8.30.2010

~Cenderahati~

 Salam...

Sedang menonton drama dottie... marsha londoh yang sedang berduka-lara…



Tetiba ei terpandangkan beagle yang dipakai marsha ditangan kanannya, mengingatkan ei kepada satu peristiwa…




#####



Masa :: zaman skola…


Taun :: dalam 2004 bersamaan form 4…


Event :: majlis penutupan program homestay yang dianjurkan pihak skola dan juga kerajaan negeri 9…


Program homestay adalah salah satu program yang ei sempat join masa zaman skola.  Setiap pelajar akan ditetapkan tempat tinggal bersama keluarga angkat sepanjang berada di situ. Selain skola ei yang terlibat, ada dua buah skola lagi yang join bg menjayakan program tersebut.


Ketika nak menamatkan program tersebut, biasalah, mestilah ada adegan sedih-sedih. Konon tak boleh nk berpisahlah, apela. Lepas tuh, ada gak pelajar yang bagi cenderahati kat ibu bapa angkat memasing, ei pown ada  bg gk.. =P


Masa nak beratur masuk kt grop memasing, ei nampak  ramai gak yg membawa barang-barang cenderahati dari keluarga angkat mereka. Antaranya, klo family angkat dorang stok yang ada kebun, dorang dapat la bawak pisang barang setandan dua…dan memacam buah yang laen. ei tengok dah macam memborong apa dah dorang ni. Bukan takat buah, memacam lagi, tapi ei tak berapa nak ingat sangat.


Tetiba ei ternampak kawan ei memakai gelang yang macam pearl. hurm, gelang la tuh kot. ei malas nak amek port sangat.


Dah abis dengar ceramah smua, (dari tadi tak abis-abis ceramah, bersurai taknyer!!! -.-” )


Kawan-kawan sebelah ei dok sibuk tanya, apa family angkt dorang bagi la, apela.ei pown gedik-gedikla tanya, kawan sebelah.


“Wey, parent angkat ko bg apa???”


“Ni…” jawab Peanut sambil menunjukkan sesuatu dipergelangan tangannya. (Peanut bukan nama sebenar)



ei hanya memandang gelang yang dililit sebanyak beberapa kali yang berkaler hijau  yang tak berapa nk pearl. Mungkin dlilit beberapa kali sebab tangannya agak halus atau gelang tuh yg besar giler. Lalu ei tenung lagi dendalam. Ada untaian benang dihujungnya.


‘Asal aku tengok semacam jerk. Macam bapak aku punya tasbih jerk…’ bisik aty kecil ei.

“Ini macam tasbih jerk,” jawab ei sopan-sopan takut tersalah.


“Yup. Memang tasbih pown.” Kata Peanut.


ei tercengang sambil mengangkat kening kanan (style ei bila ngah jakun). Sambil mula menggaru pale yang tidak gatal.


“Mesti dorang soh ko insap kann...” pesan ei kepada Peanut.

~Teleblogger :: Angan 02 ~


Kesinambungan dari TB : Angan 




Kawaii eiffel mempersembahkan...





:: Teleblogger : Angan 02 ::


Sara melentokkan kepalanya di bahu Akim. Manakala Akim memeluk pinggang Sara. Sungguh Sara gembira dapat bersama dengan yang tersayang. Mereka duduk di pohon beringin yang besar.  Menghadap tasik buatan yg sedikit berbau hanyir kerana tidak terjaga. Mungkin baunya ada seperti Tasik Titiwangsa di suatu ketika dulu sebelum ianya menjadi tarikan pelancong atau Sungai Gombak yang keruh seperti teh tarik.




Sara tau tentang itu kerana dia pernah pergi ke sana suatu ketika dia datang ke Kuala Lumpur bersama rakan-rakannya. Ketika mereka di Titiwangsa, mereka pernah ternampak bangkai anjing di dalam kolam tersebut. Pada mulanya dia sangkakan ianya batu. Tapi bila mereka jolok menggunakan kayu, terkejut mereka pabila terlihatkan bangkai seekor anjing yang terapung-apung. Terus mereka terasa nak loya. Padanlah tasik itu berbau. Selain itu, dia juga ada terdengarkan banyak tentang kisah seram di Titiwangsa.







