8.30.2010

~Cenderahati~

 Salam...

Sedang menonton drama dottie... marsha londoh yang sedang berduka-lara…



Tetiba ei terpandangkan beagle yang dipakai marsha ditangan kanannya, mengingatkan ei kepada satu peristiwa…




#####



Masa :: zaman skola…


Taun :: dalam 2004 bersamaan form 4…


Event :: majlis penutupan program homestay yang dianjurkan pihak skola dan juga kerajaan negeri 9…


Program homestay adalah salah satu program yang ei sempat join masa zaman skola.  Setiap pelajar akan ditetapkan tempat tinggal bersama keluarga angkat sepanjang berada di situ. Selain skola ei yang terlibat, ada dua buah skola lagi yang join bg menjayakan program tersebut.


Ketika nak menamatkan program tersebut, biasalah, mestilah ada adegan sedih-sedih. Konon tak boleh nk berpisahlah, apela. Lepas tuh, ada gak pelajar yang bagi cenderahati kat ibu bapa angkat memasing, ei pown ada  bg gk.. =P


Masa nak beratur masuk kt grop memasing, ei nampak  ramai gak yg membawa barang-barang cenderahati dari keluarga angkat mereka. Antaranya, klo family angkat dorang stok yang ada kebun, dorang dapat la bawak pisang barang setandan dua…dan memacam buah yang laen. ei tengok dah macam memborong apa dah dorang ni. Bukan takat buah, memacam lagi, tapi ei tak berapa nak ingat sangat.


Tetiba ei ternampak kawan ei memakai gelang yang macam pearl. hurm, gelang la tuh kot. ei malas nak amek port sangat.


Dah abis dengar ceramah smua, (dari tadi tak abis-abis ceramah, bersurai taknyer!!! -.-” )


Kawan-kawan sebelah ei dok sibuk tanya, apa family angkt dorang bagi la, apela.ei pown gedik-gedikla tanya, kawan sebelah.


“Wey, parent angkat ko bg apa???”


“Ni…” jawab Peanut sambil menunjukkan sesuatu dipergelangan tangannya. (Peanut bukan nama sebenar)



ei hanya memandang gelang yang dililit sebanyak beberapa kali yang berkaler hijau  yang tak berapa nk pearl. Mungkin dlilit beberapa kali sebab tangannya agak halus atau gelang tuh yg besar giler. Lalu ei tenung lagi dendalam. Ada untaian benang dihujungnya.


‘Asal aku tengok semacam jerk. Macam bapak aku punya tasbih jerk…’ bisik aty kecil ei.

“Ini macam tasbih jerk,” jawab ei sopan-sopan takut tersalah.


“Yup. Memang tasbih pown.” Kata Peanut.


ei tercengang sambil mengangkat kening kanan (style ei bila ngah jakun). Sambil mula menggaru pale yang tidak gatal.


“Mesti dorang soh ko insap kann...” pesan ei kepada Peanut.

7 comments:

kiba said...

kalau nak kirim tasbih kayu koka boleh aja ei. kehkeh

Lya Colours said...

hahaha
amik tasbih lilit kat leher
konon2 mutiara weh

hamzah ian said...

hahaha..

hiro said...

bagi hadiah bodoh pun kira puas ati kn dlu2..hee.

encHIx laNDax said...

betul ke nak bagi kad raya kat landx ni?hehe

nAmA wA jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

hahahaha..
ayat kau kpd peanut tak bole blah la alfi hidayati..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

baru gua tau umur ko berapa..wakakak wakaka