Amirul tersentap
dengan berita yang didengarnya. Fail yang tadi dalam genggamannya terlepas
jatuh ke lantai. Badannya hilang daya imbangan, lalu dia terjelepok ke tanah. Nafasnya hampir tersekat, jantungnya seolah
terhenti berdetak. Perasaannya kosong sukar untuk percaya. Fikirannya makin
bercelaru. Serasanya baru semalam
tragedi itu berlaku. Tragedi yang
membuatkan dia merajuk dengan keluarganya lalu melarikan diri sejauh mungkin
tanpa sebarang perkhabaran. Terkenangkan tragedi itu, mindanya mula mengimbau kenangan manis
dan pahit datang silih berganti.
Tak kan terganti
segenap memori…
Tak kan terpadam
seluruh kenangan...
…
Sedang enak Amirul
berbaring di sofa…
“Mirul, kami ada
hal sikit nak cakap dengan kamu.” Pak Din, ayah Amirul memulakan bicara.
“Macam serius je.
Hal apa, yah?” tanya Amirul. Amirul bingkas bangkit dari permbaringan dan duduk
menghadap ayahnya.
“Kamu kenal Ayu,
anak Pak Man Yok?” tanya Pak Din.
“Ayu? Kalau Ayu,
Mirul tak kenal. Tapi kalau Lisa tuh, Mirul tau lah.” jawab Amirul jujur.
“Hah, Lisa?? Bila
masa pula Pak Man Yok ada anak nama Lisa?” tanya ayah Amirul kembali.
“Jangan-jangan Lisa
yang kamu kata tu Ayu tak? Cer citer sikit Lisa tu macam mana?” emak Amirul
pula menyampuk.
“Er…kalau tak silap
yang muka ala-ala Lisa Suriani tu!” jawab Amirul.
“Hah, yang itulah
Ayu! Memandai kamu aje tukar nama dia jadi Lisa.” kata emak Amirul.
“Entah kau ni!
Orang kata, biar tak pandai, jangan memandai-mandai!” kata akak Amirul yg
datang mengangkat dulang berisi teko teh panas dan beberapa cawan serta piring
kecil.
“Manalah Mirul
tahu. Dah si Jibab dok panggil-panggil Lisa.” Amirul cuba mempertahankan diri.
“Kamu dengarlah si
Jibab tu gebang.” akak Amirul bersuara lagi.
“Macam ni, mak dan ayah
dah berbincang dengan keluarga Pak Man Yok.
Nak satukan kamu dengan anaknya,si Ayu. Kamu pulak macam mana? Setuju
ke?” tanya ayah Amirul lagi.
“Kalau dengan Ayu
yang macam Lisa Surihani tu, bolehlah Mak.” jawab Amirul sambil tersenyum-senyum.
“Hish, budak ni.”
emaknya meningkah.
“Mirul, kahwin
bukan satu perkara yang mudah yang boleh dibawa main. Banyak tanggungjawabnya.
Terutama kita ni lelaki. Ingat, lelaki dipertanggung jawabkan empat perempuan,
iaitu mak, kakak dan adik-adik kamu,
pabila ayah sudah tiada, kemudian barulah isteri dan anak kamu kelak. Lelaki
yang sejati, adalah lelaki yang bukan sahaja menjaga keluarga, malah menjaga
maruah keluarga dan dirinya dengan penuh rasa tanggungjawab. Ayah juga ada
sebab kenapa ayah pilih dia sebagai calon menantu. Satu-satunya menantu
perempuan keluarga kita.” ujar Pak Din serius dan panjang lebar.
Amirul diam dan
mengangguk-angguk mendengar tarbiah ayahnya. Manakala emaknya disebelah hanya
mengangguk menyokong kata suaminya. Pak Din diam dan kemudiannya menyambung.
“Ayah tak nak kamu
tersalah pilih. Hanya kamu waris lelaki keluarga kita. Jadi, hanya kamu seorang
sahaja tempat kami letakkan segala harapan dan amanah ini.” Amirul menarik
nafas sedalamnya lalu menghembuskan perlahan-lahan.
