9.15.2011

Sijil Kematian 'Kakak Kesayangan'


­­­­­­­­­Salam…


Sesampai di opiz pagi semalam saia perut saia terus mendendangkan lagu Keroncong Untuk Eiffel. Ah, sedak kemain lagu tersebut. Sampai saia tidak sabar rasanya, lalu meluru ke tempat rakan saia di mana satu-satunya meja yg, adanya telefon opiz antara kami berempat.


Kita sebagai pekerja, harus menikmati kemudahan yang sedia ada. Tak elok membazir. Sudahlah cukai top up mahu naik 6%, walaupown saia sudah hampir empat tahun tidak top up, bukan bermakna saia perlu memandang enteng perihal ini. Ah, saia sudah kelauk lagi.
Lantas, saia koling-koling Tamara. Untuk apalagi kalau bukan mengajaknya bekpez. Seperti biasa, seawal pukul 8pagi, pasti Tamara sedang enak dibuai mimpi basah hasil menonton video ‘amma ammah’ nya itu.

...

“Oit, ko kat mana tu?” tanya saia sejurus Tamara mengangkat fon.

“Hello…ermm..aku kat umah?Asal wey? Nak ajak aku bekpez ke?”

“Hah, yela. Habis tu apalagi?” jawab saia eksyen.

“Hah, tunggu jap. Aku mandi.” jawabnya sambil kami meletak fon.


Setelah hampir 800 kali lagu Keroncong Untuk Eiffel diulang main dalam perut saia, bersamaan pukul 8.45 pagi, tiba-tiba entah no sesiapa entah terpapar di skrin fon gabak saia. Saia dengan malas mahu menyambungkan Bluetooth, lalu memperlahankan volume deringan fon. Angkat dan memandang fon bajet kami sedang berbuat video kol.


“Hello?” 

“Wey, aku ni.”

“Oh, hah. Asal?” sebaik saia mendengar suara Tamara.

“Aku tak ley masuk opiz lah. Makcik aku meninggal.”

“Oh, yeke. Hm, tak pela. T aku bagitau ‘kakak kesayangan’ [baca :: kakak menjengkelkan], kau tu.” jawab saia.

“Hah, oke. Thanks, beb”.


Esoknya bersamaan pagi tadi…seperti biasa saia menelefon Tamara mengajaknya brekpez. Tapi saia syak, ianya lebih kepada wakeup kol. Mana taknya, biasanya saia kol, mesti dia tengah tido. Mujurlah dia kata dalam perjalanan ke opiz, tapi dalam perjalanan ke opiz pown ambil masa 2jam juga. Katanya drive dr umah aunty nya di Muar.


Akhirnya, pada pukul 10pagi baru Tamara sampai di bawah opiz. Ah, biasalah. Tamara memang, ada share saham dengan company ni. Penah masa hari Isnen yang lalu, dia masuk pukul 3.00 PETANG then balik pukul 5.30 seperti biasa!!! Padahal, drive dr kampung dengan pecutannya 130km/j biasanya 2jam setengah saja dah sampai opiz. Kemain dah sekarang budak Tamara ni! Macamlah jauh bebenor kampungnya tu. Giler kentang betei, kan!

Masa bekpez tadi, saia kemudian bertanya perihal pengebumian jenazah dan sebagainya.

“Wey, nak kena hantar ke surat kematian tu kat ‘kakak kesayangan’ kau tu?” tanya Tamara.

“Eh, kenalah. T dia ingat, kau tipu pulak. Baik, ko bagi” jawab saia.

“Sebelum bagi tu, tukar nama, letak nama ‘kakak kesayangan’ korang dulu” jawab bf Tamara.

“Letak nama dia?”

Lantas saia berimaginasi…bagaimanalah riak muka ‘kakak kesayangan’ tengok namanya atas surat kematian yang diberikan Tamara.

Nama : Watie.
Umur : 35 Tahun
Bangsa : Melayu
Tarikh Kematian : 14 September 2011, 0220Hours.

p/s :: Watie bukan nama sebenar ‘kakak kesayangan’ Tamara.


camtaek...


4 comments:

Akim Iqbal said...

har har har.. sudah lama tak tinggalkan jejak kat sini..

~butterfly~ said...

hai eiffel...

singgah sini slalu tapi komen baru skali ni rasanya..

tapi mmg kan klu pempuan dengan orang yang dia 'anti' akan adalah gelaran

-kakak kesayangan
-mak cik kesayangan
-abang kesayangan
-bos kesayangan

*sila baca kesayangan dengan lunaknya..

paling best dulu satu geng penah gelar sorang kwn yang cengih ni

-mak tiri-

waaaaa haru..

haLyZaQiut said...

kemainnnn tauu...

HEROICzero said...

*tepuk2 bahu*


takziah ~