aku takut nk membayangkan 'hari itu'. Aku takut tetiba rupa aku jadi hodoh. Tak sesuai dgn aku dan segala macam. Aku takut kalau aku berangan, akan jadi sangat berbeza dgn apa yg aku impikan. Ah, taknak pikirlah. Pegilah mati dengan 17hari lagi atau apa.

Published with Blogger-droid v2.0.9

11.09.2012

Produk Cantik Dan Putih -kan Kulit


Assalamualaikum…

Sesejak aku dah tetapkan tarikh haritu, adik aku pulak dah sibok nak soh aku pi cantik kan kulit la.Kasi kulit muka licin halus semua bagai tu.

Bulan lepas dia bagi aku produk A-DHA. tapi lepas seminggu aku pakai, kawan aku cakap…produk-produk yang ada pengelupasan antara produk yg berkemungkinan ada merkuri.

pehpehpeh…

sejak tu, aku dah stop pakai!**korang pi la rajin gugel ye. aku tak ingat mana ntah link semua tu.pi je google produk bermerkuri..nanti keluar la kot. member aku plak sibok dengan produk Tabita. Siap tanya dekat KKM lagi ko! 
Dan KKM dah reply pon email tu, dia cakap produk Tabita tu, 
MEMANG SELAMAT!

Samalah macam produk SNE yang aku tengah makan ni.
 Tapi produk A-DHA dia lupa nk tanya. So, disebabkan aku malas nk email, klo email pon tunggu dekat sebulan, so, aku makan jela SNE tu.

Kalo tak silap, SNE tu Heliza Helmi dengan Adira ada makan. Lagi pon ada kelulusan KKM.

Aku rasa yakin sikitlah.

Bulan lepas adik aku soh makan SNE, untuk kesihatan kulit. Dan BE plak untuk putihkan kulit. Kira dia la yg belanja satu box SNE tu!



Harga ley tahan wooo…SNE RM220 sekotak dan BE RM240 sekotak. 

Pehpehpeh

Dalam ada 60biji. Sila bayangkan, sehari kne makan 4biji, 2siang, 2malam. **Klo 60biji tu hnya untuk 15 hari je?pfft!

**untunglah adik aku yang baik hati sponsor woiii!!!

tu sebab, masa memula makan SNE tu, lepas papan yg ketiga, terus aku makan sebiji sehari. kekadang lupa nk makan, lepas seminggu tu, adik aku tanya la.macam mana. bila aku jawab makan sekali sehari, terus dia bising.

Aku jawablah, ‘ala, nanti habis.Nak beli tak mampu!’

kahkahkah

Sekali dia cakap, ‘kepala ko, ko pi makan!Klo habis t aku order lagi!!!’

pehpehpeh

terus aku telan balik 4biji sehari. sekali hari selasa lepas ni, barang yg adik aku order, sampai ke opiz. 

Yeay!**oke, silap.alhamdulillah! :D

 Nak tau banyak pasal SNE, pi la google woiii!!Ingat ni konter pertanyaan ke? Jangan malas sangat. kahkahkah!!!

Aku dah telan bebanyak bebesar pil tu, tak cantik gak, siap!hahaha

11.08.2012

Hantaran Coklat


Assalamualaikum…

Oke, antara benda yang paling biasa dalam hantaran adalah coklat.

Masa aku tengok dok mencari idea pasal nak gubah hantaran, tetiba aku nampak hantaran coklat Patchi.

Memula Faz cakap, coklat Patchi ni macam tempah je. Sekali bila kita dok gugel dan gugel. Baru kita tau, padia coklat Patchi ni



Lepas dah gugel, barulah kita tau, Patchi ada memacam jenis. Klo kita, pilih classic je kot. Dan antara design yg aku suka, mcm jongkong emas ni.**dasarmataduitan.kahkahkah!!!





Dan yang paling best, bila kita tengok coklat tu dia dah hias cenggini!


