9.29.2011

Berasap.


Salam,

Pepagi lagi kereta saia bermasalah. Baru tak sampai 10 km, kami keluar rumah. Tetiba saia ada terbau sesuatu yg hangit. Tapi bila saia tengok dashboard, tiada signal amaran bateri, temperature, atau lambang cerek Aladdin pown yg terpapar. Walaupown begitu, saia dah mula risau.  Mencari tempat yg sesuai untuk berhenti. Akhirnya saia berhenti di susur masuk Giant yang baru siap dibina, sebelum tol Bt 9. Membuka bonet enjin, terasa bahang panasnya. Saia memanggil abang, untuk memeriksa kereta walaupown dia belum ada lesen kereta. -..- **sebenarnya saia tak berani sangat nk sentuh bonet enjin.


Aunty saia mula menelefon pak cik. Abang pula cek air, dilihatnya kosong kemudian saia pergi ke bonet belakang untuk mengambil air lalu menghulurkan 1.5L botol berisi air. Abang tuang kesemua air itu sampai habis. Bila saia nampak abg laju saja mengisi air, saia mula mengingat. Baru saja malam tadi pak cik saia cek bonet enjin. Mustahil pakcik tak nampak airnya kosong atau tidak. Padahal pakcik siap cek minyak power stereng,  minyak hitam, air dan juga minyak brek.
Kemudian saia tunjuk kepada aunty saia, air mineral 1.5L itu telah habis diisi. Aunty mula menanya, apakah semalam pakcik saia tak cek air? Dan pakcik jawab, air itu penuh malam tadi. 
-..-”

Selesai isi air, saia mula memandu. Tapi perlahan saja, dalam 60km/j kerana saia masih bimbang.


Pabila lepas mendaki bukit-bukit yg terdapat di Bangsar, di trafik light betul-betul kawasan bukit. Tetiba aunty bertanya pada saia…

“Asap apa tu yg keluar?”

Saia mula terkejut bercampur cuak. Abang dibelakang mungkin terlena.  Saia terus memasang lampu hazard dan saia memusingkan setering untuk mengengsot ke kiri. Sudahlah terasa lama yg amat ditrafik light tersebut. Sebaik lampu bertukar hijau saia cuba mencari tempat yg sesuai untuk berhenti. Aunty suruh saia berhenti di hentian teksi, tetiba abg bersuara

“Tak boleh. Jalan ni kecik. Berhenti kat tempat lainlah.” sebaik abg berkata begitu semerta saia kena hon. Ah tahi betei. Tak nampak ke saia pasang lampu hazard!Dia tak nampak ke kereta saia dah berasap??!!Saia pula berasap dengan pemandu yg….^*%^$*!

Nak tak nak, saia gerakkan juga kereta. Tak jauh dalam beberapa ratus meter mujurlah ada stesen minyak. Saia masuk dan berhenti di tempat mengisi air dan angin. Seperti biasa, saia menyuruh abg saia cek satu persatu manakala aunty menelefon pakcik. Mereka sangkakan Gear Box yg bermasalah. Tapi aunty berasa pelik. Mengapa sampaikan bonet di tempat duduknya yg berasap. Kemudian pakcik soh abg cek minyak hitam. Kosong.


Aunty memberi saia not 50 untuk membeli minyak hitam. Saia ke Mart Esso tersebut. Terpinga-pinga juga saia nk amek minyak hitam. -..-”

Kemudian ada pakcik di atas motor tanya saia.

“Nak minyak hitam ke?” lalu saia mengangguk.

“Yang besar tu, minyak hitamlah”

Saia terlihat botol sebesar 4L dengan harga RM72. Sedangkan pakcik suruh saia beli yg berharga RM12 saja. Sudahlah bawak RM50. Saia memilih minyak yg sama tp bersaiz kecil 1L. Itu pown berharga RM21! Jadah beza sampai RM9!!!


Abg menuang kesemuanya.Kemudian dia cek kembali minyak hitam tersebut. Masih kosong. Aunty yg dalam talian,


“Kami park bebetul kat kawasan bukit. Memang bukan kawasan rata.” mungkin disebabkan kawasan bukit, jadi minyak hitam yg secoit itu hanya berada disebelah kawasan saja.


Aunty menyuruh saia mengalihkan kereta, sementara abg melihat bekas parking tadi, sama ada titisan minyak. Dan bila saia mengalihkan kereta, abg kata. Ye, ada banyak!Ini bermakna miyak hitam kami bocor!

Saia turun, dan saia lihat ada minyak yg bertakung. Banyak tak banyak, kami berhenti tak sampai setengah jam, adalah suku gelas. -..-”


Saia meneruskan memandu dan akhirnya selamat hantar abg dan dapat juga saia sampai di opiz.

p/s :: Bayangkan saia parking kereta di bawah opiz lebih lapan jam, agak-agak berapa titis minyak je yg tinggal??Hurm…


p/s/s :: Tetiba saia rasa tak pasti, dapat menghadirkan diri untuk Pelancaran Zine Horizon Raya, di Uya pada hari Sabtu ini atau tidak.tsk tsk tsk

6 comments:

HEROICzero said...

itu lah , lain kali hantar servis . bukan mahal pun . keh3x .


header tu comel ! baru perasan .

myMOONyet said...

aku tak tau pasal kete -,.-"


*aku pun tak tau dpt pergi UYA tu ke tak. tapi, aku nak sgt pergi T_T

nurkaloi said...

alahai sabo jer laa yob

Lucifer said...

Puuhhhhh, macam tahi dowh header.

haLyZaQiut said...

laaa.....bahaya nya....cek cek cek...

diana said...

tak tahu apa2 pasal kereta..
yang tahu,masuk kereta buka radio dan pakai tali pinggang keledar....
hehehhe