“Dengar kata ayah
tu,lagi pun tak payah sangat nak bercinta-cinta ni. Cinta tak selalu bersama
jodoh, tapi jodoh itu bersama cinta.” emak Amirul mula bermadah-madah.
Permintaan yang mulanya kedengaran seperti
guraan menjadi terlalu berat. Amirul tunduk diam sambil mencerna kata-kata
ayahnya. Kopi yang terhidang di atas meja dihirup seteguk demi seteguk walaupun
kopi itu sudah sejuk. Perlahan-lahan ingin dinikmatinya. Kemudian diletak
semula cangkir tersebut.
“Mirul tak dapat
nak bagi jawapannya sekarang, yah. Mirul rasa, ada lebih baik jika Mirul jumpa
dan bincang dengan dia dulu. Kemudian, barulah Mirul bagi jawapan.” jawab
Amirul secara serius juga.
“Hah, iyelah. Tapi
jangan lama sangat” Pak Din mengingatkan Amirul.
…
Tak kenal maka tak
cinta…
Hari ini, Amirul
yang cuti datang membantu gerai emaknya. Dia berniat ingin berjumpa dengan Ayu
sehabis waktu perniagaan emaknya. Tiba-tiba emaknya yang tadi hanya duduk
didapur, keluar menjemput seorang pelanggan.
“Hah… Ayu, sorang
aje? Mak kamu mana?” tegur mak Amirul kepada pelanggan tersebut.
“A’ah mak cik. Sorang
je. Mak suruh hantarkan ini ” Ayu menunjukkan seplastik ikan pekasam lalu
plastik itu bertukar tangan.
“Eloklah kamu
datang pun, Mirul ada tu. Miruullll….” kata emak Amirul.
“Ya mak!” sahut
Amirul.
“Ni ayu datang ni.”
jawab emak Amirul.
“Hai…” tegur Amirul
dan terkesima melihat wajah Ayu yang ayu. Rupanya memang mirip seperti Lisa
Suriani.
“Hai…” balas Ayu
sambil tersenyum.
“Cantik!” Puji
Amirul. Selama ini dia tak pernah ambil pusing akan gadis yang ada di kampung
mereka. Amirul terpaku seketika.
“Apa?” tanya Ayu
kurang jelas dengan tutur Amirul.
“Erm…tak, tak de!Duduklah.” kata Amirul lagi sedikit keseganan. Ayu turut
dan hanya tunduk dan tersenyum.
“Er, aku ada hal
sikit nak bincang dengan kau.” kata Amirul yang cuba untuk bertenang.
“Hal apa?” tanya
Ayu tidak faham.
“Aku ni jenis
straight-to the-point. Hurm…er…kau dah ada balak? ”
“Hah?” Ayu terkejut
dengan soalan Amirul yang telus.
“Boyfriend?” Amirul
cuba untuk memberikan maksud kata-katanya tadi.
“Oh, tak adalah.” jawab
Ayu.
“Er… aku… bukan
apa. Kau tahu tak pasal hal parent kita nak satukan kita?”
“Yeah.”
“Hurm… itu sebab
aku tanya kau. Manalah tahu, kau dah ada balak ke. Nanti, tak memasal je korang
brake up. Lepas tu mulalah nak salahkan aku… aku macam ni, macam ni. ” Amirul cuba
untuk membiasakan diri.
“Eh, tak adalah.
Saya mana ada balak. Saya still single lagi.” jawab Ayu memalu sambil senyum
nipis.
…
Sepulang di rumah,
Amirul memberitahu hasil perbincangannya dengan Ayu.
“Mak, ayah. Kalau mak
dan ayah rasa, Ayu tu, calon yang terbaik untuk Mirul. Mirul ikutkan aje.”
jawab Amirul tenang dan cuba beralas. Seboleh-boleh dia tak mahu kelihatan
meminati Ayu. Dia mahu kelihatan cool.
“Betul ke, Mirul?
Alhamdulillah. Kalau macam tu, dalam bulan depan kita hantar rombongan masuk
meminang ke rumah Pak Man Yok, bertunang sekali. Lepas tiga bulan terus nikah!”
kata emak Amirul kerana keterujaan yang amat.