Korang nampak tak dia punya  blink blink tu!Woii, aku suka blink-blink woiii!!dari jauh dah nampak!!!Sumpah sekarang ni aku tengah teruja giler. Rasa cam nak pi turun opiz, terus drive pi Mid kejak. Ala, kamon la…dari opiz aku pi Mid 5 minit je kot!


Tapi tula, ingat nk tunggu tunang aku. Pi beli sekali barang hantaran dia yang lain. Hurm…

Bila dengar harga coklat tu RM24 HANYA UNTUK SERATUS GRAM, DAN SERATUS GRAM HANYA UNTUK 3-4KETUL JE.

er…


er…



oh ye, aku pi tengok website dia, semangkuk macam kat atas tu 72. Er, 72 tu matawang apa? Macam bukan RM je. Hurm…

11.07.2012

Kad Kahwin Punya Hal


Assalamualaikum…

ah, dah berapa orang yang dok tanya pasal kad.

Yela, tak sampai lagi sebulan kan. Mestilah tanya kad.Aku agak emolah jugak bila orang tanya pasal kad  ni.

Memula aku ingat nak suruh kakak aku sponsor, tapi disebabkan tetiba dia cakap nk topup dekat pelamin aku, so…kad tu aku bg bakal adik ipar aku yg handle.

Oh, sebenarnya…dia keje di kilang macam printing semua tu. So, biarlah dia yg buat.
Lepastu, aku bagitau lah…aku suka design macam mana semua. Tapi semua pon dia cakap tak cantik. -..-“

jadi, disebabkan aku dah malas. yela, klo nak ikutkan taste aku dengan dia yg beza giler tu. So, lastly aku cakap, takpe la. Memana jela. Aku dah tak kisah. **dah malas nk pikir pon. sebab aku ada banyak lagi benda nk kena settle kan.

So, dia da pilih semua tu. Kedai semua, dialah yg cari.

Okelah, ringan sikit kerja aku.

Sebenarnya, dia bole je pi print dekat kilang dia, tp disebabkan dekat kilang dia pakai kertas macam pembalut hadiah, jadi dia tak buatlah dekat kilang. Tapi terpaksalah dia tempah kad tu kt kedai gak...


Tapi bebaru ni aku turun JB, tetiba aku dapat tau kad ada problem. Tu pon tau dari adik dia.
**mungkin dia bizy kot, tak sempat nk bgtau aku

So, adik dia citer dengan aku. Kad nya ada masalah dan tak cantik. Kad tu di print tanpa ada satu nama sekalipun. Hanya tertulis, walimatulurus...

Kemudian, ada kertas A4 di stapler...baru ada nama semua tu.

Ko tak hangin ke?

Patutnya, kad tu mestilah nama, map semua tu di print atas kertas keras tu. 
DAN BUKANNYA DI ATAS KERTAS A4 PUTIH!!!

Korang tau harga dia berapa?

RM1.20 sekeping!!!**untuk order 500keping
Bayangkan, ko tempah memahal, ko dapat kad serupa sampah!!!
Bakal adik ipar aku pon pi la memarah kedai tu. Sapa yang tak marah wey! 

Aku dengar ni pon berasap je.

Alasan tokey kedai tu, sebab kitaorang nak kad tu cepat!

**Hello, kami bagi masa sebulan oke! SEBULAN!!!Klo aku tempah kat KL, 2minggu dah boleh amik tahu!**

Lepas tu, adik ipar aku tu bising la.

Kalau macam ni, 7 keturunan pon bole pakai balik! Nanti tukar je kertas A4 tu.

lepas tu tokey tu jawab…ha’ah.nanti tetamu datang, mintak la balik kad tu.lepas tu tukar je bahagian dalam.**pehpehpeh…


Oke, dekat sini kesilapan bakal adik ipar aku ni…dia pi bayar deposit kad tu RM500…sebabnya…
Tokey kedai tu melayu, katanya… ‘Ala, klo orang melayu dapat duit deposit bebanyak macam tu, hasil kerja mesti bagus.**ha’ah. bagus camtaek!


