11.06.2012

Idea Untuk Photobooth


Asssalamualaikum,

oke,beberapa hari ni  aku sibuk mencari idea untuk buat photobooth (dan hantaran jugak). Yela, semua orang buat, nampak macam best je.so, aku pon nak jugak, ye dak!

Disebabkan kekurangan bajet, tapi aku rasa tak semestinya semua benda kena memahal baru nampak best. tapi bila aku banyak surfing, makin banyak idea yg aku dapat. sekarang ni pon, idea aku memang tengak mencanak-canak. disebabkan pepagi buta ni, takde sapa orang gila masuk opiz, melainkan aku, maka aku nk tempiaskan semuanya dekat sini. Yeay!!!

Oh ye, lagi satu…sekarang ni..masalah utama aku adalah, aku takde gambar dengan tunang aku. Yup, bunyi macam pelik, tp memang kteorang jarang nk main snap-snap picca.Dan lagi pon, skrg ni macam dah suntuk, lainla kami dekat, boleh la  nk pi snap kt memana.tp, skrg ni memang dah xsempat, jadi abaikan dengan gambar kami.

Siapa cakap photobooth WAJIB ada gambar pre-wedding kami? Nope, aku akan buktikannya, TAK!

Hiasan props, mungkin aku nk buat sendiri je kot. Disebabkan family aku berniaga, jadi tak susah nk dapat kan stand untuk buat background photobooth. Idea aku, aku akan gunakan kaki payung ayah aku yg kecik, kemudian ada kayu kt tengah, untuk gantung kain satin kaler putih/cream.



**celah manalah aku nak cari belon angin ni woiii!!!

Disebabkan aku tak nak nampak terlalu crowded atau semak, dengan gantung benda-benda pelik sgt, so, aku akan biarkan dia putih, kosong…

Aku rasa, klo aku tak dapat belon...grab yang jenis macam ni je...**merujuk pada benda yg tergantung, bukan pada orangnye, ye



Aku rasa, mungkin aku akan sewa or beli je black board, dan seperti biasa, hiasan tulisan tangan ni, biasanya adik aku je hebat dan kreatif buat benda-benda macam ni. Dan aku rasa, memang aku akan hire dia pon, untuk deco photobooth aku, nak, atau tidak, dia kena jawab Nak jugak!whaahahaa**kakak yang keji!


Memandangkan, aku agak risau jugak, klo apa yang aku bayangkan tak menjadi, jadi aku segan lah nak membebel panjang lebar sangat, korang just enjoy picca yang aku curi dari fb



Bubble talk ni, aku rasa...klo stick gam kt blkg, bubble talk tu, nanti guest pon bole snap picca dengan bubble talk tu.

Buat candy bar pon macam best, kan!!**tetiba!

Banyak idea dia yang siyesly, sweet dan macam best. Tak tahulah ianya menjadi di majlis aku atau tak. Heharap nye jadi!yeay!!!

Ah, lupa nk bgtau...aku takde nk buat atau tempah guest book semua tu. tapi aku kad utk guest tulis wish dorang dan masukkan dalam bekas kaca. 



Oke, aku nak pi sambung gunting wishing card. **alamak, stamp belum tempah lagi ni.aih, bizy bizy bizy!!!

6 comments:

Afasz said...

wahh menarikkk.. camne nk gunting camtu..

zulhilmi tempoyak said...

cari kotak yg nak buang tu. then print je tulisan.i think mcm tu kurang kos sgt.

then booth cari je meja dengan kerusi. lekat je gmbr2 korang kat blkg.

anakGAJAH said...

comel yea! nak aku tolong gunting2 kan? hehehe.

Macy Humaira said...

aa comel. meh macy tlg gunting2

Sab Buenoo said...

rugi nya tak dapat datang. T__T

haLyZaQiut said...

K.faz - dia ada gunting khas yg boleh gunting gigi2 cmtuu....kan alpi kan...?? ;D