5.31.2011

Rancangan...


salam…

saya sudah pandai merindui blog camtaek ni. kemain betei kan. hampir sebulan saya membiarkan ianya sunyi dan sepi. mungkin saya sememangnya memerlukan cuti.**ada kene mengena tak?


silalah cakap ada. dari dua minggu lepas saya berasa mahu bercuti. perasaan itu membuak-buak. mahu menikmati alam ciptaan-Nya. kadang-kadang saya suka tengok bentuk awan. masa saya dalam kereta, ketika tidak ada lesen, saya gemar memerhatikan bentuk yg terhasil oleh awan dek pergerakan angin. pesen budak yg suka membaca komik memang begini. otak menjadi agak kreatif kerana akan berimaginasi pelbagai bentuk.

saya langsung tidak mempedulikan keadaan jalan, kereta dan yang lain-lain. itu sebab saya tak banyak tahu jalan walau sudah hidup hampir 23 tahun di kl.

selain dari bentuk awan, saya juga sukakan pencahayaan matahari. bagaimana pergerakan cahaya matahari jika dia terlindung dari awan. bagaimana bentuk cahaya matahari yang baru nak naik ke atas kepala. kita dapat lihat bentuknya sangat bulat. tapi cahayanya masih belum terik dan menyilaukan. CANTEK sangat. tertiba teringat pemandangan ketika bermain rounders di padang, ketika saya berjoging di Titiwangsa dan sebagainya. di situ saya kagum. Subhanallah.


Barulah sesuai menggunakan ayat ‘Cantiknya ciptaan Tuhan’. Bukan ketika melihat nice body perempuan hatta lelaki kacak sekali pown! -.-”




Cuti sekolah ni aunty saya telah merancang mahu balek kampong nya di Ipoh dan bermandi-manda di Lost World Tambun. Mungkin ada juga beberapa aktiviti lain seperti jalan-jalan cari makan. Saya akui, di Ipoh, memang banyak kedai makan yang best giler!!! Asal turun Ipoh saja, aunty saya sibuk menyenaraikan kedai makan yang wajib pergi! Katanya, ingat Ipoh ingat makan. 

Heh.

Namun saya tak dapat menyertai trip tersebut lantaran kakak saya memerlukan perkhidmatan saya. Sudah lar saya tak pernah masuk Lost World Tambun tuh! Masuk ni, dah dua kali aunty saya pergi dan dan-dan time tu saya tak dapat join!! Mencikkk!!!

Jadi saya dengan sedih dan berat hati terpaksalah turun JB. Tapi oke jugak, sebab saya sudah merindui anak sedara saya.


saya cilok dr fb adik saya.


Ajak adik saya meronggeng ke. Untung-untung boleh pow adik saya beli sepasang kain buat baju raya.kehkehkeh…**kakak yg keji.

Kemudian mintak kakak pulak tolong hantarkan upah jahit baju raya di sana. Kemain mahu berfesyen baju kurung Pahang.Lalu buat-buat lupa tentang bayaran upah baju raya.**adik yang superb keji!lol~

Ada adik-badik jd tokey ni memang bestkan. Tu belom paw barang kedai kakak-kakak saya lagik.**membuat muka gembira, mata bersinar-sinar seperti di sorga!


Tercakap pasal baju raya ni, sebenarnya saya belum ganti lagik posa tahun lepas.hikhikhik**gelak sambil tutop mulot. maklum lar, saya kan pemalu.lol~


camtaek!

5.30.2011

Saya Yang Hipokrit.


salam…


bulan ni dikira antara bulan paling sedikit saya update blog. entah kenapa saya tidak mempunyai mood mahu berblogwalking dan berblogging.

kawan-kawan saya tak habis menyuruh saya update.katanya jangan biarkan ianya bersawang.
sebenarnya saya sudah sedikit segan mahu update. nak-nak ada rakan saya yang membaca blog saya dalam diam. saya ni sudah lar pemalu.hikhikhik**gelak gedik namun sedikit sopan




yang sebenarnya saya di opiz adalah seorang si bisu. dan ini adalah bukan diri saya yang sebenarnya. bagaikan seorang hipokrit lagaknya, kan. oh, saya tak suka pada hipokrit.


tapi saya tidak pendiam pada kenalan saya yang lain. saya seorang yang gila-gila dan kecoh. kalau berjumpa dengan kawan sekepala, memang mulut ni tak henti bercakap. saya pown terkadang susah nk control. pernah juga saya bertanya kepada kawan saya, apakah mereka rasa jengkel dengan saya yang tidak reti diam ini. namun puRpLe berkata, kalau saya menjadi pendiam dia berasa sangat pelik dan pasti ada sesuatu yg tak kena. jadi dia mesti membuat sesuatu agar saya bersuara semula.