“Haih, cepatnya!”
Amirul terkejut.
“Cepat apanya? Kamu
nak bertunang lagi sebulan, kahwin lagi tiga bulan. Lagi pun, buat apa nak
lama-lama. Kan tak elok! Keluarga mereka pun dah bersetuju. Kan lebih elok,
berkahwin dulu sebelum bercinta.”
“Iyela, tapi mak
tak rasa macam tergesa-gese je ke?” tanya Amirul.
“Tak adalah. Selalu
je orang ikat tiga bulan. Nanti kamu pergilah jumpa dengan Ayu, bagitau dia
sambil tu boleh kenal-kenal dengan dia.”
“Iyeke? Hurm…don’t
worry, mak! Ayu punya pasal, petang ni jugak Mirul jumpa dia!” kata Amirul
bersemangat sambil tersenyum nakal.
“Gatal!” kata kakak
Amirul menyampuk lagi sambil membaling kusyen yang dipeluknya ke muka Amirul.
…
Ayu dan Amirul
semakin rapat. Mereka kerap menghabiskan masa bersama. Terutamanya hujung
minggu. Sambil mereka sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan, sambil mereka
cuba untuk mengenali antara satu sama lain. Setelah mereka membeli barang,
Amirul menghantar Ayu sehingga depan rumah. Kemudian dia terus pulang ke rumah.
Setelah
membersihkan diri, dia berbaring di atas katil bujangnya. Penatnya bukan
kepalang, bayangkan ingin membeli set barang kemas sahaja mengambil masa sehari
suntuk. Dari pagi hingga lewat petang bermula dengan kedai emas Habibah
sehinggalah ke kedai Poh Kang. Satu pun Ayu tidak berkenan. Akhirnya, mereka berbalik
semula ke kedai Habibah setelah di pujuk oleh Amirul.
Setiap nafas yang
dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Anuar Zain – Sedetik Lebih
Tiba-tiba Amirul
teringatkan Ayu, dia tersenyum. Baru balik ber-dating, sudah terasa rindu.
Dicapainya telefon bimbit cap Cokia, mendail nombor Ayu.
Tutt Tutt Tutt…
Tutt Tutt
Tutt…**telefon tidak di angkat.
Amirul sedikit
hampa.
‘Dah tertidur kot.
Penat sangat agaknya. Tak apalah.’ Amirul cuba untuk memujuk hatinya.
…
Emak dan kakak
Amirul sibuk menggubah barang hantaran. Tinggal tak sampai sebulan saja lagi
majlis perkahwinan Amirul. Emaknya-lah yang paling gembira sangat. Tak
habis-habis memuji-muji bakal menantunya secantik Lisa Suriani, sudahlah berpelajaran,
sopan pula tu. Mak mertua manalah yang tak gembira.
Amirul hanya duduk
melihat mereka yang tekun menggubah.
“Tak keluar ke
Mirul?” tanya emak Amirul sambil tangannya ligat mengubah hantaran.
“Taklah, mak. Ayu
kata nak siapkan barang hantaran. Lagipun dah dekat Maghrib pun. Ayu tak suka
keluar malam-malam.” jawab Amirul.
“Baguslah tu. Mak
suka sangat dengan Ayu tu, Mirul. Baik budaknya.” kata emak Amirul sambil
tersenyum.
…
“Assalamualaikum.”
satu suara dari luar rumah memecahkan kesunyian.
“Wa’alaikummussalam.”
jawab emak Amirul.
“Apa khabar, mak
cik? Sihat?” muka Jibab tersembul dimuka pintu yang tidak bertutup.
“Sihat. Masuklah
Jibab! Ni Mirul ada ni hah.” kata emak Amirul sambil masuk ke dapur.
“Ye, mak cik. Tak
yah lah susah-susah mak cik. Kami datang ni pun, sekejap je.”
“Hah, asal ko
tersengih-sengih ni?”
“Hehe. Mirul, lepak
Pekan Lama jom!” pelawa Jibab ke warung tempat mereka sering melepak di malam
minggu.
“Malaslah.” jawab
Amirul acuh-tak-acuh.
