9.23.2011

Ottoke Men-Download Movie



Salam,

Hari ini saia nak ajar sikit pasal aktiviti donlod. Bukan lah ajar sangat, cerita jerk. Memandang keng-kawan saia ramai yang dok tanya, tak reti donlod lah, nak donlod kat manalah. Ottoke??**'cemana?' dalam bahasa Korea
 -..-”


Jadi, kat sini saia nak share sedikit. Memandangkan kat umah pown dah tukar dr streamxy pada unifi, maka aktiviti mendonlod sangat menular. Sebenarnya klo pakai unify, malas nak donlod.
Korang streaming jela. Siyesly, tak ada buffer langsung. Walaupown abang dan pak cik saia sedang beronline dotakekitsusagantahpejadahgamedorangmain, saia masih boleh mendonlod dengan pantasnya di tibi. Kalau dulu, bila pakcik saia online kitsu kompom saia tak dapat bukak fb apatah lagi blog. Walaupown saia online pakai fon gabak. -..-”

PC aunty saia yg monitornya terbakar, terpaksa disambungkan ke tibi skrin leper 42inci.  So, tibi menggantikan monitor lah kiranya. Tak payahlah tanya cemana syioknya bila streaming terus kt tibi, kan.


Kiranya PC tu memang dikhaskan untuk streaming atau menonton sajalah. Jangan buat pasallah ngengada nak online fb dan twitter kt tibi tu.

Pernah hari tu, saia streaming drama Korea. Member-member pulak sibuk dok tweet-tweet. Pada ketika itu saia online di fon gabak. Silalah paham, online guna fon tak seinzal guna pc. Jadi, saia pown bukalah twitter di tibi. Kemain besaQ!!! Abis satu rumah semua nampak apa status saia. Malu, tahu! Lagi satu, disebabkan ianya terlalu besar, saia rasa sakit mata pula baca tulisan besar-besar. -..-”

Bila nak start ajar nye?

Hah, iyela-iyela. Benti membebel kejak.


….


1st sekali, kalau korang nk donlod cepat, lebih baik gunakan software idm. Hari tu pakcik saia suruh saia donlod Khabi Kushi Khabi Gham yang bermuatan 700MB, kemudian saia terdownlod tanpa guna idm.  Awak tahu berapa durasi yg diperlukan? Hampir sejam!!! Itu pakai unify! kalau tak pakai unify, awak agak-agak berapa puluh jam pulak? Then saia donlod balek guna IDM. Ianya hanya mengambil masa 15MINIT! IDM ni korang boleh curi mana-mana video yang korang streaming, tak kisahlah kat utube ke atau kat mana skali pown. Itu yang best.tehehehee

Lepas dah ada IDM, senanglah sikit keje korang nak mendonlod movie. Sebenarnya banyak je tempat korang nak donlod movie, kalau saia selalu download drama korea azdrama.net . Kalau korang streaming, kat situ hanya satu link saja di mana korang boleh tengok drama tersebut berdurasi 66minit. 

Yang tak bestnya, link yg diberi untuk mendonlod tu, kebanyakkan nya saiznya besar-besar belaka.  Bayangkanlah, satu episode drama nya bersaiz 700-800MB sedang kan kalau korang download kat jieazzmovie.net file hanyalah 300MB saja. Mungkin fomat videonya yg menyebabkan ia jadi berat. Di jieazzmovie.net pula apa yg tak best adalah ada beberapa page nk kena bukak. Macam iklanlah, dan ianya dipecahkan kpd dua bahagian. Kalau nak combinekan kena guna hjsplit.

HJSplit pulak korang boleh download, dan biasanya hanya mengambil masa tak sampai seminit utk digabungkan. Pilih join, then browse file korang. Biasanya hanya satu file saja akan terpapar. Then, korang kelik jerk kt file tu dan combinekan.

Lepas korang dah combine, tapi tetau file yang korang donlod lapanjam tu tak boleh bukak. Peh peh peh! Rasa macam nak hempuk je PC tu kan. Jadi, baik korang donlod Media Player Classic atau AVS Media Player. Semua jenis file pown dia boleh mainkan. Media Player Classic paling senang sebab korang boleh load subtitle. Apapownboleh!

Mana-mana movie yang korang nk subtitle macam movie Khabi Kushi Khabi Gham contohnya. Jadahlah nak tengok hindustan tak ada subtitle, kan. Korang boleh jer cari dekat open subtitle. Dekat situ, siyesly memang ada banyak! 

Kalau tak silap, korang jugak boleh combinekan subtitle dalam movie , guna AVS pown boleh gak. Tapi saia malas nk godek. Miahahahaha

 Dan ada jugak kaedah lain dan sekali lagi, saia malas nk godek jugak. Heu heu heu


Biasanya, saia akan donlod bebanyak dalam 10-20 episod drama korea terus, dan mengambil masa dalam sejam dua saja utk disetelkan.**menggunakan unify dan bergantung pada saiz file tersebut

Korang pulak selalu donlod cemana? kat mana? Ottoke?Ottoke???
Manatau, kat situ lagi best ke. Heu heu heu


6 comments:

Raihana Izzati said...

ah untunglah pakai unify..

GOM Player lagi best *tetibe*

saya copy kawan je~

eiffel said...

GOM? 1st time dgr.hahaha

Mario said...

ooo..bestnya ada tv besau ...

HEROICzero said...

peh ! tutorial bhaiii ~ ha ha .


untung lah ada unifi . tempat gua tak support . =S

catherine- said...

wahh! <--- dalam bahasa korea ottoke??

nurkaloi said...

hurmmm sila ajar lagi
kaloi penat bace daaa
hahaha

pape punn kamsahamida