di opiz pula, saya sendiri tak suka dengan keadaan sebegini. tapi apa boleh buat. orang sebelah saya lelaki yang pendiam dan di depan juga lelaki. mereka tak banyak bercakap, jadi saya pown agak segan mahu memulakan perbualan. saya memang blur sikit mahu berbual dengan lelaki. lain lar dengan perempuan, ada saja idea saya. kurang-kurang saya boleh sakat mereka. ni lelaki, tak kan lah saya tetiba datang tempat mereka kemudian menyakat pula. tak patut pulalah kan.


lagi pown di opiz ni…kebanyakan nye lebih berusia dari saya. jadi saya seganlah mahu membawa kepala gila saya. saya perasan kan hal ini sedari awal saya masuk keja. saya lebih banyak mendiamkan diri. mungkin itulah sebabnya bila berjumpa dengan kawan yang sekepala, saya akan jadi terlebih hyper. sampaikan kawan-kawan saya akan bertanya, kenapa saya terlalu gembira, atau teruja [eksaited]


entah lar.mungkin saya terlalu banyak mendiamkan diri di opiz atau di rumah, sehingga saya menjadi sebegitu.


lazimnya, kalau orang itu pendiam dan tidak rajin menegur saya. saya akan lebih pendiam dari mereka. tapi kalau mereka jenis kecoh, saya pula akan jadi lebih kecoh dari mereka.


pada mereka yang nampak saya ni semacam sombong dan pendiam tu. maaf. saya seperti hipokrit. sebenarnya saya memang agak segan mahu berbual dengan orang saya tak biasa. terutamanya lelaki. tapi kalau awak semua sudah kenal saya, nanti awak pula yang akan penat mendengar cerita saya.

5.26.2011

Awek Untuk BF.


salam.

Malam semalam saya dan Tamara di landa kebuluran lantaran hanya mengambil sarapan pagi di mc d sahaja. Kemain gigih betei kan Tamara menemani saya menjadi Nepal. Kemudian sibuk Tamara chating dengan saya mengatakan perutnya berbunyi sangat kuat sehingga satu opiz boleh dengar.


Krookk krookkk kroookkk.

Kesiankan.




Kami hanya lepak di khemah makanan Thai di depan Giant.

Tomyam di situ memang terbaik.  Akibat terlalu kebulur, saya dan Tamara langsung tidak dapat berfikir. Contohnya sebelum kami membuat pilihan warung itu, lebih sejam kami memilih tempat makan.


Yang paling tak boleh blah adalah kami langsung tak dapat berfikir jumlah harga makanan tadi termasuk sarapan. Kesnya begini. Pagi tadi kan kami telah sarapan di mc d. Seperti biasa saya akan dahulukan duit saya nanti baru claim.

Harga Mee Tomyam RM 5, jus Oren RM 2 dan sarapan pagi tadi RM 4.50. Dan Tamara memberi RM 50 untuk saya pulangkan bakinya. Ini pown kami sangat blur macam mana nak kira. Lapar punya pasal. Apa pown kami tak dapat fikir. Heh.

...


Sedang menunggu Mee Tomyam sampai. Tamara si kaki gossip memandang awek cute disebelah meja kami. Jenis lesbo memang cenggini. Pantang nampak awek cun. Masalahnya, si Tamara ni…haih. Kalau lelaki kachak jangan lar cakap.Tak boleh tengok lelaki kachak sikit, sampai terteleng-teleng kepala melihatnya terkadang dengan mulut ternganga bagai. Katanya dia normal, tapi suka tengok awek cun. Saya tak tahulah betei ke tak. Buat masa ni, Tamara belum lagilah melakukan perbuatan luar tabii terhadap saya.


“Asal kau pandang dia?”

“Dialah, awek yang bf aku suka tu.”

“Hah?”

“Awek ni kerja kat Guardian. Dulu dia tak pakai tudung. Sekarang ni dah pakai. Cun kan dia pakai tudung.” kata Tamara sambil tersenyum.


“Hurm…biasa je. Dia pandai bergaya.” kata saya tidak berperasaan.

“Ko tahu, bf aku tu. Selalu pegi Guardian sebab nk tengok awek tu. Kekadang tak nak beli barang, tapi nak jugak masuk Guardian.”

“Abis ko buat apa?”

“Aku layankan jela. Memula aku sound jugak. Hah, nak tengok awek cun lah tuh! Mengada! Jom lar.”

