salam…
saya sudah pandai
merindui blog camtaek ni. kemain betei kan. hampir sebulan saya membiarkan
ianya sunyi dan sepi. mungkin saya sememangnya memerlukan cuti.**ada kene
mengena tak?
silalah cakap ada.
dari dua minggu lepas saya berasa mahu bercuti. perasaan itu membuak-buak. mahu
menikmati alam ciptaan-Nya. kadang-kadang saya suka tengok bentuk awan. masa
saya dalam kereta, ketika tidak ada lesen, saya gemar memerhatikan bentuk yg
terhasil oleh awan dek pergerakan angin. pesen budak yg suka membaca komik memang
begini. otak menjadi agak kreatif kerana akan berimaginasi pelbagai bentuk.
saya langsung tidak
mempedulikan keadaan jalan, kereta dan yang lain-lain. itu sebab saya tak banyak
tahu jalan walau sudah hidup hampir 23 tahun di kl.
selain dari bentuk
awan, saya juga sukakan pencahayaan matahari. bagaimana pergerakan cahaya
matahari jika dia terlindung dari awan. bagaimana bentuk cahaya matahari yang
baru nak naik ke atas kepala. kita dapat lihat bentuknya sangat bulat. tapi
cahayanya masih belum terik dan menyilaukan. CANTEK sangat. tertiba teringat
pemandangan ketika bermain rounders di padang, ketika saya berjoging di
Titiwangsa dan sebagainya. di situ saya kagum. Subhanallah.
Barulah sesuai
menggunakan ayat ‘Cantiknya ciptaan Tuhan’. Bukan ketika melihat nice body
perempuan hatta lelaki kacak sekali pown! -.-”
…
Cuti sekolah ni
aunty saya telah merancang mahu balek kampong nya di Ipoh dan bermandi-manda di
Lost World Tambun. Mungkin ada juga beberapa aktiviti lain seperti jalan-jalan
cari makan. Saya akui, di Ipoh, memang banyak kedai makan yang best giler!!!
Asal turun Ipoh saja, aunty saya sibuk menyenaraikan kedai makan yang wajib
pergi! Katanya, ingat Ipoh ingat makan.
Heh.
Namun saya tak
dapat menyertai trip tersebut lantaran kakak saya memerlukan perkhidmatan saya.
Sudah lar saya tak pernah masuk Lost World Tambun tuh! Masuk ni, dah dua kali
aunty saya pergi dan dan-dan time tu saya tak dapat join!! Mencikkk!!!
Jadi saya dengan
sedih dan berat hati terpaksalah turun JB. Tapi oke jugak, sebab saya sudah
merindui anak sedara saya.
saya cilok dr fb adik saya.
Ajak adik saya
meronggeng ke. Untung-untung boleh pow adik saya beli sepasang kain buat baju raya.kehkehkeh…**kakak
yg keji.
Kemudian mintak
kakak pulak tolong hantarkan upah jahit baju raya di sana. Kemain mahu berfesyen baju
kurung Pahang.Lalu buat-buat lupa tentang bayaran upah baju raya.**adik yang
superb keji!lol~
Ada adik-badik jd
tokey ni memang bestkan. Tu belom paw barang kedai kakak-kakak saya lagik.**membuat
muka gembira, mata bersinar-sinar seperti di sorga!
Tercakap pasal baju
raya ni, sebenarnya saya belum ganti lagik posa tahun lepas.hikhikhik**gelak
sambil tutop mulot. maklum lar, saya
kan pemalu.lol~
camtaek!

6 comments:
nanti aku pergi penang sbbkan family day opis mak aku. kt sana ape best erk? macam takde ape yg best sgt jep :(
penang?entah lar.aku penah pegi bkt bendera xbest pown.oh, aku pegi 10thn yg lalu. -.-"
tp member aku kata kt sana best.xtau padia.
hoi pemalu! saya pon akan turun ke JB jugak. jom jimba2
jimba lagi?????????????
kroih~ kroihhhh
tiduq lagi best!
semoga berbahgia hendaknye
aku yg vote camtaek kat atas tu. kakakakaa..
Post a Comment