Angin bertiup lembut, selembut hembusan bayu. Namun masih ada daun yang berguguran walaupun angin hanya berbisik perlahan. Mungkin sudah tiba masa untuk daun itu gugur lalu jatuh ke tanah. Sara dan Akim duduk berdua menghabiskan masa bersama. Tanpa masalah. Lagaknya seperti orang muda yang sedang hangat bercinta.  Langit yang cerah. Awan yang berbentuk seperti ‘hati’ kelihatan berarak mendekati mereka. Sungguh romantis. Sara terasa bahagia. Ingin sahaja dia begini selamanya.



#####



“Sara, abang nak duit.” sapa Akim yang muncul entah dari mana.



Tersedar Sara dari lamunannya.



“Sara tak ada duitlah bang,” jawab Sara perlahan.




“Ko jangan nak menipu aku!!!” suara Akim betukar menjadi tegang. Marah betul dia. Dia mintak elok-elok, sikit pun isterinya tak peduli. Dia mula masuk ke dalam bilik. Sara kemudian membontoti suaminya untuk menghalang perbuatan rakus suaminya. Akim menyelongkar almari baju. Mencari beg tangan dan ‘purse’ isterinya. Habis kesemua baju yang berlipat tersusun kemas tinggi itu bersepah bagai dilanda badai.  




Sara baru tiba di biliknya, dia nampak Akim sedang mencari sesuatu. Dia tahu apa yang Akim sedang cari. Sara meraba-raba dicelah pakaian yang ‘roboh’ seolah-olah mengikut tindak-tanduk suaminya. Mereka menyelak satu-persatu pakaian yang besepah. Seolah-olah sedang berada dalam pertandingan mencari harta karun di dalam pakaian.  Kemudian, Sara ternampak barang yang dicarinya. Pantas dia mencapai, namun perbuatannya itu disedari oleh Akim.



“Betullah bang. Sara tak ada duit. Kalau ada pun, cukup-cukup jer untuk bulan ni.” jawab Sara cuba untuk memujuk suaminya.



“Bak sini!!!” jerkah Akim.


“Tak boleh bang.” Sara menjawab perlahan.



“Bak sini aku cakap!!!” jerit Akim lagi.


“Tak boleh bang, tolong lah.” rayu Sara.



“Aku cakap bak sini!!! Apa yang kau tak paham, hah???”, jerit Akim dengan nada yang lebih lantang. Terkeluar semua urat-urat dileher Akim.


Akim terus merampas ‘purse’ Sara. Sara ingin merebut kembali ‘purse’ nya itu. Namun ditolaknya Sara ke sisi, Sara terjatuh dan hampir kepala Sara mengenai penjuru katil. Tergesa-gesa dia membuka dan melihat isinya. Hanya ada beberapa keping not RM10. Dikautnya, lalu disumbatkan ke dalam poket jeansnya.Sara hanya mampu memandang ‘purse’nya yang seolah-olah telah 'dirogol' akan isinya. Lalu Sara bertindak menghalang Akim keluar dari rumah itu.



 “Tepilah!!!” tengking Akim lalu  menolak tubuh isterinya. Kali ini lebih kuat. Sekali lagi Sara terjatuh.



bersambung…

8.26.2010

~SeLaMaT HaRi TuA~


salam…


di ari ni, ei nak amek kesempatan…nak wish hepy bufday kat abang ei…er…ini abang betul-betul punya tau, bukan abang angkat atau abang nak buat laki…ini abang satu emak, satu ayah…
(ei tak derk mak atau ayah laen…harap makloman)



hari ni bertambah setaun lagi umor dia…moga-moga dia panjang umo, murah rezqi…dan bergembiralah di jb…dan ei gak berdoa supaya dia tak mati kemurungan di sana…
*aik...asal lak tak mati kemurungan???*



tak derk sebab, ari tuh dia gedik-gedik tak nak pegi jb tolong bisnez mak ei, tp ei yang pujuk…dan bermacam-macam alaasan yang dia bagi…antara ayat sedey nak mati dia tuh



“Aku tak nak dok sana lah…hati aku tak derk kat sana…” lepas tuh, dia cakap lagi…


“Lepas sebulan aku dok jb t aku jadi gila…ko suka abang kesayangan ko ni jadi gila???Lepas tuh masuk hospital orang gila.”