“Eh? Ko ni betei ke tak betei? Ko tak ada perasaan ke?” tanya saya musykil.

“Ntah. Aku oke je. Aku siap nak mintak kan nombor tepon awek tu tok dia lagi.”

“Pastu?”

“Aku nak g lar mintak. Pastu tetiba bf aku tarik tangan aku. Bertarik-tarik kitaorang kat depan Guardian tu.”

“Jadah betei korang ni! -.- Pastu?”

“Tak dapatlah nomor awek tu. Dah bf  aku dok tarik tangan aku.”

“Ko tak pe ke? Macam mana kalau tetiba dorang kapel. Abis ko?”

“Tak apa lah! Boleh cari yang lain kan. Kita kan dah nak pindah Annexe nanti.”


camtaek!

5.25.2011

Efek Telur Separuh Masak.


salam…

kawan saya suruh saya update blog.heh.


dia tak tahu sebenarnya kelmarin saya sudah update tapi telah membuang entry tersebut.lol
Untuk memuaskan napsu serakahnya. Nah.



Masuk minggu kedua Fatem mahu menunjukan dia kononnya sudah otai.Tidak lagi seskema minggu lepas. Bayangkan sudah lebih pukul 9.30 pagi pown dia rilek-rilek saja belum lagi masuk opiz. Kemain betei kan si Fatem tu. Lalu saya menghasut Tamara meniggalkan saja si Fatem itu. Biarkan dia kebulor tidak bersarapan. Siapa suruh datang lambat. Hasutan keji saya pada Tamara. 


Kami menuju ke mapley. Diluar kebiasaan saya pada hari itu, saya mahu diet sedikit. Jadi hanya mengorder sekeping roti canai dan sekeping tosei. Tamara pula sekepingroticanaibajettakotgemok. Tetiba, entah apa pula gila si Tamara ini mahu makan telur rebus separuh masak.


Saya pandang muka dia dalam-dalam dengan mengangkat kening sebelah kanan.

“Ko biar betei?”




“Apsal, tak boleh ke?”

“Eh, orang perempuan mana ada makan telur separuh masak!” bisik saya.

“Apsal pulak?”

“Kau pernah nampak ke orang perempuan order telur separuh masak?”

“Hurm…tak.”

“Hah. Tau pown kau.”

“Tapi…tak boleh ke?” tanya Tamara tak puas hati.

“Sebenarnya…orang kata telur rebus ni kiranya semacam elok untuk tenaga batin lelaki. Orang kata lar.”kata saya lagi sengaja mahu menakutkan Tamara.

“Yeke?”

“Kau mahu hebat diranjang, kau makan lar.” jawab saya kemudian menghirup milo ais perlahan.




“Hish, mana lar pulak perginya budak Fatem ni. Pukul 10 tak masuk-masuk lagi.” kata Tamara setelah menghabiskan semua hidangannya.


“Bajet otai lettew.”

“Wey, sakit perut la pulak.”


Kring kring… kring kring **oke.efek bunyi tu tipu sikit. Bunyi ringtone kring kring lebih sedak berbanding lagu JLO - On The Floor.

Fon Tamara berbunyi.


“Hah? Kau kat mana” jawab Tamara lantas berdiri untuk mendapat lebih privasi.




“Apsal?”

“Dak si Fatem tuh. Dok sibuk mengirim. Tapi aku kata aku sakit perut. Jom gerak!”

“Ala. Baru pukul berapa.”

“Mongok! Aku dah tak tahan ni.”


Setelah kami bayar di kaunter. Dengan kejinya Tamara berjalan lelaju meninggalkan saya dibelakang. Tak tahan katanya. Lebih laju daripada biasa. Mungkin itulah penangan telur rebus separuh masak. Gagah di toilet.



5.19.2011

Serabut


salam…


sebenarnya saya sedang serabut ni. semalam team leader iaitu lija mewar-warkan bahwa kami kena pindah ke Annexe di Bangsar.


pada mulanya, saya ingat saya sorang saja kena tinggal di Kelana Jaya. Kemain beriya-iya saya dan Tamara membuat drama swasta. Kononnya sangat sedih tak dapat membuat aktiviti liar dan mengular ketika opiz hour. Lepas ni tak adalah lagi karok di giant. Dan saya akan kembali menjadi si bisu dan si katakbawahtempurung. Tetiba saya terkenang bagaimana saya mula-mula masuk di opiz. Menjadi sangat pendiam dan amat jarang keluar breakfast, hatta lunch sekali pown.