So,disebabkan dah tengok hasil kad aku tu macam hapa, adik ipar aku cakap, klo macam tulah hasil kad nye, dia tak nak amik kad tu

Tapi, tokey tu bole jawab…awak tak amik pon, kami tak rugi pape.**sebab dah bayar deposit RM500

Korang mendidih tak dengar ayat macam tu???

Omaigod! 

DAH, JANGAN TANYA ATAU CAKAP LAGI PASAL KAD!


Memanglah tu wedding aku, tapi disebabkan aku tengok dan nampaklah bakal adik ipar aku tu berusaha bersungguh-sungguh, so, aku tak ley la nk cakap apa sangat.Terpaksalah redho’, kan!
 Apa yang aku rasa, kasihan sangat dekat dia. Yela, dia keluarkan duit bebanyak macam tu, hasil camtaek. Berbaloi ke? Baik dia pi print je kt kilang dia. -.-‘

11.06.2012

Idea Untuk Photobooth


Asssalamualaikum,

oke,beberapa hari ni  aku sibuk mencari idea untuk buat photobooth (dan hantaran jugak). Yela, semua orang buat, nampak macam best je.so, aku pon nak jugak, ye dak!

Disebabkan kekurangan bajet, tapi aku rasa tak semestinya semua benda kena memahal baru nampak best. tapi bila aku banyak surfing, makin banyak idea yg aku dapat. sekarang ni pon, idea aku memang tengak mencanak-canak. disebabkan pepagi buta ni, takde sapa orang gila masuk opiz, melainkan aku, maka aku nk tempiaskan semuanya dekat sini. Yeay!!!

Oh ye, lagi satu…sekarang ni..masalah utama aku adalah, aku takde gambar dengan tunang aku. Yup, bunyi macam pelik, tp memang kteorang jarang nk main snap-snap picca.Dan lagi pon, skrg ni macam dah suntuk, lainla kami dekat, boleh la  nk pi snap kt memana.tp, skrg ni memang dah xsempat, jadi abaikan dengan gambar kami.

Siapa cakap photobooth WAJIB ada gambar pre-wedding kami? Nope, aku akan buktikannya, TAK!

Hiasan props, mungkin aku nk buat sendiri je kot. Disebabkan family aku berniaga, jadi tak susah nk dapat kan stand untuk buat background photobooth. Idea aku, aku akan gunakan kaki payung ayah aku yg kecik, kemudian ada kayu kt tengah, untuk gantung kain satin kaler putih/cream.



**celah manalah aku nak cari belon angin ni woiii!!!

Disebabkan aku tak nak nampak terlalu crowded atau semak, dengan gantung benda-benda pelik sgt, so, aku akan biarkan dia putih, kosong…

Aku rasa, klo aku tak dapat belon...grab yang jenis macam ni je...**merujuk pada benda yg tergantung, bukan pada orangnye, ye



Aku rasa, mungkin aku akan sewa or beli je black board, dan seperti biasa, hiasan tulisan tangan ni, biasanya adik aku je hebat dan kreatif buat benda-benda macam ni. Dan aku rasa, memang aku akan hire dia pon, untuk deco photobooth aku, nak, atau tidak, dia kena jawab Nak jugak!whaahahaa**kakak yang keji!


Memandangkan, aku agak risau jugak, klo apa yang aku bayangkan tak menjadi, jadi aku segan lah nak membebel panjang lebar sangat, korang just enjoy picca yang aku curi dari fb



Bubble talk ni, aku rasa...klo stick gam kt blkg, bubble talk tu, nanti guest pon bole snap picca dengan bubble talk tu.

Buat candy bar pon macam best, kan!!**tetiba!

Banyak idea dia yang siyesly, sweet dan macam best. Tak tahulah ianya menjadi di majlis aku atau tak. Heharap nye jadi!yeay!!!

Ah, lupa nk bgtau...aku takde nk buat atau tempah guest book semua tu. tapi aku kad utk guest tulis wish dorang dan masukkan dalam bekas kaca. 



Oke, aku nak pi sambung gunting wishing card. **alamak, stamp belum tempah lagi ni.aih, bizy bizy bizy!!!