4.01.2011

Nombor


salam…


Masa form 4 lepas rehat, kami pown macam biasalah berkumpul dan bergossip. Entah macam mana terbukak pulak cerita pasal ketua kelas kami. Tetiba ei teringat~



Ada satu hari, lepas bincang dan meniru serba sedikit fakta untuk membuat folio, dia tertinggal buku teks add math-nya di kantin. Nak tak nak, ei pown ambil-lah buku tu dan bawak balik. ei rasa, ei perlu bagitahu dia, buku dia ada dengan ei sebab dia tertinggal. Tapi ei tak ada nombor ketua kelas, ei hanya ada nombor member kelas yg lain, time tuh bukan semua orang ada handphone macam sekarang. Nak-nak budak sekolah. Jadi ei pown pergilah pondok telefon dan kol member untuk mintak nombor ketua kelas.




Lepas dah dapat nombor telefon umah ketua kelas. ei pown kol.


“Hello?”

“Hello.”

Sejurus ei terdengar suara itu, terasa jantung dah berdebar-debar bukan main dah! Suara besar dan macho sangat terserlah. Rasa macam di awang-awangan pown ada.

“Erm…boleh saya cakap dengan Farid?” tengok, kemain santun lagi ayat ei.

“Ya, Farid ni. Siapa tu?” jawabnya

‘Hah, biar betik!’ Siyes, time ni ei terkujat gila-gila sebab rasa macam tak percaya itu suara dia. Tetiba terbayangkan ketua kelas. **Time tu, ketua kelas boleh tahan dia punya ‘comel’ sehingga mendapat jolokan bear, mungkin saiznya macam bear.

Oke, punah segala harapan di situ.**saya seorang yg keji!**


Sambung balik kami bergossip pasal ketua kelas. Beriya-iya si apple ni cerita kemacho-an suara ketua kelas. Dan tiba-tiba apple berdiri di depan kelas lalu membuat announcement.

“Kepasa sesiapa yg nak dengar suara macho Farid, nombor telefon rumah dia 404 3 5ribu”


“WOIIIII!” kedengaran Ketua Kelas menjerit dan ada yg sedang menyalin.



p/s :: ada betul jugak pesan kakak ei dulu...lelaki suara macho, mesti tak kacak!


p/s/s :: Korang tak payah lah nk cuba koling-koling pulak, sebab Farid dah pindah pown.

7 comments:

diana said...

suara macho??
itu suara dari perot tu..
hehehe

eiffel said...

k.diana :: owh, ptot ler sedap semacam jerk!Lol~

haLyZaQiut said...

suara dalaman....hahaha...

jay said...

hahaha...aku pernah jadi ketua kelas, org cakap suara aku macho...dan aku memg tak kacak...

oranglidi said...

xleh blah.. dgr suare pun leh tau tak kacak. deng.

vampire's lovex said...

yeahhh !!! sora macho,mesti muka kurengggg...lain la jejaka korea...wakakakaa...korea !!

K2r~90 said...

ow suare perlambangan hensem ke idok ea