2.25.2011

Single? Best Apa!


salam…

hey korang…entah apa angin ei pergi senaraikan perbezaan antara single dan ber-kapel
ada yang seronok dan ada yang tak seronok-nyer…benda ni sebenarnya ei sedar selepas beberapa bulan berkapel dengan beliau. Time tuh, tetiba ei terasa, 

"Kan best, kalau single!"**kenyataan orang tengah bergaduh dengan kapel-nya!

camtaek, kan?!



ianya lebih kepada pengalaman ei sendiri.

 nape single itu best?!




1. bila korang single, korang tak kesah nak keluar dengan sesiapa sahaja…baik perempuan, lelaki, mak cik dan pak cik…bukan bila korang kapel kena kongkong…tapi mesti pasangan korang nak tahu…korang kuar dengan siapa…bla..bla..blaaaa….dalam erti kata lain, korang tak bebas!bila single,

“Apaderhal, kata single…suka aty lah nak kuar ngan sapa!” jadi, korang bole berscandal seramainyer, ye dak?



2.korang tak perlu nak bagi report atau punch kad setiap kejadian yg berlaku. Tak ke leceh setiap aktiviti korang, korang nak kena bagitahu satu persatu?
contohnya, korang tak payah nak wish…

“Hai sayang, samat pagi! Sayang  dah bangun?”
“Samat malam ye sayang, sweet dream. Love u sayang, mmuah!”

Punch kad 

“Malam ni ada game MU lawan Arsenal, abang nak tengok bola kat kedai mamak. Sayang ngantuk,  tidurlah dulu ye.”

“Ayang nak g bergossip dengan Tamara.”

"Sory sayang, tadi abang berak, sakit sangat perut. Tak sempat nak angkat kol ayang. Sory ye."


oke, tak perlu itu semua bila korang single!Yang perlu, mungkin korang bagitau kawan serumah atau family **bg yg tinggal dengan family, itu pown korang juz bgtau korang keluar. Itu saja!


3.korang tak payah nak peninkan kepala dengan masalah/sikap kapel. Untuk memahami kapel korang, semestinya bukanlah satu perkara yg mudah. Memang tidak dinafikan, hanya lelaki yg memahami lelaki dan begitu juga sebaliknya. Jadi, pasti akan ada hal-hal yg bercanggah. Tengok, korang dah boleh elakkan menjadi stress atau cepat tua akibat kerap sakit kepala melayan kerenah mereka!


4.korang tak perlu membazir kredit dengan menghantar mesej atau menelefon kapel,  apatah lagi ber-video kol!

Bila korang kapel, komunikasi sangat penting. Bila korang tak ada kapel, korang tak heran pown kalau korang tak topup berbulan-bulan lamanya! 

Yang paling best adalah, korang boleh campak henfon korang merata-rata sampai kadang-kadang korang pown tak tahu apa motip korang memakai henpon!

Ini selalu terjadi dekat ei pabila single and available ketika belajar. sampai dirumah sewa member jerk, henpon main pakai campak. pergi kelas pown tak sedar selalu lupa membawa henpon. Tidak seperti rakan-rakan yg lain idup dan mati berkepit dengan henpon.dan lagi tak boleh blah… setelah hampir dua tahun kami bersama lalu pinkY  bertanya…

 “Aku tak pernah dengar henfon ko berbunyi!” **padahal ei tak pernah men-silent kan henpon.**hebat, bukan?! korang pasti akan berasa tenang saja kerana tiada siapa yg menganggu atau cubaan memaksa korang membazir kredit!


5. banya berjimat! memang sangat banyak seperti korang tak perlu spent masa hatta duit untuk kapel korang.**mungkin ini lebih kepada lelaki, manakala kalau perempuan, korang akan banyak berjimat air mata!



nak-nak kalau korang tengah period, emosi yg tak terkawal pasti akan terjadi dan mulalah cerita-cerita sedih terkeluar padahal kapel korang tak paham apa yg sebenarnya berlaku!sadis, bukan?!

jadi siapa cakap, 'No women, no cry?' patutnya 'No man-lah, no cry!' kerana perempuan lebih sensitip dan air matanya mudah gugur. Hati kami-kan lembut. Bukan seperti lelaki yg egonya tinggi. Cuba cakap, lelaki mana yg mengaku dia menangis?!**klo nangis, mesti sorok-sorok bawah meja atau dalam selimut...senang sikit nak lap ingus!

6.hubungan family korang atau dengan kawan-kawan akan jadi lebih rapat. Sejujurnya ei nak katakan...setelah beberapa tahun kapel dengan beliau, ei tidak lagi dapat join mak cik+pak cik sekeluarga pergi menonton wayang! siyes, tak pernah! sampai aunty pernah kata...

"Sejak dah kapel, dah tak sudi nk tengok wayang ngan kitaorang!"**padahal, sebelum tuh kemain! selalu jugaklah kami tengok wayang bersama-sama dan paling besh dorang yg belanja...makan tanggung berak cangkung!***maklumlah, student time tuh!


selain dari tu,  korang gak tak payan nak penin-peninkan kepala…antara kapel dengan kawan, mana lagi penting?

nah, pasti korang dalam dilemma, kan!

Tengok, banyak-kan ke-best-san menjadi single, sebenarnya! Sehingga ei berasa pelik pabila ada yg tak boleh hidup pabila menjadi status single!Korang sepatutnya menghargai kebebesan yang ada! Masa inilah betul-betul boleh meng-enjoy...nanti bila dah ada kapel, lain pulak schedule korang!


Buat masa ni, ei bagi enam dululah ye…kalau ei ingat balek, ei sambung lagi...

16 comments:

aredique_intan said...

ko mbuatkan aku ketawa sendri....wakakakakka..... hp xpnh bbunyi ye cik ei?hahahahha...cian...jap lg aku miskol ko ye....

eiffel said...

@aredique_intan :: tuh lar pasal!sedih wey...huhuhuuuhuuuu

sesAat daLam seMasa said...

no life without love !! ^_~

eiffel said...

@sesAat daLam seMasa :: lol~

Lya Colours said...

saya bangga saya single !!
walaupon kadang2 meroyan nak pakwe
ngeeeeeeeeeee

Nadya said...

kalau perempuan, korang akan banyak berjimat air mata!

Suka statement ni..ahahahaha

Lagi 1 kalau single,memang tak lekat dengan hp..letak la kat mana² pun..Kadang² tu,baru sedar yang aku ni dah tak tengok hp 2 3 hari dah..ahahaha..
Kalau yang berkapel,melekat dengan hp tu je la..

marina anakcikbob said...

aku belum abes baca, nanti aku smabung balik.. tp aku agree yang single tu bes!

eiffel said...

@Lya Colours :: enjoy pepuas dlu! XD

eiffel said...

@Nadya :: yeah! betolll sesangat!

eiffel said...

@marina anakcikbob :: oke, t sambung xP

Whoopz said...

single rawks! :)

Nobita Sensei said...

single itu best.

::cdot the dot:: said...

betul..aku setuju..

tapi..eh? tapi..

eiffel said...

@Whoopz r u single? xP

eiffel said...

@Nobita Sensei :: yup ^.^

eiffel said...

@::cdot the dot:: :: apa?apa?aku masih single..but not availble xP