######################
.:| episode 03 |:.
Yatt menunggu lif yang
seolah-olah merangkak seperti siput sedut. Lama dia menunggu. Hanya satu lif
sahaja yang berfungsi pada ketika itu. Sungguh Yatt tidak gemar akan lif yang
satu itu kerana gerakannya yang super-duper lembap. Manakala satu lagi lif
sedang diperbaiki.
‘Sedang diperbaiki
pekebenda…memalam cenggini. Ini mesti kes dorang malas nk betulkan balik.
Hisyh…sudahlah lif yang boleh pakai ni lembap . Ngalahkan siput babi,’ ngomel Yatt. Sengaja
perkataan babi itu ditekankan kerana kesabarannya sudah semakin menipis.
Dibeleknya jam tangan
kesayangannya yang masih berkilat walau pun sudah memakainya hampir dua tahun. Jam sudah masuk pukul 8 malam. Sebentar lagi ofis mate nya pasti akan datang semula
untuk menyambung tugasan.
Setelah lima minit dia
menunggu lif yang tak juga kunjung tiba. Dia berpaling melangkah untuk ke tangga
kecemasan, walaupun pada ketika itu hatinya mengomel,
‘Adoiii, dah la tingkat
empat…’ namun bunyi detingan loceng lif tersebut memberhentikan langkahnya.
Lantas Yatt pun masuk ke dalam lif. Ditekannya punat G untuk ke ground floor. Perlahan pintu lif tertutup
lalu bergerak.
Tiba-tiba Yatt berasa
aneh dengan pergerakan lif tersebut. Lif itu tidak turun ke bawah, tapi naik ke
tingkat atas.
‘Eh, ada orang lagi ke
yang stay back,’ bisik hati kecilnya.
Lantas pintu lif
terbuka perlahan-lahan. Kini Yatt berada di tingkat lima, namun tiada sesiapa.
ting…ting…ting…ting…♪♫♪♫
ting…ting…ting…ting…♪♫♪♫
Nyaring bunyi mesin
punch kad yang berada di sudut tingkap yang letaknya tidak berapa jauh dengan lif yang
mengalunkan irama for elise karya
Beethoven. Bunyi tersebut menandakan jadual bagi shif tersebut telah berakhir.
‘Siapalah yang set up
kan timing punch kad waktu macam ni,’
Kemudian kedengaran pula mesin punch kad itu berbunyi seolah-olah sedang mencetak punch kad.
Ckiiiiitt....ckiit
'Macam ada orang punch kad je.' getus hatinya. Ditahannya pintu lif, kalau-kalau ada staf ingin masuk ke dalam lif.
Setelah lebih lima saat
lif tersebut dibiarkan terbuka, namun tiada kelibat sesiapa. Yatt membiarkan pintu lif tertutup rapat. Kemudian lif bergerak
lagi, perlahan lalu berhenti di tingkat seterusnya.
Ia masih tidak turun ke tingkat bawah tapi semakin bergerak ke atas. Kalau tadi
Yatt berada di tingkat lima, kini dia berada di tingkat enam.
Pintu lif sekali lagi
terbuka, namun tiada juga sesiapa.
Yatt hanya mampu
mengumam menahan perasaan marah. Ketika itu,
kedengaran tangisan yang teresak-esak.
Pada mulanya suara
tangisan itu kedengaran perlahan, mendayu sayup-sayup. Yatt cuba mengamati suara tersebut. Diamatinya, milik seorang budak perempuan. Lama-kelamaan
suara itu semakin dekat dan semakin jelas sendunya.
Shiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Bulu romanya kembali berdiri tegak seolah-olah
diperdendangkan lagu Negaraku bagi menghormati lagu kebangsaan. Badannya mula
terasa seram sejuk. Angin diluar kedengaran lagi mempengaruhi kedinginan yang
dirasai Yatt. Tiupan angin dan bunyi tangisan itu menjadi satu.
Shiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…
Peluh Yatt mula
mengalir diseluruh liang-liang roma sedangkan dia kedinginan. Tangisan tadi lantas bertukar menjadi ketawa yang nyaring dan ilainya saling tak tumpah seperti
bunyi cik Pon (Pontianak) mengilai. Yatt terpana.
Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....
Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....
Pintu lif tertutup. Lif bergerak ke atas
lagi dengan perlahan. Lif kini berada di tingkat paling atas, iaitu tingkat tujuh. Walaupun sudah tiga tahun
dia berkhidmat di syarikat itu, belum pernah lagi dia menjejakkan kakinya di
situ.
‘Ciskek betul!!!
Siapalah yang gatal tangan sangat ni yang main lif pergi tekan semua tingkat. Dah tak ada kerja agaknya.’
Tiba-tiba kedengaran
bunyi heretan.
Sreeeeeett…sreeeett…sreeeeett
bersambung…
5 comments:
hoh baca siang2 pon serammmm
ni cerita hantu melayu ke thailand ke korea?
gua rasa..
lu patut abiskan segera cerita ni k..
lya kaler :: lor, yeker???
linglun :: xderk kne m,gena ngan telemovee...
alvin :: gwa rasa tgl satu episode jerk g...lu 2guuuuu..ngeee
kenapa mesti time tgh gempak2 ni mesti sambung? ko nk wt mcm cerita roh ke? aduh...
Post a Comment