Kenyataan itu memang pahit.
Pengalaman yang lalu membuatkan aku jelak dengan hidup aku. Aku dah penat. Aku
ingin tidur.
Dan bermimpi indah-indah sehingga orang dengar mimpi ku ini membuatkan
mereka berasa cemburu. Cemburu yang amat sehingga tanpa disedari mengambil
pisau lalu menikam dadanya sendiri. Dan
bila pisau itu terbenam dijantungnya dalam-dalam sehingga terhenti, maka segala
rasa cemburu itu hilang. Yang ada hanyalah ketenangan.
Barangkali semua orang ingin tahu,
apakah mimpi yang tersangat dicemburui itu?
Lantas berbondong-bondonglah orang bertanyakan
tentang mimpi itu. Tak cukup dengan itu, ada pula yang sanggup membida hanya
untuk mengetahui mimpi indah itu.
Maka saling membidalah mereka, bermula dari
harga sekupang dua, sehinggalah tanah berbendang serta kalung emas dan ada pula
yang sanggup menggadaikan anak mereka.
‘Ah, anak…esok lusa boleh buat lagi.
Susah apa!’ kata bapa yang menjualkan anaknya demi sebuah mimpi.
Setelah habis membida, pemenang melonjak
kegirangan lalu menari tarian kuda ‘Oppa Gangnam Style’ yang menjadi kegilaan
dunia. Lantas makwe-makwe mula menjerit silih berganti dan ada juga yang
ter-mengilai.
‘Ommo, ommo, itulah pembida terhebak
sebuah mimpi!!’
‘Kahwinilah saya!!! Saya rela jadi
isteri keempat pun!!!’
Jika makwe-makwe menjerit, makcik-makcik pula sanggup meminta cerai
serta-merta dengan laki mereka sebaik melihat pemenang tadi. Maklumlah,
perempuan kan tak boleh kahwin empat.
‘Ceraikan saya, ceraikan saya!!!
Saya tak nak hidup lagi dengan awak. Saya dah jumpa bakal laki
saya dan bapa
kepada anak-anak saya yang mampu memberikan kami kebahagiaan! Awak loser!’
Maka, ramailah makcik-makcik yang
menjadi janda serta-merta ketika itu. Manakala laki masing-masing tidak lagi
sanggup untuk meneruskan hidup kerana merasakan diri sangatlah loser!
Ada yang sanggup menggantungkan diri
di kipas syiling, terjun dari banggunan Suria KLCC atau paling dekat
Sungai-sungai Gombak sebelah lrt. Tak kurang juga, ada yang beralih selera
memilih jantina yang sama. Maklumlah, hanya lelaki saja yang memahami lelaki
dan begitu juga sebaliknya.
Begitulah hebatnya penangan sebuah
mimpi yang indah.
Apakah mimpi itu?
1 comment:
mimpi mainan tido la :D
Post a Comment