1.17.2011

Baju Kurung, Tudung != Songkok


salam…


baju kurung…

pabila terlihat ana raffali dengan slumber nyer memakai baju kurung untuk semua performance-nyer…timbul rasa kagum



kagum kerana dia tidak malu berbaju kurung untuk di atas pentas sedang artis lain berbaju sendat, atau blink-blink yang menyilaukan pandangan,tampak glamour dan di tempah pula dengan designer yang tersohor  dan sebagainya.


tapi, dia hanya memilih baju kurung!


simple, sweet dan ayu!

ah, mungkin sangat serasi baju kurung itu dengan bakal cikgu seperti ana raffali…





teringat masa ei belajar, ei terasa malu sangat nk pergi mall dengan berbaju kurung.
Asal nak hang out dengan member masa hari isnin*isnin berpakaian formal* jadi, pasti akan bawa sepersalinan jeans dan t-shirt.


Seingat ei, ei pernah berbaju kurung pergi Times Square dengan puRpLe. Rasa pelik bergaul malu sangat!


owh, mungkin masa hari raya tak dikira, oke. Sebab orang tak ada kampong memang macam ni.
 Beraya di mall!Memang rasa camtaek sangat!!!*sila jangan tanya lagi!


berbalik kepada baju kurung…yup, sesiapa yg memakainya pasti tampak manis, sopan dan ayu. KEBANYAKKAN, yup, kebanyakkan*bermakna bukan semua* lelaki memang akan pilih bakal isteri begitulah, tak kira mat rempit, mat ganja…tapi untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak mereka, pastilah yg terbaik yg dipilih. Yang lain? Hanyalah perhiasan dunia…



hey perempuan, pahitkan?!

ei juga perempuan…dan itulah yg sering keluar dari mulut seorang lelaki…


Mereka asyik mengkritik tentang perempuan dan tudung…tinggalkan sebentar…
ei juga tak layak untuk berdebat tentang isu itu…

semua pun tahu

pemakaian tudung adalah satu ibadah yg wajib untuk perempuan…
biarlah ianya ikhlas kerana Dia…
Islam itu mudah, dan tiada paksaan…kita diberi pilihan dan kitalah yg memilihnya…
mudah, bukan?!


disebalik sikap si pemakai tudung pula, tidak perlulah dicanang segala kekejiannya, sedang diri ei sendiri pown mungkin lebih keji dari mereka yang tidak berhijab…

siapa tahu?
benarlah kata pepatah…

hama diseberang lautan, kita dapat lihat dengan jelas menggunakan teleskop tapi gajah yang sebesar-besar alam di depan mata pown kita tak boleh nampak!




Bagaimana pula dengan songkok?



Tiba-tiba ada seorang mamat ni tanya…

“Songkok tu untuk apa?”

Soalan yang kelakar bukan?!soalan itu seperti anak kecil…

 Tapi cuba berfikir…yang sebenarnya songkok itu apa fungsinya?

Apakah ianya seperti hijab wanita? Atau ianya menjadi lambang simbolik semata


“Hey, aku Islam!”

dan ei ingin ketawa…




paderi di church itu juga memakai kupiah…apakah mereka islam?*abaikan dia mencium kaki...apa yg ei nak tunjuk adalah kopiah yg dipakainya

**kedit kt gugel...


jadi songkok itu untuk apa?

INI HANYALAH PENDAPAT ei SENDIRI…

seandainya disebalik sehelai kain yang menjadi hijab yang menutup auratnya… ianya bukan hanya sehelai kain semata…tapi ia turut wujud dengan satu tanggungjawab yg agak berat… 

di mana, pabila wanita itu bertudung maka akan diperkatakan molek peribadinya… di samping ianya juga menjadi teladan buat yg lain…secara tak langsung ianya seperti kita berdakwah!*hey, aku curik pendapat kak raina!*

nah, bagi ei itulah persamaan antara tudung dan songkok…

perlu ke ei explain kan lagi?


kalian*lelaki* bukankah mempunyai akal 9 kali lebih cerdik dari perempuan…

jangan tunjukkan akal yang lebih rendah dari seorang kanak-kanak yang belum mumaiyiz

kalau tak suka wanita bertudung yang perangai camtaek…jadi, kalian yang bersongkok jangan pula jadi pentaek!




p/s :: maaf, pengetahuan ei masih sedikit…kalau salah…sila tunjukkan…bukan melatam…
agama kita tidak ajar sebegitu, kan?

18 comments:

elmoluya said...

i like ana raffali.

member cite dia ni bukan orang senang. selalu jual kuih kat area rumah dia. sama macam siti masa kecik² dulu. tengok, siti pun tak dedah sangat aurat dia. apa² pun kembali kepada diri sendiri kan?

i tak suka pakai baju kurung sebab baju kurung mak buat besar gila sampai menggelebeh mencuci lantai. lepas tu berpeluh sampai transparent. lepas ni nak beli baju kurung cotton. mudah. thee~

platipus said...

tempat aku belaja..outing pakai bju kurung tau..baik kan kan kan

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

btoi la..klu dulu kakD nk pakai bj kurung cukup2 mls...entah knapa..tapi skg dah ok dah...sbb nya itu lah pakaian utk keofis...

diana said...

sebenarnye ustaz akak kata,
istilah tiada paksaan itu cuma untuk orang bukan islam yang ingin memeluk islam..
tak de kena mengena dengan tudung kepala..
aurat itu wajib di tutup..
wajib makannye mesti tutup.ikhlas ke,tak ikhlas ke mesti tutup.:)

cikpepel said...

aku takde hal ngn bju kurung..layan je g tgk wyg pn pkai bju kurung...hihi...

da namanya cigu.... stakat hari2 pkai bju kurung...biasa aje,,

Lya Colours said...

saya plak 85% dalam wardrobe adalah baju kurung. baju kurung senang dan selesa la pakai. jeans ke shirt ke kurang la. sbb p keje mmg pakai baju kurung. apa2 function baju kurung. pakai seluar if melepak2 dgn member je la

maCy said...

i loike. eh bdw macy bwu tau die pki bju kurng slme ni. he bdw macy bwu knl ana raffali. kah2 ;D

Linglung said...

kalau gua ni perempuan, gua pun rasa syok nak pakai baju kurung bila tgk stail ana rafali.
tapi gua lelaki, dan gua hanya pakai kopiah dan songkok bila nak mengadap tuhan dan ke mesjid.

mmg gua nak cari bini baik, xmau yg jahat-jahat. heee :)

eiffel said...

@elmoluya :: yup betul tuh...slalu rasa cm rimas je kai ju kurung..tp kini tidak lagi xD

eiffel said...

@platipus :: wah!slumber!!!

eiffel said...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ :: hahahahaa..itu lar pasal!

eiffel said...

@diana :: haish, cm tuh rupanya...

eiffel said...

@cikpepel :: wah!slumber!bagus!!!

btw, ana raffali xsempat pown jd cikgu...cuma cita2 nya dlu...

eiffel said...

@Lya Colours :: hoho..tp ada x jenjalan ngan kawan wearing baju kurung?

eiffel said...

@maCy :: hahaa..kte pown..!

eiffel said...

@Linglung :: hahahahaaa..mende tipikal untk laki xD

maiMOONyet said...

nanti aku igt nk pakai kebaya nyonya ler. camtaek je kan, awek? xD

eiffel said...

@maiMOONyet :: apsal plak?cun apa kebaya nyonya!