“Tak perlah, jb dekat jerk ngan Hospital Tampoi,” gurau ei yang bagaikan nasihat.


“Owh, ko sukalah ea!!!” teka abang cam nak majok.heheehe



“Lepas dua tiga bulan plak, t aku mati kemurungan”  alasan dia dengan nada sedih.
(konon mintak simpati…huhuhu)



Namun, setelah dipujuk-pujuk maka abang ei pown pegi…sekarang ni rasanya da tiga bulan kot.Dia begitu siyus menolong emak. Hurm...baguslah.



~katanya, muka dia ada iras2 kimutaku…~




~real kimutaku...~



owh...korang sila jangan admit...oke... itu adalah picca dia ketika muda dalam 3taun yg lepas...
owh, korang pown jangan nak gedik-gedik kata rupa kami serupa seperti kembar, atau bagaikan diphotostat...dan sewaktu dengannyer...
blasah jap g!!!









'ketua'-an dia sangat terserlah bukann...ngeh ngeh...




pesanan untuk abg dd...(klo dia bca r) :: oit org tuaa...hepy bufday yg ke-26...adiah???ala, ko kan da tua...orang tua mna ada adiah...t klo nak balek kl, roger2 la aku, aku nak soh ko potong rambut ne, style korea yg baru punya...mesti comel adik mu ini =D

Enhanced by Zemanta

8.24.2010

Fashionistar



salam…

dalam dok layan tak derk mood…

tetiba ei terbukak balek emel ni…da dekat lapan kali ei tengok pown, ei rasa nk gelak gulin-gulin…

korang usha-usha la fesyen neh yg bajet vogue…
ley wat design tok baju rayer…ngeeeee :P


sebelom tuh...mana pice yg kecik2 tuh, korang klik la ea...kasik besar skit...
senang korang membahan...eh silap...senang korang pilih tok buat baju raya... =P













































~baju sampai tumbuh cendawan~









~member ei cakap, paling tak ley blah…ada bra di atas pale laki itu…~























p/s :: Klo korang model ini, korang rela ker berfesyen sebegini???
Enhanced by Zemanta

8.23.2010

Antara Konspirasi Dan Ketelusan...


salam…


ei nak tanya pendapat korang…


ei pown sebenarnya tak berapa nak paham sangat…sebab ei hanya diberi sedikit info sahaja…


Hey, ini bukan tipu-tipu tau…bukan cerpen atau novel yg indah untuk korang tunggu-tunggu penamatnya.

Ini betol-betol punya yg sedang berlaku…
*sila baca dengan dahi berkerut*

Mula serius...

katakanlah…korang ada kawan…kita namakan dia dengan AB (bukan nama sebenar) la ea…senang skit nk citer



#####



AB nih dia bekerja dalam bidang penghantaran…ala macam posmen, mat dispatch smua tuh…



Jadi, keje dia mestilah menghantar barang kan…dalam dia menghantar barang…Satu ari, ada kawan satu tempat keja dia kena tangkap…sebab disyaki mencuri barang company…bukan company dia sendiri tapi mungkin company penerima barang tersebut.



Kini…kawan AB telah dilepaskan...dan pihak polis sedang mencari AB, kerana dia disyaki menjadi dalang dalam kecurian... dan waran tangkap telah dikeluarkan. Pihak polis mencari AB dirumah, pada ketika itu AB belum pulang dari kerja. Kesnya itu telah menjadi bualan hangat dikawasan kejiranannya.



Setelah dia pulang, dia dihalang pulang ke rumah oleh kawan sekerjanya yg tinggal berdekatan dengan rumahnya.



AB yang tidak mengerti apa-apa, ingin menyerah diri di balai polis kerana dia berasa yakin yg dia tidak bersalah.Jadi, untuk apa dia berasa takut. Tetapi, kesemua kawan-kawannya menghalang dan dia telah dimomokkan bahawa polis Mesia ini amat kejam.