Mungkin rakan sebelah saya yg bisu itu pown tak macam saya. Oh, masa saya mula-mula masuk, memang ada encik bisu bekerja di sini. Saya kagum dengan encik itu. Pernah dia tanya saya sesuatu melalui pen dan kertas. Entah jadah hapa entah saya juga reply menggunakan pen dan kertas. Padahal dia bisu, tapi saya tak pasti pula dia pekak atau tak. Encik itu muda tau tapi mungkin tua sedikit dari saya, rupa pown boleh tahan…tapi sayang…


Aunty kata kawan dia satu university dengan encik itu. Hebak kan!



Setelah berdrama swasta dengan Tamara bajetmacamtakdapatberjumpalagidannyaris-nyarismahumenangis barulah dia kata, kami semua yang harus pindah. Termasuk saya. Oke, drama swasta dah habis!




Pertama kali terdengar mahu pindah ke annexe, saya rasa semacam seronok. Maklum sajalah, saya pernah praktikal di sana dulu. Memang seronok walaupun saya breakfast+lunch seorang diri!**jenis malas bersosial memang cenggini! -.-”



Annexe bg saya seronok salah satu sebab ianya bersebelahan saja dengan Menara TM. Bila sebut Menara, ianya sangat urban tahu! Memula saya agak jakun melihat lifnya yang dabel decker, siap ada monitor lagi. **itu belum kira dapat tengok anak-anak Dato membawa kereta mewah!Oke saya tipu, saya belum nampak anak Dato lagi. Tapi kawan saya cakap, mereka sangat humble! Tamara boleh lah try ngorat dia macam ni.

Selain itu, makan kat food court Menara best!Banyak option!Kalau mahu yang agak murah, kat tepi sungai pown ada. Kalau takut ketiak basah, boleh makan di café bawah Annexe. Roti jala dia sangat sedap!Gosh, saya sudah terliur-liur demi teringatkan makanan di sana.


Itu belum kira lagi ianya SANGAT HAMPIR DENGAN MID VALLEY! Anda faham apa yang ingin saya perkatakan? Lepas ni kami dengan sombongnya sudah tak pandang lagi Giant Kelana Jaya. Mid dan Garden sudah ada depan mata. Meronggeng saja di situ. Silap-silap, setiap citer baru kuar, kami berjemaah mahu balik awal bagi alasan piyed pain kat Manager. Tak termasuk kalau hari Jumaat lagi. Wah!lol




Benda yang tak best pula. saya sudahlah menjadi driver kepada aunty dan abang. Perlu ke Hartamas atau ke Kelana Jaya baru boleh ke Bangsar.**aunty stay di KJ.



Dan lagi benda tak bestnya adalah, parking. Dengar kata parking di sana HANYA RM8 SEHARI! Giler ke hapa? Bayangkan kalau hari bekerja 20hari! RM160 SAHAJA untuk parking! Kalau mahu parking percuma, harus masuk sebelom pukul 7.30 pagi. Bayangkan saya perlu berkejar-kejar ke Kelana Jaya dan Ke Hartamas baru ke Bangsar! Pukul berapa saya perlu keluar rumah ni? Ingat saya duduk di Pantai Dalam ke? Cheras oke, Cheras!


Sudahlah di sana kami ada punch kad! Oh, di KJ kami tiada punch kad. Sangat heaven tahu. Tapi bila macam ni, saya sangat serabut sebab perlu bekejar dan sebagainya.Penin!

p/s :: Maaf, jika anda terbaca entry camtaek ini.Tapi saya sangat penin! T.T

5.11.2011

Skema


salam…


di sebabkan di opiz saya sudah ada budak baru yg bernama Patin. hari ini kemain tau pegi bekpez bersama-sama. Tamara juga tidak ketinggalan. sedang menunggu makanan sampai, budak Patin ni tak habis-habis menjenguk jam tangannya. Katanya ada kerja yang perlu dilakukan pada pukul 10 pagi.


ceh, kemain semangat! maklumlah baru tiga hari bekerja.


“Kau tahu, si Patin ni semalam turun rehat pukul 1.30 makan kat mapley. Lepas tu boleh naik balik pukul 2 petang.” gossip Tamara.

**mapley tu jauhnya, kalau berjalan kaki, adalah kot dalam 10-15 minit.

“Hah? Cepatnya ko makan!” tanya saya.

“Entah, apa skema budak ni.” Tamara membahan lagi.

“Wey, aku takut lar. Nanti manager cari.” jawan Patin membela diri.

“Ko tak payah lah nak skema sangat. Tengok kitaorang, pukul 12 lebih dah cabut, pukul 3 baru nak masok opiz. Ko kena belajar dengan senior-senior ko ni.” kata Tamara bajet otai. Padahal, saya lebih otai dari dia. 


