5.30.2011

Saya Yang Hipokrit.


salam…


bulan ni dikira antara bulan paling sedikit saya update blog. entah kenapa saya tidak mempunyai mood mahu berblogwalking dan berblogging.

kawan-kawan saya tak habis menyuruh saya update.katanya jangan biarkan ianya bersawang.
sebenarnya saya sudah sedikit segan mahu update. nak-nak ada rakan saya yang membaca blog saya dalam diam. saya ni sudah lar pemalu.hikhikhik**gelak gedik namun sedikit sopan




yang sebenarnya saya di opiz adalah seorang si bisu. dan ini adalah bukan diri saya yang sebenarnya. bagaikan seorang hipokrit lagaknya, kan. oh, saya tak suka pada hipokrit.


tapi saya tidak pendiam pada kenalan saya yang lain. saya seorang yang gila-gila dan kecoh. kalau berjumpa dengan kawan sekepala, memang mulut ni tak henti bercakap. saya pown terkadang susah nk control. pernah juga saya bertanya kepada kawan saya, apakah mereka rasa jengkel dengan saya yang tidak reti diam ini. namun puRpLe berkata, kalau saya menjadi pendiam dia berasa sangat pelik dan pasti ada sesuatu yg tak kena. jadi dia mesti membuat sesuatu agar saya bersuara semula.


di opiz pula, saya sendiri tak suka dengan keadaan sebegini. tapi apa boleh buat. orang sebelah saya lelaki yang pendiam dan di depan juga lelaki. mereka tak banyak bercakap, jadi saya pown agak segan mahu memulakan perbualan. saya memang blur sikit mahu berbual dengan lelaki. lain lar dengan perempuan, ada saja idea saya. kurang-kurang saya boleh sakat mereka. ni lelaki, tak kan lah saya tetiba datang tempat mereka kemudian menyakat pula. tak patut pulalah kan.


lagi pown di opiz ni…kebanyakan nye lebih berusia dari saya. jadi saya seganlah mahu membawa kepala gila saya. saya perasan kan hal ini sedari awal saya masuk keja. saya lebih banyak mendiamkan diri. mungkin itulah sebabnya bila berjumpa dengan kawan yang sekepala, saya akan jadi terlebih hyper. sampaikan kawan-kawan saya akan bertanya, kenapa saya terlalu gembira, atau teruja [eksaited]


entah lar.mungkin saya terlalu banyak mendiamkan diri di opiz atau di rumah, sehingga saya menjadi sebegitu.


lazimnya, kalau orang itu pendiam dan tidak rajin menegur saya. saya akan lebih pendiam dari mereka. tapi kalau mereka jenis kecoh, saya pula akan jadi lebih kecoh dari mereka.


pada mereka yang nampak saya ni semacam sombong dan pendiam tu. maaf. saya seperti hipokrit. sebenarnya saya memang agak segan mahu berbual dengan orang saya tak biasa. terutamanya lelaki. tapi kalau awak semua sudah kenal saya, nanti awak pula yang akan penat mendengar cerita saya.

6 comments:

bujal X said...

ahlan wasahlan,

salam ukhwah dari saya.semoga persahabatan yang dibina kekal sampai bila-bila .insyaallah.

*jangan lupa ziarah blog saya.bersama kita makmurkan dunia blogspot.insyaallah.

serenity said...

pemalu tengkorak kau!

eszol raar said...

kau ni nak mintak penumbuk ke pelempang?

dengan aku tak malu langsung! kecik hati aku tahu!

harhar

truth is,semua org hipokrit. semua orang ade bermacam jenis topeng utk dikenakan pada bermacam jenis org dan pada bermacam jenis keadaan

nurkaloi said...

tu laaa
kaloi punn kat opis jd hipokrit
sbnarnye kaloi gile ganas gangster
tp kat opis...pijak semuk tak mati
gile lembut

chooii betul hahaha

marina anakcikbob said...

phak tuih pemalu! kol aku 1st time pong macam nak pecah henpon aku keluar suara ko. kahkahkah,,

haLyZaQiut said...

haah la...mmg pemalu.... :P