Kata kawan-kawannya, sekarang polis da dapat bukti, bahawa AB yg bersalah, dan AB pula tiada bukti dan alibi yg dapat memastikan dia tidak bersalah. Jadi sekiranya AB menyerah diri, sudah pasti dia akan dipaksa untuk mengaku salah walaupun AB tidak bersalah. Klo AB masih berdegil dan tidak mengaku pihak polis pasti akan menggunakan kekerasan…apalagi, sudah tentulah AB  akan dibelasah sehingga mengaku…betol tak???



Mungkin sehari dua korang bolehlah bertahan dengan pukulan kejam encik polis, tapi klo da setiap hari korang dibelasah, siapa akan tahan. Betul tak??? Pastilah korang akan mengaku dalam terpaksa.



Itulah yg diperkatakan oleh kawan-kawan AB. Sekaligus membuatkan AB membatalkan niat menyerah diri lalu dia terpaksa meninggalkan umah sewanya dan menjadi seperti pelarian.



Hal ini begitu kecoh, mana taknyer…dah kes polis…sehinggakan bos AB dan keluarganya di kampong dapat tau.



Tetapi, bos AB percayakan AB dan bosnya juga yakin dan pasti bahawa AB tidak terlibat langsung dalam kes kecurian tersebut…Hal ini kerana, selama AB bekerja bos dia tidak mendapat sebarang masalah...dan pelanggan mereka juga tidak pernah complain tentang kerja AB. Jadi, bos AB pun melantik seorang peguam.


Dalam masa yg sama kawan sekerja AB yg pernah terhutang budi dengan AB, telah menjumpai AB lantas mengajak AB untuk menetap dirumah companynya (sekarang kawan AB kerja lain).



Seperti yg korang sedia maklum, bukannya murah nak hire lawyer ni. Dengan gaji AB yg tak seberapa. Tapi disebabkan AB adalah orang kepercayaan bosnya, bos dia tak berkira.




Namun, setelah duit habis beribu-ribu tapi mereka masih tak dapat bukti atau jalan untuk membubarkan kes tersebut. Tetapi hanya mampu menutup kes itu sementara sahaja.



AB mampu menarik nafas lega sedikit. Walaupun waran tangkap itu tiada expired date, tapi sekurang-kurangnya dia masih boleh berkerja namun AB perlu sedikit berhati-hati.



Selepas dua minggu, AB dikejutkan dengan panggilan bosnya. Bahawa ada pihak polis yg lain pula yg membuka semula kes tersebut dan kebarangkalian operasi untuk menjejaki AB akan dilakukan.



Dan kini, hidup AB semakin tertekan. Manakala bosnya seperti menyalahkan AB, kerana tidak berhati-hati.



AB telah buntu dan tidak tahu apa yg perlu dilakukan.



1. Apakah dia perlu terus menjadi pelarian sebegini???


tapi


Sampai bila dia ingin menjadi pelarian???


atau


2. Dia serah diri dan tetap dengan pendirian bahawa dia tidak bersalah???Dan biar dipukul sehingga mati pun dia tidak mengaku. 'Berani kerana benar'???


Atau


3. Serah diri dan mengaku salah walaupun hakikat dan kenyataannya tidak salah???



Klo AB ini adalah kawan korang, apa tindakan korang???


a. Suruh serah diri jer.


b. Terus-terusan larikan diri.



Note :: Yg terlibat dalam kes kecurian ni…bukan sorang…mungkin lebih 2 orang…dan kesemuanya telah resign dan terus menghilangkan diri…



p/s :: Boleh korang tolong???…ini serius!!! -.-”


8.22.2010

~Lunatik...Sebalik Bulan Purnama~

Cuba korang tengok kat luar…langit yg luas…cahaya bulan yg terang yg mampu menerangi kawasan luar umah korang tanpa sportlight...tak payah letak pelita pown…(korang da pasang pelita ker???)*tetiba*



Sebenarnya bukan nk citer pasal pelita..tp nk citer pasal bulan purnama…




Korang penah dengar pasal citer dikala bulan  mengambang???citer pasal werewolf yg akan menjadi kuat pabila dia ternampak  bulan mengambang…sun g0ku bertukar jd gorilla…citer pasal anjing/serigala yg menyalak pabila ternampak ‘cek p0n’…mesti penah dengar kann…



