8.04.2010

~ Teleblogger : Stay Back 02 ~



kesinambungan dari entry Stay Back...






.:| Stay Back : Episode 02 |:.




Pelik. Tempat kak Ita tidak berpenghuni.  Lalu di pusingkan kepalanya. Kali ini dia melilau di seluruh pelusuk ofisnya selagi b0leh. Setiap meja yang diperhatikan juga kos0ng. Namun ketikan keyboard maseh juga kedengaran. Dari arah mana dia sendiri kurang pasti.  Tiba-tiba peluh mula menitik di dahinya.



 Air-cond yang ada jugak seolah-olah berhenti berfungsi. Suasa menjadi bahang dan hangat. Fikirannya mula berkeramuk dan memikirkan hal yang tidak sepatutnya.  Tentang bunyi printer. Bunyi ketikan, dan ia seolah-olah makin laju dan makin menggusarkannya.  Dadanya mula ber0mbak kencang, dan Yatt semakin gabra. Bajunya juga sudah basah, dicelah-celah ketiak sudah mengalir lendiran yang tengik. Itu bel0m termas0k di lipatan lemak yang lain lagi.



Yatt terduduk.

Yatt cuba beristighfar dan bertenang. Memulihkan semangatnya dan kewibawaannya selaku staff yg paling paleng c0mel didalam c0mpanynya. *ader kne mengena ker???



Walaupun tidak ada kena mengena, tapi itu penting baginya. Boleh jadi ini angkara khianat rakan pejabatnyer yang sudah pasti cemburu akan kec0melannya.



Tidak!!! Bukan kerana kec0melannya, tetapi kerana tittle yang baru dia dapat, iaitu staff cemerlang.
Ya mungkin. Fikirannya mula kusut.



Yatt cuba menenangkan diri dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan dimulakan dengan al-Fatihah, disusuli pula dengan ayat tiga kul untuk perlindungan daripada ilmu sihir atau makhluk ghaib. Setelah beberapa surah yang dibacanya dia mula berasa tenang dan cuba menarik napas sedalamnya.



Senyap.


Tidak lagi kedengaran ketikan keyboard. Yatt mula mengemas barangnya dan kemudian ‘shut down’ pc. Lebih baik dia bertindak sebel0m jadi apa-apa. Lebih baik dia angkat kaki sebel0m dia menjadik mangsa.



Ketika mengemas mejanya, kedengaran deruan angin di luar bagunan ofiz yang terlalu kuat lalu menghasilkan bunyi yang menyeramkan. Bukan dia tidak biasa mendengar bunyi itu. Malah acapkali angin yang datang membawa hujan akan menghasilkan bunyi tersebut. Ini bermakna hujan bakal turun sebentar lagi.



~~~~~~~~~
Pada kali pertama dia mendengar bunyi tersebut, sangkanya ring tone siapa lah agaknyer kerana dia pernah nampak iklan di kaca tv yang mengiklankan ring tone seperti mak lampir mengilai. Tidak tahu pula itu bunyi angin di luar ofisnya. Itu pun setelah diterangkan oleh kawan sebelahnya. Al-makl0mlah, dia bukan biasa duduk dirumah flat.
~~~~~~~~~~




syiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…



Bunyi angin tersebut membuatkan semua bulunya tegak berdiri, lantas membuatkan dia berasa mula seram sejuk semula. Mana tidaknyer, bunyi seperti hilaian ‘makluk’ itu yang ingin mencabar keberaniannya yang tak berapa nak berani. Sudahlah dia keseorang yang tinggal di opiz.



Air-con yang tadinya dirasakan seperti tidak berfungsi, terasa mula menyejukkan ruangan opiznyer seolah-olah hendak mencapai takat beku akibat langit yang sudah merembeskan hujan dikala malam. Yatt mempercepatkan pergerakkannya. Dia perlu keluar dari opiz ini seberapa pantas yang mungkin.
Ya, dia perlu cepat.



“Kamu tak balik lagi?”, sapa seseorang dibelakangnya.

Yatt yang terkejut pown menjawab,

 “Nak balik dah ni.” Jawab Yatt yang disangkanya guard sedang melakukan tugasannya meronda. Tanpa sempat Yatt berpaling melihat encik guard, namun guard tersebut telah menghilang. Yatt terkesima.  Tiada siapa dibelakangnya. 

Ditolehnya ke kiri dan kanan, namun tiada sesiapa.


‘Apakah dia bermimpi??? Atau ini hanya mainan perasaan dia sahaja.’
 Pelbagai persoalan mucul dibenaknya.




Dia bingkas bang0n menuju lif, sudah tidak larat dia bermain teka-teki lagi. Sudah penat dadanya menahan perasaan gelabah. Bajunya juga telah lencun, habis bermandi peluh walaup0n tidak memerah keringat atau membanting tulang empat keratnya.  Ingin saja dia memaki tapi pada siapa dia sendiri tidak tahu.


‘Ahhhh…persetankan itu semua!!!Lantakkan!’, kata Yatt di dalam hati.
Yang dia tahu, dia sudah penat.

4 comments:

syahira ariff said...

kreatif la kamu buat cerita
keep it up
=]

maisyara Pot! Pot! said...

grrrr.... sambung lagi ke? aduh.. baru nak feeling.

eiffel said...

syahira :: xderk la..ngeeee*memalu plak

btw thankz

maisyara potpet :: nex entry ei akn pnjg kn lagih citernye...

::cdot the dot:: said...

sambung..sambung...