“Alaaa…
mentang-mentang dah ada tunang. Asyik berkepit dengan Ayu. Sombong je dengan
kita orang.”
“Aku penatlah.”
Amirul cuba berdalih.
“Jomlah. Kau pun
dah lama tak join. Apit pun ada, tau. Jomlah.” pujuk Jibab.
“Aku nak rehatlah,
Jibab.” jawab Amirul memberi alasan.
“Betul kau tak ikut
ni?” tanya Jibab lagi.
“Tak apalah. Kau
pergilah.” kata Amirul.
…
Amirul berkhayal dia
menari bergolek-golek di taman dengan Ayu ketika menonton hindustan yang
dipasang oleh kakaknya, namun kakaknya sudah tertidur dan enak dibuai mimpi.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dan bergetar. Panggilan dari Jibab.
‘Potong stim
betullah.’ getus Amirul. Tapi Amirul membiarkan seperti angin lalu. Malas dia
hendak melayan kerenah sahabatnya.
Tutt Tutt…**bunyi
mesej pula yang masuk
‘Kau kena datang
sini sekarang! URGENT!’
Amirul ragu-ragu,
antara ingin keluar atau tidak. Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.
Dalam keterpaksaan bercampur ingin tahu, akhirnya dia pergi juga berjumpa
dengan Jibab di Pekan Lama.
…
“Apa benda yang
urgent sangat tu?” tanya Amirul sebaik sampai di warung Pekan Lama.
“Kita orang nak
tanya kau sikit, boleh?” tanya Apit yang duduk di sebelah Jibab.
“Apa?” tanya Amirul
malas.
“Kau betul ke nak kahwin
dengan Ayu anak Pak Man Yok?” tanya Apit.
“Ha’ah. Asal?”
tanya Amirul curiga dengan pertanyaan kawannya.
“Erm…aku rasa, kau
dah buat pilihan yang salah.” jawab Apit mula memberi hint sesuatu.
“Apa maksud kau ni?
Aku tak fahamlah.” tanya Amirul semakin tidak sedap hati.
“Tadi kita orang
nampak Ayu ‘main dalam kereta’ dengan jantan mana entah.” sampuk Jibab yang
tidak sabar dengan kata-kata Apit.
“Apa????” tersentak
Amirul mendengarnya. Berderau darahnya, namun dia cuba mengawal.
“Betul, wey!” Apit
menyokong kata-kata Jibab.
“Kalau korang ni
kawan aku, tolong jangan buat fitnah pasal dia!” Amirul memberi amaran.
Nafasnya kuat kedengaran, jelas dia sedang menahan amarah.
“Sumpah wey. Kita
orang nampak dengan mata kepala kita orang sendiri!” Jibab sudah mula
bersumpah.
“Hey, Jibab! Tutup
mulut kau tu sebelum pecah aku hempuk! Kau ingat aku tak tahu, kau ada hati
dengan dia? Bila kau tak dapat, lepas tu kau buruk-burukan dia! Kau saja je,
kan!” tengking Amirul. Pantang benar dia pabila mendengar kekasih hatinya
diburuk-burukan.
“Mirul, kau cakap
elok sikit…” Jibab sudah mula berangin.
“Apa??? Kau tu yang
patut cakap elok sikit! Betulkan, kau ada hati dengan dia?” tanya Amirul tidak
berpuas hati.
“Jibab?” tanya Apit
dan berpaling ke Jibab.
“Okey, fine. Memang
aku ada hati dengan dia, tapi tu dulu! Aku tak tergamaklah nak tikam member aku!”
kata Jibab.
“Pandai betul kau
berlakon, kan! Kau tak payahlah. Macam ni kau kata member? Lebih baik aku tak
payah ada member-lah!” kata Amirul sambil terus berlalu.
“Aku pun tak
heranlah, bacul!” bidas Jibab.
“Apa kau cakap?”
Amirul berpaling sambil menggenggam penumbuknya erat-erat. Andai Jibab berani
mengulanginya lagi, dia tak berjanji, tangannya masih mampu menahan
amarahnya atau tidak.
“Jibab!!!!” panggil
Apit cuba menahan kelancangan mulut Jibab.