Kejadian ni secara ilmiah dorang panggil lunatic…luna bermaksud ‘bulan’…korang pasan tak kaler cap luna tuh..letak lambang bulan sabit…


Klo mengikut kajian…bulan penuh ne diaktakan mampu menghasilkan daya tarik terhadap air…



#######


Adalah dipercayai bahawa bulan, juga mempengaruhi manusia seperti planet‑planet lain.  Telah diperhatikan bahawa seseorang pesakit  mental akan mengalami perubahan emosi serta perasaan semasa bulan  purnama.  'Lunar' (atau bulan) adalah  amat signifikan dan dapat menjelaskan pengaruh bulan ke atas kehidupan  manusia.  Setengah pesakit mendapati yang penyakit mereka akan  bertambah teruk semasa bulan purnama. Para Penyelidik juga mengatakan  yang bulan bukan hanya mempengaruhi manusia dan haiwan tetapi turut  mempengaruhi tumbuh‑tumbuhan dan unsur‑unsur yang lain.  Pasang surut  lautan juga adalah hasil kekuatan pengaruh bulan.



Badan kita mengandungi lebih kurang 70% bahan cecair.  Ahli perubatan telah bersetuju yang cecair‑cecair badan dapat mengalir dengan lebih  mudah dan baik di waktu bulan purnama.  Pesakit‑pesakit 'athma',  'bronchitis', dan termasuk pesakit penyakit kulit mendapati keadaan  mereka bertambah teruk pada hari tersebut.  Lebih daripada 5000 tahun dahulu, manusia telah mendapati bahawa bulan mempengaruhi penanaman.   Petani amat mengambil berat akan kesan pengaruh bulan ke atas tanaman  mereka.  Mereka tahu bijirin tertentu dan padi akan terjejas sekiranya  ia berbunga semasa bulan sedang penuh.  Sains Perubatan juga turut  menyatakan bahawa reaksi ubat adalah berubah‑ubah pada permukaan bulan  yang berbeza, kerana pengaruh bulan ke atas manusia.



#####



Selain penarik terhadap air…suhu yang beriklim lembab pada waktu bulan mengambang mampu menarik kuasa ‘ghaib’. Itu sebab orang dulu percaya bahawa akan adanya ‘makhluk halus’ yg sering berkeliaran pada bulan penuh. Dan sebab itu jugaklah kita dilarang keluar umah pada malam bulan mengambang…


Okeh, setakat neh jerk ei nak kongsi…sebenarnya banyak lagi input yg ei penah baca masa ei amek diploma…t ei akan apdet lagi klo ada jumpa…nak masok tido…bubye…



Salam…
Enhanced by Zemanta

~Kena Liwat~


Kali ni ei nak citer sal kucing ei yg kini hanya tinggal seekor...


Che’ wa…singkatan bg lawa walaupown dia neh jantan…hanya dia sekor jerk yg paling lawa..antara smua adik-badik dia, dia sahaja yg cantek…(cantek okeh, bukan camtaek)




 ~ei xderk DsLr~



Che’ wa sekor  kucin g pendiam..yg pasif…dia antara kucing yg pemalas di abad ne ei tengok…sebabnya…dia hanya suka tido sahaja...selen dr makan…pastuh makan nk banyak jerk…
gedixxx tol


Akibat dia neh pasif…smua kucin yg laen kt cheras neh, smua suka carik gado ngan dia…smua dengki dengan dia…asal dia nk kuar umah jerk, pasti akan ada kucin len yg serang dia…camtaek kan…


Pastuh dia ne pown satu, pondan nk mati…bukannyer nk lawan…klo gado, suara skit punya kuat..tp tak bergerak…camtaek jerk ei tengok!!! -.-”


Baru-baru ne, ei tengok cara dia sudah berlaenan, gaya tido…budak gedik terpegang ekor dia, dia sket punya marah…kemudian mencar0t-car0t…( ei syak jerk)


Aunty ei cakap, kemungkinan besar dia telah diliwat!!!


Sebabnya dia begitu marah apabila tersentuh ekor mahupown bontot…

Kesian che’wa…

Saper yg brani liwaaaat dia neeeeh r?????



