salam…
sebenarnya saya
sedang serabut ni. semalam team leader iaitu lija mewar-warkan bahwa kami kena
pindah ke Annexe di Bangsar.
pada mulanya, saya
ingat saya sorang saja kena tinggal di Kelana Jaya. Kemain beriya-iya saya dan
Tamara membuat drama swasta. Kononnya sangat sedih tak dapat membuat aktiviti
liar dan mengular ketika opiz hour. Lepas ni tak adalah lagi karok di giant.
Dan saya akan kembali menjadi si bisu dan si katakbawahtempurung. Tetiba saya
terkenang bagaimana saya mula-mula masuk di opiz. Menjadi sangat pendiam dan
amat jarang keluar breakfast, hatta lunch sekali pown.
Mungkin rakan
sebelah saya yg bisu itu pown tak macam saya. Oh, masa saya mula-mula masuk,
memang ada encik bisu bekerja di sini. Saya kagum dengan encik itu. Pernah dia
tanya saya sesuatu melalui pen dan kertas. Entah jadah hapa entah saya juga
reply menggunakan pen dan kertas. Padahal dia bisu, tapi saya tak pasti pula
dia pekak atau tak. Encik itu muda tau tapi mungkin tua sedikit dari saya, rupa
pown boleh tahan…tapi sayang…
Aunty kata kawan
dia satu university dengan encik itu. Hebak kan!
Setelah berdrama
swasta dengan Tamara bajetmacamtakdapatberjumpalagidannyaris-nyarismahumenangis
barulah dia kata, kami semua yang harus pindah. Termasuk saya. Oke, drama
swasta dah habis!
…
Pertama kali
terdengar mahu pindah ke annexe, saya rasa semacam seronok. Maklum sajalah,
saya pernah praktikal di sana dulu. Memang seronok walaupun saya
breakfast+lunch seorang diri!**jenis malas bersosial memang cenggini! -.-”
Annexe bg saya
seronok salah satu sebab ianya bersebelahan saja dengan Menara TM. Bila sebut
Menara, ianya sangat urban tahu! Memula saya agak jakun melihat lifnya yang
dabel decker, siap ada monitor lagi. **itu belum kira dapat tengok anak-anak
Dato membawa kereta mewah!Oke saya tipu, saya belum nampak anak Dato lagi. Tapi
kawan saya cakap, mereka sangat humble! Tamara boleh lah try ngorat dia macam
ni.
Selain itu, makan
kat food court Menara best!Banyak option!Kalau mahu yang agak murah, kat tepi
sungai pown ada. Kalau takut ketiak basah, boleh makan di café bawah Annexe.
Roti jala dia sangat sedap!Gosh, saya sudah terliur-liur demi teringatkan
makanan di sana.
Itu belum kira lagi
ianya SANGAT HAMPIR DENGAN MID VALLEY! Anda faham apa yang ingin saya
perkatakan? Lepas ni kami dengan sombongnya sudah tak pandang lagi Giant Kelana
Jaya. Mid dan Garden sudah ada depan mata. Meronggeng saja di situ. Silap-silap,
setiap citer baru kuar, kami berjemaah mahu balik awal bagi alasan piyed pain
kat Manager. Tak termasuk kalau hari Jumaat lagi. Wah!lol
…
Benda yang tak best
pula. saya sudahlah menjadi driver kepada aunty dan abang. Perlu ke Hartamas
atau ke Kelana Jaya baru boleh ke Bangsar.**aunty stay di KJ.
Dan lagi benda tak
bestnya adalah, parking. Dengar kata parking di sana HANYA RM8 SEHARI! Giler ke
hapa? Bayangkan kalau hari bekerja 20hari! RM160 SAHAJA untuk parking! Kalau
mahu parking percuma, harus masuk sebelom pukul 7.30 pagi. Bayangkan saya perlu
berkejar-kejar ke Kelana Jaya dan Ke Hartamas baru ke Bangsar! Pukul berapa
saya perlu keluar rumah ni? Ingat saya duduk di Pantai Dalam ke? Cheras oke,
Cheras!
Sudahlah di sana
kami ada punch kad! Oh, di KJ kami tiada punch kad. Sangat heaven tahu. Tapi
bila macam ni, saya sangat serabut sebab perlu bekejar dan sebagainya.Penin!
p/s :: Maaf, jika anda terbaca entry camtaek ini.Tapi saya sangat penin! T.T
12 comments:
padan muka hang - kataku dengan nada simpati..
rye :: -.-" mencikk!!
kahkahkah!
padan muka kau!!! lepas ni dah ada punch card!
kahkahkah
eszol camtaek!!!!mencikkk!!!!!!!!!!
8 hengget? Kalau lunch kenyang sampai malam..
woopz :: ye.sgt MURAH kan!apsal mereka xletak RM10 saja!**emo!
tula, ksian korg....alpi nnt kalau betul jadi pindah, discuss la dlu ngan aunty cmne....kita baca pon jadi stress gak....huhu...
ok fine dah lama tak masuk sini.
mana header lama?
hahahaha! padan muka kauuu kene pindah!! eh??
hue hue hue dah tak ada nak berlagak brekfes mcD pukul 9 pagi.
160 hinggit, belanja aku tiap2 bulan pon lepas..
keluar rumah lepas sembahyang subuh. haha
Post a Comment