11.23.2012

Berhenti Untuk Meminta

Aku sudah penat untuk meminta-minta lagi. Sedangkan yang sedia ada ini,aku sering terlupa untuk ucap terima kasih padaMu. Aku buta dari terlihat nikmatMu, tapi sibuk mengejarkan sesuatu yang tak pasti. Malah, selalu saja aku mengeluh dengan nikmat yang Kau berikan. Lihat,betapa tamaknya aku ini. Sudahlah tak pernah berterima kasih,kemudian nak bermacam-macam. Bila tak dapat, mulalah aku menyalahkan Kau.

Kemudian, aku berfikir lagi. Bukankah Kau sudah berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada kami? Bukankah Kau Maha Mengetahui? Jadi, apakah perlu aku ini untuk mengajari Engkau apa yang perlu aku dapati? Dan apa yang perlu Kau beri?

Tak.

Yang sebenarnya, kami ini yang tidak layak untuk meminta!

Aku ini, aku tidak tahu apakah yang bakal terjadi jika Kau berikan apa yang aku mahu. Barangkali saja ianya memberi kemudaratan, kecelakaan kepada aku. Maka itu sebab Kau tak tunaikan. Ye, Kau sengaja tak mahu tunaikannya! Tapi hati kami mula menaruh syak dan lantas melempiaskan amarah kepada Engkau.

Bukan sebab Kau tidak tunaikan permintaan kami ini, kerana Kau membenci kami, tapi Kau sayangkan kami, kerana bagi Engkau,yang sebenarnya itulah yang terbaik untuk kami.

Maka, dengan ini. Aku ingin berhenti untuk meminta! Bukan aku tidak percayakan Engkau. Tetapi, aku takut kalau apa yang aku minta itu tidak dapat seperti yang aku nak. Aku tidak ingin lagi membentak seperti anak kecil.

Sesungguhnya aku ini hanyalah manusia biasa. Mudah kecewa bila tak dapat apa yang aku inginkan. Jadi, Kau kuatkanlah hati aku, hati kami, tebalkan lah iman kami kepadaMu agar kami sentiasa redho, dan sabar dengan setiap ketentuan Engkau. Agar kami tidak mengeluh dan sentiasa bersyukur. Sesungguhnya, hanya Engkau saja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Amiin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: