salam…
bulan ni dikira
antara bulan paling sedikit saya update blog. entah kenapa saya tidak mempunyai
mood mahu berblogwalking dan berblogging.
kawan-kawan saya
tak habis menyuruh saya update.katanya jangan biarkan ianya bersawang.
sebenarnya saya
sudah sedikit segan mahu update. nak-nak ada rakan saya yang membaca blog saya
dalam diam. saya ni sudah lar pemalu.hikhikhik**gelak gedik namun sedikit sopan
…
yang sebenarnya
saya di opiz adalah seorang si bisu. dan ini adalah bukan diri saya yang
sebenarnya. bagaikan seorang hipokrit lagaknya, kan. oh, saya tak suka pada
hipokrit.
tapi saya tidak pendiam
pada kenalan saya yang lain. saya seorang yang gila-gila dan kecoh. kalau
berjumpa dengan kawan sekepala, memang mulut ni tak henti bercakap. saya pown
terkadang susah nk control. pernah juga saya bertanya kepada kawan saya, apakah
mereka rasa jengkel dengan saya yang tidak reti diam ini. namun puRpLe berkata,
kalau saya menjadi pendiam dia berasa sangat pelik dan pasti ada sesuatu yg tak
kena. jadi dia mesti membuat sesuatu agar saya bersuara semula.
di opiz pula, saya
sendiri tak suka dengan keadaan sebegini. tapi apa boleh buat. orang sebelah
saya lelaki yang pendiam dan di depan juga lelaki. mereka tak banyak bercakap,
jadi saya pown agak segan mahu memulakan perbualan. saya memang blur sikit mahu
berbual dengan lelaki. lain lar dengan perempuan, ada saja idea saya.
kurang-kurang saya boleh sakat mereka. ni lelaki, tak kan lah saya tetiba
datang tempat mereka kemudian menyakat pula. tak patut pulalah kan.
lagi pown di opiz
ni…kebanyakan nye lebih berusia dari saya. jadi saya seganlah mahu membawa
kepala gila saya. saya perasan kan hal ini sedari awal saya masuk keja. saya
lebih banyak mendiamkan diri. mungkin itulah sebabnya bila berjumpa dengan
kawan yang sekepala, saya akan jadi terlebih hyper. sampaikan kawan-kawan saya
akan bertanya, kenapa saya terlalu gembira, atau teruja [eksaited]
entah lar.mungkin
saya terlalu banyak mendiamkan diri di opiz atau di rumah, sehingga saya
menjadi sebegitu.
lazimnya, kalau
orang itu pendiam dan tidak rajin menegur saya. saya akan lebih pendiam dari
mereka. tapi kalau mereka jenis kecoh, saya pula akan jadi lebih kecoh dari
mereka.
pada mereka yang
nampak saya ni semacam sombong dan pendiam tu. maaf. saya seperti hipokrit.
sebenarnya saya memang agak segan mahu berbual dengan orang saya tak biasa.
terutamanya lelaki. tapi kalau awak semua sudah kenal saya, nanti awak pula yang akan penat
mendengar cerita saya.
6 comments:
ahlan wasahlan,
salam ukhwah dari saya.semoga persahabatan yang dibina kekal sampai bila-bila .insyaallah.
*jangan lupa ziarah blog saya.bersama kita makmurkan dunia blogspot.insyaallah.
pemalu tengkorak kau!
kau ni nak mintak penumbuk ke pelempang?
dengan aku tak malu langsung! kecik hati aku tahu!
harhar
truth is,semua org hipokrit. semua orang ade bermacam jenis topeng utk dikenakan pada bermacam jenis org dan pada bermacam jenis keadaan
tu laaa
kaloi punn kat opis jd hipokrit
sbnarnye kaloi gile ganas gangster
tp kat opis...pijak semuk tak mati
gile lembut
chooii betul hahaha
phak tuih pemalu! kol aku 1st time pong macam nak pecah henpon aku keluar suara ko. kahkahkah,,
haah la...mmg pemalu.... :P
Post a Comment