Apa da tak derk kucin betina da ke kt cheras neh????



Camtaek!!!

TB :: Angan...


Salam…


Setelah dua jam hanya duduk…merenung sejenak…sambil mencari idea untuk apdet blog…ianya maseh tiada…seolah-olah tiada apa…hanyalah kebuntuan…tiba-tiba teringatkan seorang akak yg hidupnya penuh dengan dunia khayalan…



Angan-angan…siappa yg tidak pernah berangan???angan-angan itu terkadang begitu indah…sehingga kita terlupa akan punca sebenar…angan-angan itu membuatkan kita ingin memiliki yg tak termiliki…

ada yg tidak suka kan angan-angan..katanya ia hanya sebuah mimpi yg membuatkan kita tengelam dalam sebuah dunia…



dunia fantasi…

yang jauh…



menerawang…


#######


Panggg!!!!


Terhenti lamunan Sara seketika…tersentak apabila bunyi yg begitu kuat dating dari arah dapurnya…berlari dia menghampiri dapur…Sebaik sampai di dapur, dia terlihatkan kucing yg sedang berusaha mancuri lauk di bawah tudung saji.


“Hoit, mencuri hah???!!!” jerit Sara.


Sara terus menggampai batang penyapu yg tidak jauh darinya lalu dihayunkan penyapu itu untuk  memukul Wawa, kucing jirannya. Berlari Wawa apabila terlihatkan Sara yg garang.


‘Eishhh…kacau jerk Wawa tuh. Aku tengah syok berangan ni.’ Sara kemudian membelek lauk di atas meja. Takut-takut telah ‘selamat’ dimakan Wawa.



‘Hm, nasib baik aku cepat.’ Dia kemudian menarik kerusi meja makan dan terus melabuhkan punggungnya di situ. Meja makan itu menjadi ‘port’ untuk dia menyambung angan-angannya terbengkalai itu. Kebosanan melalui kehidupan sendiri serta tekanan membuatkan dia kerap berangan.


Lantas sebuah imaginasi muncul dibenaknya. Menyambung semula ceritera yg telah dianyamnya sejak beberapa bulan yang lalu.





p/s :: Dun wory…ini citer pendek sajer…

%%%%%%%%%%%





8.20.2010

~Asal???~


salam….


ai korang..mood ei ngah celaru…
da beberapa minggu ne, ei piqir…ei terasa nak sambung belajar…
dalam masa yg sama ngah penin…nak kawen dulu ker atau nak bajar lu???atau pas kawen pown bole bajar gak kan…hurm… L


tetiba time neh la baru terasa nak sambung bajar balek, nak amek degree… ari tuh beriya-iya…tak nak sambung…gatal+gedixxx tol lah ei neh kan L



######



ei maseh lagi tengah piqir sal pro+cons…(bende baek ada cons gak ker???)


maksud ei…halangan dan rintangan yg ei kena hadapi…(yang sebenarnya macam banyak jerk)


contohnyer ::  1 – paren ei tak bape menggalakkan ei sambung bajar… L

2 – ei klo bole ei nak sangat-sangat masok IPTA…

sebab…korang pown tau, yuran antara IPTA ngan IPTS…beza sampai 10kali ganda…
nek juling ei tengok kos pembelajaran dia wey…
tapi masalah utama ei…


parent ei bukan bumiputra…

jadi layak ker tok diterima IPTA???

masa ei bajar kt kolej dulu, ei penah try loan MARA…

tak approve…bukan sebab result ei cam sampah…sebabnya…status : parent non-bumiptra…



‘maksud meka bukan bumiptra ialah tak lahir kat mesia…’




~ei tak derk DsLr...~



ei rasa sedey sangat…
naper nak tengok paren???
asal???ei pown anak mesia gak…
lahir kat mesia…mak pown da tukar warganegara…


asal plak tak bole???
bukannyer paren yang nk bajar…
bukannyer paren ei yg nak pinjam duit tuh…
dan t bukannyer paren ei yg bayar duit tuh…
asal gedixxx-gedixxx nak tengok paren punya plak???




asaaaalllllll???????




camtaek!!! >.<