1.28.2011

Asmaradanta 01


salam…

*sambungan dari entry ‘Asmaradanta’ – Karya Linglung

‘Lagi seminggu?’
“Kalau macam tu, I belanja U brekpez tuh pown minggu depan jugaklah.” kata gwa nakal. sengaja ingin menduga reaksinya
“Hah?Macam tu pulak?” tanya Zurina kembali sambil tersenyum.
“Macam tu lah. Kalau U nak cepat. U kenalah bagi jawapannya secepat yg mungkin” gwa cuba tawar-menawar.

“Gelojohnya!” terpacul ayat itu dari Zurina. Komen yg gwa tak sangka-sangka.
“Eh, mana ada. Kira fair and square-lah tu.” Gwa cuba berdalih.
“Dalam dunia sekarang ni, ada lagi ke perkataan adil tu, cik abang oi?” tanya Zurina sambil melemparkan senyuman yg manis.


‘Cik abang?’ah, hati gwa sudah berbunga-bunga kembang dan harum mewangi. Jangan ditanya macam mana lebarnya senyuman gwa.sehingga tulang pipi gwa naik sengal dek galak sangat tersenyum pada wajah yg manis di depan mata gwa.

“Aisa?” panggil Zurina ketika sampai di pantry.
“Hah?”
“Mengelamun pulak!” tegurnya masih lagi tersenyum.Kami memilih tempat duduk yg kurang pelanggan.
“Tak adalah. I gurau je tadi. Tak apalah, U nak brekpez roti naan dua belas keping pown tak jadi hal.”
“Iye ker?” tanya Zurina

‘Wah, panggil abang terus dapat dua belas keping roti naan. Tuh belum panggil sayang lagi. Matik gwa!’

“Kalau macam tu. Bolehlah. Nak naan cheese with ayam tandoori dua belas, ye!”
“Hah??!!!” tanya gwa sedikit terkejut.

‘Ini melantak ke apa perempuan ni?’

“Lar. Tadi kata boleh” tanya Zurina serius.

‘Matik!Gaji gwa tak dapat lagi ni. Sudahlah kereta buat hal!Musibat betul!’

“Eh, mestilah boleh!” laju pulak mulut ni menjawab.
Tiba-tiba Zurina tersenyum lalu menutup mulutnya menahan tawa. Seronok mempermain gwa.
‘Musibat betul.’ macam manalah muka gwa tadi sampai beriya-iya benar dia ketawa. Gwa hanya mampu tersenyum sumbing.

‘Lagi seminggu?Sabarlah, wahai hati.’


“Hai, pagi lagi dah termenung?” gwa menyapa. Rindu menatap wajah yg manis itu. Hampir dua minggu gwa tak nampak dia.
“Haih, tak adalah” jawabnya cuba untuk meng-cover.
“U kemana sepanjang dua minggu ni?” tanya gwa.
“Owh, I pergi holiday.”
“I tak tahu pown.” tanya gwa serius.
“Er…?”Zurina membuat muka blur.

‘Alamak! Gwa ter-emo.’
Dan gwa dapat membaca hatinya berkata.
‘U siapa, nak I mintak kebenaran bagai.’

“U dah breakfast?” tanya gwa sambil sedeqah padanya senyuman yg gwa rasa paling manis.

‘Nak cover dan memujuk haruslah dengan yg manis-manis.’
disamping dalam hati gwa cuba nak remind-kan dia tentang janji manisnya.

“Hurm…”
“I belanja?”
“Sure!” jawab Zurina.

‘Haih, laju jerk bila gwa kata belanja!’


Di cafe, Zurina memesan bakso dan teh bunga kurang manis manakala gwa hanyalah menjamah teh tarik berserta kuih seri muka dan karipap kentang
Hanya memandang wajah perempuan itu, sudah mengenyangkan bagi gwa.

“U makan tu, jer?” tanya Zurina.
“Yup!I tengok U pun dah kenyang tau.” gwa cuba berseloroh.
“Kalau macam ni, seganlah I nak makan.”
“Apa pulak? I kan ada amik kuih ni.”
“Tapi tak samalah.”

Gwa memandangnya tepat ke wajah yg sedang khusyuk menjamah bebola daging.
Entah macam mana tiba-tiba gwa ternampak sesuatu terjatuh ke dalam baksonya!

“Eh, apa benda tu?” tanya gwa kehairanan. Zurina membelek dan mencari ‘benda’ yg gwa sebutkan. Setelah beberapa saat,
gwa mengambil sudunya dalam membantu mencari ‘benda’ tersebut.
“Eh?!Ini macam…” gwa makin kehairanan.
“Eh?” Zurina tercengang, mulutnya ternganga menampakkan giginya yg rongak. Gwa memandang tepat ke wajah Zurina dan mata kami bertentangan.
Alangkah terkejutnya gwa melihat gigi depannya tiada!

Semerta mukanya berubah kemerah-merahan dan terus menekup mulutnya.
Dengan pantas dia berdiri dan tangannya meragut dompetnya dan telefon bimbitnya.
Dia berjalan dengan pantas tanpa mempedulikan gwa berserta gigi palsunya yg tertinggal di dalam baksonya.

Gwa terpana seketika dan membiarkan dia berlalu pergi.

‘Patutlah giginya asmaradanta!Palsu rupanya…’

 Kemudian gwa merenung gigi yg terapung itu.

‘Pasti dia malu yg teramat. Biarlah dia tenang seketika.’

Gwa cedok gigi itu dan membalutnya dengan tisu lalunya menyimpannya walau dalam hati berasa sedikit geli.


8 comments:

Linglung said...

perghh! dramatik betul..part ada nama Aisa tu gua takleh blah..tak pernah zaman nama tu muncul dalam dunia blog..ciss!!

bila nak sambung ni? lu bukan ada keje pon..perabih letrek company je main twitter pagi2..

eiffel said...

@Linglung :: byaahahaaaa...lu tunggu saja..gwa ngah buatlah ni..

eceecee..lu nk ckp lu kan sbnrnya xP

shahirahkhairudin said...

kih kih kih *ketawa sopan-sopan kaver gigi*

tukang karut yang berjaya.. adalah besh ini cerita..

eiffel said...

@shahirahkhairudin :: pakai gg palsu larh tuh! lol

Catherine- said...

wahhhhhh~ sadissss....

jap jap~

perut aku ada rama2 terbang!

zurina

cantik nama itu...ciss!

eiffel said...

@Catherine- :: apsal ada rerama? xP

nama zurina memg cantek tapi....gwa tlh men-spoil-kannnya lol

z.u.h.a.s.l.i.n.d.a. said...

nice story la .. cepat sikit sambung tu .. tak sabar dah ni .. =D

eiffel said...

@z.u.h.a.s.l.i.n.d.a. :: dah release pown xP