salam…
dan terimalah
sambungannya
Asamaradanta 02
…
Sudah tiga hari
Zurina tidak hadir ke pejabat. Mungkin masih malu dengan gwa. Gwa merenung gigi
yg telah gwa simpankan khas di dalam kotak yg berisi air.
Bila gwa rindukan
Zurina, gwa usha gigi palsunya ibarat gwa merenung Zurina. Kadang-kadang gwa
dapat rasa seperti dia merenung manja lalu tersenyum dengan gwa.
‘Ah, gwa hampir
gila!Gwa mesti jumpa dia, dia pasti memerlukannya.’
Gwa ingin berjumpa
face-to-face serta memulangkan giginya.
…
Akhirnya gwa
berjaya mendapatkan alamat hasil memeras ugut dan merasuah Mia, kawan baik
Zurina dengan breakfast Mc Muffin with Egg ditambah pula dengan hashbrown.Dua kali juga Mia
tambah kopi siap ditapaunya balik ke ofis.Apasal kaum perempuan ni klo melantak
tak ingat?Badan cenggitu jugak kurus keringnya!Nasib gwa bukan
balak dia, kalau tak botaklah rambut gwa yg baru panjang ni!
Penuh liku jugak
pencarian alamat Zurina ni.Itu belum lagi gwa terpaksa menepis godaan dan
ngoratan Janda Esah yg duduknya di depan tempat duduk Zurina.Pantang sungguh
melihat gwa pasti dipanggilnya gwa ni abang Mawi berambut sambil bermain mata
dengan gwa.
Gwa kegelian dan
hampir termuntah!Ikutkan hati mahu saja gwa berlari ke toilet menghamburkan
segala isi perut. Namun disebabkan sifat kemanusiaan gwa yg menebal,
gwa sanggup menelan
muntah muntah semula dan senyum tipis bersedeqah padanya menurut Islam. Sebagai
lelaki idaman Malaya, gwa kena gentle, tak baik sakiti hati perempuan!
…
Gwa merenung rumah
seperti alamat yg diberi Mia.
Kata Mia, beberapa
minggu yg lepas Zurina berasa tak sedap hati. Sepulangnya dari ofis dia
mengikut kawan serumahnya membeli barang menaiki motor kerana ingin cepat.
Malang yg tak
berbau, mereka kemalangan dengan sebuah kereta. Kawannya tidak apa-apa hanya
luka sedikit.
Zurina lebih teruk sedikit kerana dua gigi depannya
patah dan koyak bahagian lututnya.
Kemalangan tersebut
menyebabkan Zurina malu hendak keluar rumah dan terpaksa menempah gigi palsu
tapi gigi palsu mengambil masa seminggu untuk siap. Itulah sebab mengapa Zurina bercuti selama dua
minggu dan tak mahu orang lain tahu dia terlibat dalam kemalangan.
…
Gwa memegang erat
paper bag dan menekan loceng. Seorang perempuan keluar membuka pagar tapi bukan
Zurina. Gwa bertanya tentang Zurina kemudianminah tadi masuk
kembali dan memanggil Zurina barangkali. Gwa cuba melihat plat nombor rumah yg
terlekat di pagar dan melirik secebis kertas beralamat Zurina.
Tiba-tiba kelibat
Zurina berada di depan gwa. Sebaik gwa mengangkat wajah, Zurina terkejut dan
berpaling.Sebagai lelaki
gentle, gwa menarik tangannya dan badan Zurina berpusing dan berada didakapan
gwa. Mata kami bertentangan.
Namun, itu hanyalah
khayalan gwa saja. Gwa tak sempat sebenarnya nak tarik tangan dia, takkan nak
tarik rambut pulak?
“Tunggu dulu!” panggil
gwa separuh terjerit.
Kaki Zurina terhenti.Namun
wajahnya masih lagi membelakangi gwa.
“I tahu, U malu
dengan I pasal tempoh hari dan I juga dah tahu pasal U terlibat dengan
excident.”gwa berhenti seketika mecerna ayat.
“I sukakan U, bukan
sebab gigi U atau jasad U semata!Kalau U tak ada gigi langsung pown tak apa, I
tak kesah semua tu!Tak ada manusia yg sempurna di dunia ni.Andai ditakdirkan
kita bersama, I tetap akan sayangkan U seadanya hingga keakhir hayat I.” gwa
cuba melangkah mendekati Zurinatapi gwa tahu dia
pasti malu untuk melihat wajah tampan gwa.
“Nah, ambillah barang U yg tertinggal hari tu.
I dah luahkan apa yg perlu.” Gwa memegang tangannyakemudian memberi Zurina
paper bag yg gwa bawa.
“Selamat malam.”bisik
gwa dekat dengan telinganya.
Harum shampoo bawang yg dipakai Zurina memang
membuat jiwa gwa bergelora. Gwa berjalan lalu
menoleh dan Zurina masih seperti tadi. Mungkin terpana dengan suara gwa yg
romantis.
…
Zurina duduk di
birai katil kemudian membelek paper bag pemberian Aisa. Sebuah bekas berisi
gigi palsunya yg direndam dalam air. Kemudian ada lagi
kotak panjang berbalut dan sekeping kad yg ditampal pada kotak tersebut.
‘Terimlah pemberian
I yang tak seberapa ni. Mungkin ianya hanya mampu melekat sementara, tapi tidak
hati I pada U. Ia akan terus melekat.
p/s :: I tetap akan
menanti jawapan yang U janjikan.
Aisa…013-2812011’
Lantas Zurina
mengoyak kotak yg berbalut dengan rakus. Dia terkejut terpandangkan isi kotak
itu
‘Polident Denture
Adhesive Cream’ - *digunakan untuk melekatkan gigi palsu dengan lelangit agar
tak mudah tertanggal*
Zurina tersenyum
dan ketawa tanpa tertahan
“Sengal!!!Camtaek!”
terpacul ayat itu sedikit berangin dari mulut Zurina kerana angin keluar dari
giginya yang rongak didepan.
Dicapainya telefon
bimbit lalu mendail nombor dari kad tadi.
Tutt.*sekali dering*
Zurina meletak
kembali telefon bimbitnya. Dia tak bersedia dan tak tahu apa yg ingin
diperkatakan…
Tutt tut.*mesej
masuk*
‘Zurina, ye?’ gwa
memulakan mesej.
‘Eh, mana tahu?’
tanya Zurina.
‘I guna psikik-lah’
sengaja gwa melawak.
‘Eleh, konon…btw,
thanks’ jawabnya.
‘Nape?’ sengaja gwa
bertanya.
‘Semuanya!’
‘Ok. Hurm…thanks
je?’ reply gwa mula menjual minyak.
-Sekian-
…
p/s :: Cerita ini
adalah imaginasi terlampau ei semata-mata.
Sebelum cerpen ini semakin spoil, ei
tamatkan di sini.
p/s to Linglung ::
Sorry, nama Zurina terlalu cantek dan mungkin lebih padan digandingkan dengan
Aisa berbanding Linglung.