8.06.2010

~Teleblogger : Stay Back 03 ~


######################



kesinambungan Stay Back, Stay Back 02





.:| episode 03 |:.





Yatt menunggu lif yang seolah-olah merangkak seperti siput sedut. Lama dia menunggu. Hanya satu lif sahaja yang berfungsi pada ketika itu. Sungguh Yatt tidak gemar akan lif yang satu itu kerana gerakannya yang super-duper lembap. Manakala satu lagi lif sedang diperbaiki.




‘Sedang diperbaiki pekebenda…memalam cenggini. Ini mesti kes dorang malas nk betulkan balik. Hisyh…sudahlah lif yang boleh pakai ni lembap . Ngalahkan siput babi,’ ngomel Yatt. Sengaja perkataan babi itu ditekankan kerana kesabarannya sudah semakin menipis.





Dibeleknya jam tangan kesayangannya yang masih berkilat walau pun sudah memakainya hampir dua tahun. Jam sudah masuk pukul 8 malam. Sebentar lagi ofis mate nya pasti akan datang semula untuk menyambung tugasan.

Setelah lima minit dia menunggu lif yang tak juga kunjung tiba. Dia berpaling melangkah untuk ke tangga kecemasan, walaupun pada ketika itu hatinya mengomel,




‘Adoiii, dah la tingkat empat…’ namun bunyi detingan loceng lif tersebut memberhentikan langkahnya. Lantas Yatt pun masuk ke dalam lif. Ditekannya punat G untuk ke ground floor. Perlahan pintu lif tertutup lalu bergerak.




Tiba-tiba Yatt berasa aneh dengan pergerakan lif tersebut. Lif itu tidak turun ke bawah, tapi naik ke tingkat atas.
‘Eh, ada orang lagi ke yang stay back,’ bisik hati kecilnya.

Lantas pintu lif terbuka perlahan-lahan. Kini Yatt berada di tingkat lima, namun tiada sesiapa.




ting…ting…ting…ting…♪♫♪♫

ting…ting…ting…ting…♪♫♪♫



Nyaring bunyi mesin punch kad yang berada di sudut tingkap yang letaknya tidak berapa jauh dengan lif yang mengalunkan irama for elise karya Beethoven. Bunyi tersebut menandakan jadual bagi shif tersebut telah berakhir.


‘Siapalah yang set up kan timing punch kad waktu macam ni,’

Kemudian kedengaran pula mesin punch kad itu berbunyi seolah-olah sedang mencetak punch kad.



Ckiiiiitt....ckiit




'Macam ada orang punch kad je.' getus hatinya. Ditahannya pintu lif, kalau-kalau ada staf ingin masuk ke dalam lif.





Setelah lebih lima saat lif tersebut dibiarkan terbuka, namun tiada kelibat sesiapa. Yatt membiarkan pintu lif tertutup rapat. Kemudian lif bergerak lagi, perlahan lalu berhenti  di tingkat seterusnya. Ia masih tidak turun ke tingkat bawah tapi semakin bergerak ke atas. Kalau tadi Yatt berada di tingkat lima, kini dia berada di tingkat enam.




Pintu lif sekali lagi terbuka, namun tiada juga sesiapa.

Yatt hanya mampu mengumam menahan perasaan marah.Ketika itu, kedengaran tangisan  yang teresak-esak.



Pada mulanya suara tangisan itu kedengaran perlahan, mendayu sayup-sayup. Yatt cuba mengamati suara tersebut. Diamatinya, milik seorang budak perempuan. Lama-kelamaan suara itu semakin dekat dan semakin jelas sendunya.






Shiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii







 Bulu romanya kembali berdiri tegak seolah-olah diperdendangkan lagu Negaraku bagi menghormati lagu kebangsaan. Badannya mula terasa seram sejuk. Angin diluar kedengaran lagi mempengaruhi kedinginan yang dirasai Yatt. Tiupan angin dan bunyi tangisan itu menjadi satu.










Shiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…








Peluh Yatt mula mengalir diseluruh liang-liang roma sedangkan dia kedinginan. Tangisan tadi lantas bertukar menjadi ketawa yang nyaring dan ilainya saling tak tumpah seperti bunyi cik Pon (Pontianak) mengilai. Yatt terpana.




Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....







 Pintu lif tertutup. Lif bergerak ke atas lagi dengan perlahan. Lif kini berada di  tingkat paling atas, iaitu tingkat tujuh. Walaupun sudah tiga tahun dia berkhidmat di syarikat itu, belum pernah lagi dia menjejakkan kakinya di situ.





‘Ciskek betul!!! Siapalah yang gatal tangan sangat ni yang main lif pergi tekan semua tingkat. Dah tak ada kerja agaknya.’





Tiba-tiba kedengaran bunyi heretan.




Sreeeeeett…sreeeett…sreeeeett

bersambung…

5 comments:

Lya Colours said...

hoh baca siang2 pon serammmm

Linglung said...

ni cerita hantu melayu ke thailand ke korea?

alvin takda umah harga 8juta said...

gua rasa..
lu patut abiskan segera cerita ni k..

eiffel said...

lya kaler :: lor, yeker???

linglun :: xderk kne m,gena ngan telemovee...

alvin :: gwa rasa tgl satu episode jerk g...lu 2guuuuu..ngeee

maisyara Pot! Pot! said...

kenapa mesti time tgh gempak2 ni mesti sambung? ko nk wt mcm cerita roh ke? aduh...