4.02.2011

Mintak Nombor


salam…

satu hari di bus stop,**bus stop banyak juga peristiwa yg berlaku** ei nak balik dari kolej. tetiba ada satu suara panggil ei. Biasanya, kalau orang panggil nama ei, baru ei akan pandang, kalau tak. Maaf, malas nak layan. tapi kekadang kena tengok juga, kita pown tak boleh lah nak perasan-bajet-hot-ingat-orang-nak-ngorat-padahal-orang-tegur-sebab-ternampak-seluar-ko-terkoyak! kiranya, pada waktu-waktu tertentulah.


sambung cerita…

Rupanya yg tegur ei tu, class-mate, Chinese, lelaki. kami pown borak-boraklah. disebabkan rumah pown dekat-dekat, kami menaiki bus yg sama. dalam bus, kami pown kekonon nak tukar-tukar nombor-lah. manalah tahu, nak buat alumni ker, bole roger-roger.


“Bak nombor awak" ei mintak.

“Awak bagi nombor awak-lah. Saya miss call” tanya Bobby.

“Eh, apasal? Awak tak ingat nombor fon awak ker?”

“Aiya, saya sudah lupa-lah.”

“Apalah. Nombor sendiri pown tak ingat!”

“Awak ingat, awak bagi nombor awaklah!”

“012-276-4576” ei sebut lelaju. Saja nak berlagak dengan dia.

“Belapa?”

“012  276  4576.”

“Eh, apa pasal fon awak tak ada bunyi?”

“Entah-entah awak salah tekan kot.” sambil ei belek-belek nombor yg Bobby dial

“Betul meh!” kata Bobby sambil menunjukan henfon-nya.

**diam seketika sambil berfikir sejenak

“Lar, itu nombor PuRpLe, kawan kolej saya. Hahahaa. Patut tak keluar bunyi. Awak letak balik! Jap, saya cari nombor saya” **time cari tuh buat-buat muka serius, padahal dah malu tahap gaban dah ni. Rasa cam nak nyorok bawak kerusi jer!

camtaek betei!

“Nombor sendili pown tak ingat ke?” perli Bobby.

“Eleh, nak kata orang!” jawab ei tak puas hati.


p/s :: Akibat selalu bergayut dengan PuRpLe, sampai terhafal nombor tuh. Ingat kan nombor sendiri! Dan setiap kali orang mintak nombor fon ei, dengan pantasnya PuRpLe yg akan jawab kekadang ei yg tanya,

“Eh, nombor fon aku berapa?”

dan begitu juga sebaliknya.

p/s/s :: Nasib baek, nombor fon sekarang senang nak hapal sampai ada yg berminat nk membeli!LoL

9 comments:

LadyRye said...

wey hang letak nombor dia di blog tak pa ka? bukan apa satgi jadi apa2 plak..orang call ka scam ka..dah masuk blog senang ja nak masuk google, anytime orang buleh cari..

PutRi_nAdiA said...

muahahahahaha . padan muke yui ,

diana said...

alang2 baik lantik je kawan kamu jadi setiausaha.
hahahah

Dearie Pearls said...

kahkah..
kan Bobby dah kenakan balik..

*nak no Bobby...
hahaha

ghost writer said...

mak aiii..ada juga kes macam nih ek ei..haha!

kalau no hp orang lain tak ingat tuh takper gak,nih no hp sendiri nih ei...tulis dalam draf lar ei..

HEROICzero said...

heheh sengal.


tapi betul lah. zaman sekolah dulu, senang jek nak hafal no kawan2, aweks2. skrg ni, no sendiri pun x terhafal.

LaDy Of MaRs said...

hahaha memang camtaek arr no sendiri pon x ingat.. :P

eiffel said...

lady rye :: nomor tuh da lama dia xguna.2sbb brani letak.**nomor skit punya cantek pown nk tukar. xP


nadia :: dia jns xde pasaan sket.xpe2 lol~


diana :: tuh r pasal.tp xde gaji lar xDDD

eiffel said...

pearl :: nomor dia da ilang.lol~


ghost :: sebab xpernah dial nomor sendiri.tp cm org gila ler plak klo dial nomor sndiri.lol~

heroic0 :: oke,nmpk sgt ko da tua.lol


mars :: camtaek sket jerk xP