“Apaaa??? Eh, aku
tak heranlah setakat ada kawan dayus macam ni! Dah tau bakal bini dia ‘beromen’
dengan jantan lain. Buat tak…”
“Bangsat kau!!!!”
Amirul tidak mampu bersabar lagi. Dia berlari ke arah Jibab dan…
Bukk!!!**satu
tumbukan padu tepat mengenai muka Jibab.
Belum pun habis
ayat Jibab, Amirul sudah melabuhkan penumbuk sulungnya. Jibab terjatuh di atas
meja makan, oleh kerana meja itu plastik dan boleh dilipat, Jibab terjatuh
terus ke atas tanah bersama meja itu.
“Jibab!!! Mirullll…
Mirulll…Mirullll….” jerit Apit sambil cuba untuk menahan Amirul dari memukul
Jibab lagi.
…
Tak kenal, maka tak
cinta.
Dah kenal, macam
celaka.
Amirul hanya
memerap di rumah. Dia sengaja mengambil MC hari ini. Bibirnya hampir pecah
ditumbuk Jibab tempoh hari. Mereka nyaris ditahan polis, mujurlah mereka sempat
melarikan diri. Heboh satu kampung, dia bergaduh dengan Jibab sehingga dikejar
polis. Amirul berasa malu dengan keluarga Ayu. Mesej dari Ayu dibiarkan sahaja.
Dia runsing dengan apa yang terjadi. Tiba-tiba kedengaran enjin kereta milik
ayahnya dihalaman rumah. Terlihat Apit bersama beberapa orang pemuda mengangkat
ayahnya.
“Terima kasih, Pit”.
kata emak Amirul kepada Apit.
“Apasal ni, mak?”
tanya Amirul kaget.
“Ayah kamu
pengsan.” jawab emak Amirul yang kelihatan sebak.
“Yela. Kenapa?”
tanya Amirul tidak puas hati. Wajah emaknya kelihatan sedih yang teramat. Namun
emaknya tidak berkata apa-apa dan terus berlalu ke dapur.
“Ayu kena tangkap basah.”
kakaknya menjawab.
“Astagfirllah.”
…
Amirul berjalan di
persisiran pantai. Dia hanya duduk memerhatikan ombak yang ganas menghempas
pantai. Di situ dia banyak menghabiskan hari-harinya dengan termenung. Pakai
dan makan sudah tidak dipedulikan. Sejak dia insiden itu, dia terus menghilangkan
diri dan berjalan ke mana sahaja tanpa arah yang pasti. Dia seolah-olah hilang
punca.
…
Sehari selepas dia
mendapat tahu insiden itu, Ayu ada datang berjumpa dengannya.
“Awak, saya nak
cakap sikit yang…” tegur Ayu perlahan.
“Pergilah.” kata
Amirul kecewa.
“Saya nak mintak
maaf. Saya…terlalu sayangkan dia.” sambung Ayu tanpa dipinta. Dia tidak sanggup
lagi berbohong. Kata-kata Ayu membuatkan Amirul terjaga dari lamunan dan kekecewaannya,
lalu bertukar menjadi amarah yang penuh kesakitan.
“Apa??? Habis tu
kenapa kau setuju dengan permintaan mereka? Kenapa???Kenapa kau tak mengaku
dari dulu lagi, tapi kenapa baru hari ini???? Kenapa kau mainkan perasaan
akuuu???? Kenapa????? Apa salah aku?????” tengking Amirul seperti hilang
kawalan. Dadanya berombak kencang, matannya merah, urat lehernya menjadi tegang
namun dia masih cuba mengawal sebak yang terbuku dihatinya. Tidak mungkin
dititiskan air mata jantannya di depan perempuan itu.
“Awak…” Ayu berkata
perlahan.Dia terkejut dengan rupa Amirul yang sebegitu dan membuatkan dia
berasa takut dengan sergahan Amirul yang bertubi-tubi.
“Diam!!! Sebelum
aku menjadi laki dayus, lebih baik kau balik! Jangan kau tunjuk muka kau depan
aku, walau bayang sekalipun!!!” Amirul memberi amaran.