"Entah! Tuh belom lagi campor minah ni nak berkarok bagai!" kata saya sengaja mahu mengantoikan Tamara. 


"Ko ni, karok tu sebutlah perlahan sikit" bisik Tamara namun masih didengari Patin.



Maka, bermulalah penceritaan Tamara di awal kemasukannya di opiz kami…

“Korang nak tahu, aku dulu masa mula-mula masuk. Sebelah aku Manager, depan plak Lija. Kalau aku nak pergi mana-mana mesti cakap dengan Manager.”

Bayangkan mahu ambil barang yang tertinggal di kereta pun mahu tanya Manager.

“Saya nak turun ambil barang sekejap kat kereta, boleh tak?”

“Okey.”


Itu boleh terima lagi, habis kalau nak pergi tandas pun mahu mintak izin, apa citer?


“Boleh tak saya nak pergi toilet sekejap?”

“Hah?” tanya Manager agak terkejut.

“Kenapa, tak boleh ke?”

“Eh, boleh, boleh. You pergila.”


p/s :: tetiba teringat zaman sekolah.lol

5.10.2011

Sangat Amerika Tahu!


salam…


PER :: Cerita yang berkaitan haruslah di bawah sekali. kerna, bagilah saya peluang untuk membebel sedikit.

lama juga saya menghilang.ceh, tiada siapa pun mahu peduli tahu!
tapi saya peduli hapa. saya sebenarnya mahu membuat perjanjian untuk diri sendiri. saya nak merajinkan balik diri saya untuk berjogging kerana mahu sihat, bukan untuk kurus. iyelah, saya sudah kurus, mahu kurus mana lagi? sampai tinggal kulit? -.-”


saya mahu jogging asbab saya merasakan lutut saya sering menghadapi kekejangan. pada mulanya, saya syak kerana saya sering menghadapi jem yang amat sangat setiap hari di mana hampir 3-4 jam sehari yang perlu saya redah. tidakkah ianya menyumbangkan kekejangan otot. Tambahan pula, di opiz saya hanya duduk, duduk dan duduk. Tamara dan Lija ajak lunch luar pun saya malas. Takut sangat ketiak basah. 


Yang sebenarnya, saya mahu letak title entri ini ‘bra yang hilang’. entah kenapa saya terus batalkan niat murni saya. sebab di fb saya, saya ada menggunakan perkhidmatan network di mana, ia akan auto post di wall fb saya.



Maka, akan terteralah tajuk ‘Bra Yang Hilang’ di wall saya. Bayangkan jika ofiz mate saya-yang-baru-tahu-nama-saya-padahal-saya-dah-dua-tahun-keja-disini tuh baca. 

Btw, kami sudah saling ber add-add tahu.Kemain!


Kalau dia terbaca entri ini, malulah saya!**lol***ceh, orang lain baca tak malu pula.****orang lain tak kenal saya, lantak merekalah.
******monolog saya sendirian.


jadi, saya pun tukarlah tajuk.




Masa hari minggu baru ini, saya telah menemani mak cik saya ke Jusco depan rumah. Lepas beli barang, kami melepak di Nyonya Delight. Tengah lepak-lepak, saya nampak sorang awek berbaju singlet. Saya tak pasti Chinese ke Melayu tapi saya peduli hapa, kulit dia cerah kot. Lantak dialah mahu bersinglet atau apa. Awek itu bangun dan berjalan keluar, tiba-tiba saya ternampak……**saya malas mahu tulis apa yang saya nampak**kemudian, saya lihat dadanya kiri dan kanan…betei ke tak ni????

Sah!


Pada mulanya, saya ingin berkata… awek itu sangat Amerika!


Namun, saya hanya berbaik sangka bahawa bra awek tadi telah hilang. Sama ada dicuri oleh mymoon macam babon atau dia mahu udara yang lebih dicelah dada. Maklum sajalah, sekarangkan musim panas.

5.04.2011

Kaya Makin Kaya, Penjilat Bontot Bermaharajalela.


salam…


nak senang tak perlu kerja keras. cukup manis mulut dan pandai bermuka-muka.

barang siapa yg jujur dan bekerja keras itu semuanya bodoh! menjadi robot arahan kepada si kaya. setia dan menurut. bantahan hanya di dalam hati lantaran sedar diri tidak mampu.
terpaksa demi mendapat secebis santapan.


pengakhirannya, penjilat bontot naik dengan bongkak dengan mudahnya. dan yg Jujur dan bekerja keras terus-terusan menjadi pencacai dan jika tenaganya tidak lagi diperlukan, dibuang begitu saja.


camtaek!