“Awak…saya…” Ayu
tidak mempu lagi meneruskan kata.
“Perggiiiiii…perempuan jalang!” Amirul terus-terusan menghalau Ayu. Ayu
kemudian berjalan meninggalkan Amirul tanpa berkata apa-apa lagi.
Sejak semalam, dia
hanya diam tanpa berkata sepatah pun kepada sesiapa. Hari ini terluah juga
betapa sakitnya kekecewaan yang dialaminya. Perit untuk ditelan satu persatu.
Mungkin dia boleh membunuh perasaan sayang yang baru bercambah itu, namun
bagaimana hendak dia bersihkan maruah keluarganya yang telah tercemar itu?
Di kala sepi ini
Hatiku terluka lagi
Engkau telah mendustai
Sebuah janji
Oh tak pernah ku menduga
Engkau curang dalam cinta
Budimu yang seindah dulu
Hiasan cuma
Mengapa aku
Dipersalahkan
Mengapa tidak dirimu
Kekasihku...
Dulu bercinta berjanji sumpah setia
Mengapa kini kau dustai
Dulu rindu serindu-rindunya
Kini benci sebencinya
Mahu semahu-mahunya
Malu aku tak malu
Memori Sekuntum
Rindu - Spoon
…
Apit berjaya
memujuk Amirul bekerja di bandar lalu meninggalkan momen hitam itu. Amirul
terus menghilang sejak insiden itu, dan mengikut Apit tanpa pengetahuan
keluarganya. Sengaja dia berbuat begitu.
‘Kalau bukan idea
mereka, pasti dia tidak jadi sebegini.’ kata hati Amirul menyalahkan
keluarganya.
Setelah beberapa
bulan bekerja, Apit mendapat berita dari keluarganya Pak Din iaitu ayah Amirul
meninggal dunia kerana strok. Dia diberitahu, sejak insiden itu ayahnya
diserang sakit jantung dan kehilangan Amirul juga menjadi salah satu punca
ayahnya menjadi strok. Setelah beberapa bulan terlantar di atas katil, Pak Din
menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan isterinya, selepas subuh. Apit
berlari memberitahu Amirul dan mereka pulang ke kampung pada hari itu juga.
…
Sepanjang
perjalanan, Amirul lebih banyak berdiam diri, dalam diam air matanya hangat
mengalir di pipinya. Dia mula berasa kesal dengan apa yang telah dilakukan.
Kekesalan yang dirasakan kini tidak berpenghujung. Ingatannya mula mengimbas
momen bersama ayahnya. Pesanan, amanah dan wajah ayahnya bermain di benaknya
lalu menerbitkan rasa sedih yang teramat. Amanat ayahnya ingin mengahwinkan dia
dengan Ayu, tidak dapat direalisasikan. Ayu?
Perempuan itulah
yang sanggup memperbodohkan dirinya. Kerana perempuan itu dia kehilangan kawan
baiknya, Jibab demi mempertahankan maruah gadis itu. Kerana perempuan itu
maruah keluarganya tergadai. Dan kerana perempuan itulah dia kehilangan ayahnya
yang sangat dihormati. Kekesalan yang dirasakan itu takkan mati walau nyawanya
hilang dari tubuh itu.
Belum sempat dia membayar hutang pada ayahnya,
belum pun sempat dia menggembirakan hati orang tua itu, dan pasti dia tidak
sempat untuk meminta maaf pada ayahnya untuk kali yang terakhir. Dia berdoa
agar diberi kesempatan untuk menatap wajah itu untuk kali terakhir. Lalu, air
matanya gugur dengan lebatnya melepaskan semua sesalan itu.
…
Ditatapnya kubur
ayahnya yang hanya bertandakan papan. Amirul duduk mengetuai bacaan Yassin
bersama emak dan adik-adiknya. Dalam hati, dia berjanji pada dirinya tidak akan
sekali-kali dia mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan
sebagai seorang lelaki. Tidak sanggup dia merasakan kekesalan lagi seumur
hayatnya. Biarlah kekesalan itu menjadi kenangan paling hitam bagi
mematangkannya dalam menjadi lelaki sejati.
…
p/s :: korang bole vote kat sini.