salam…
kelmarin saia menghadiri majlis
resepsi linglung. ah, kemain buat garden wedding di Taman Rimba.
Sebenarnya , saia bukan nak
ceritakan sangat pasal resepsi Linglung ne.
Yang saia nak cerita pasal kejadian di Uya hampir dua bulan yang lalu.
Bayangkan saia sudah membeli beberapa buah buku di sana, tapi satu buku pown
saia tak baca lagi. Hebak, kan! Mana taknya, bizy melayan drama korea saja. Nak
baca pown tak ada mood. pffttt!!!
Walaupown opiz di KJ, tak bermaksud area
subang dan shah alam jadah semua tu saia tahu. Iyelah, saia duduk di Cheras,
bukan di KJ. Maka, memang agak faul nak pergi ke Subang Parade lelebih lagi
Uya.
Disebabkan saia jumpa member sebelum
ke Uya, saia yg dari arah Shah Alam pown membuat panggilan dengan bos.
Bertanyakan arah ke Uya. Bos yg tak berapa nak comel pula suruh kol Chacha,
katanya dia tahu jalan.
Bila sebut nama Chacha, tetiba saia
teringat. Ah, saia pernah add dia di fesbuk. Tapi kemain eksyen lagi dia tak
mahu approve saia. Disebabkan rasa kecomelan saia tercalar, kerna tidak di
approve. Maka, saia telah nekad mengambil keputusan untuk juga menyombongkan
diri dengannya.
Jadi, sebagai gadis yg sangat menjaga
kecomelannya. Maka saia dengan berdalih dengan bos.
“Ala, ko bagi aku no leplep lah! Aku
tak kenal lah sapa Chacha tu.”
Ah, saia jujur hapa. Memang saia tak
kenal pown!
“Hah, oke. Oke. Jap gi aku mesej no
dia.”
“Oke!”
Tak sampai seminit kemudian, mesej
berupa contact number pown masuk. Saia terus dail. Disebabkan saia dengan
Leplep ni adalar beberapa kali bertegur sapa di alam maya. Saia tak segan
dengan dia. Dah lar kami ni sebandar. Bila saia kata sebandar, itu bermaksud dia
juga duduk area Cheras. Kemain hari tu ajak saia berjogging tapi haram tak
pernah nye jadi!
Saia dail dan beberapa bunyi tut
tuutt dia dah angkat. Tanpa memberi salam atau berkata Hello mahupown tanda-tanda
saia nak ngorat dia, terus saia terjah!
“Wey, cemana jalan nak gi Uya ne
wey!”
“Hah, ni sapa ni?”
“Aku lah! Wey, cemana nk gi Uya?” saia terus-terusan bertanya.
“Ko dari mana ne?”
Kemudian saia terangkan lokasi saia,
dan dah dapat jawapan mana yg patut, saia terus letak. Adalah beberapa kali
saia tersalah jalan dan kol puaka tadi.Dan akhirnya selamatlah jugak saia
sampai kat sana, setelah dah bosan bertanya dan akhirnya meredah mengikut
naluri.
Disebabkan itu pertama kali saia
berso-sial dengan bebudak blogger yg kemain ramai taktau plak muncul dari mana.
Saia hanya memerhatikan ummat yg berbagai ragam sambil menunggu bos.
Kemudian
perlancaran Terfaktab pown bermula seterusnya sessi perkenalan skuad terfaktab.
Sambil melihat persembahan, saia
masuk intai-intai dalan Uya. Kelihatan Leplep duduk di sofa. Saia berlagak
sombong tak mahu tegur dia. Disebabkan saia tahu puaka Leplep ni sangat pames,
jadi saia memang malas nak tegur. Nanti makin riak pulak si Puaka tu.
“Camtaek!” tegur Leplep.
Saia pandang.
“Ko camtaek kan, aku kol ko!” saia
terus serang Leplep.
“Hah, bila masa ko kol aku?” tanya
Leplep pepurak tak tahu.
‘Haish, pesen pepurak ni memang nak
mati gamaknya!’ namun saia menyabarkan hati. Puaka macam ni jangan nk buat main
sangat!
“Eh, tadi yg aku kol ko. Tanya nk g
Uya tu, aku lah!”
“Eh, mana ada!Ko tengok henpon aku.
Mana ada. Bila?” sambil Leplep menunjukkan henpon cokia sepesen 3310 gamaknya.
“Hah???Meh, aku try kol jap!”saia
tak puas hati. Lantas menyelak fon gabak dan mendail no tadi.
“Ko kol sapa sebenarnya?” tanya
Leplep sambil membuntangkan matanya. Kekonon nak bagi saia cuak.
Tut tuuttt. Tut tuuttt!
Namun fon milik Leplep tidak menyala
apatah lagi berbunyi.
“Hello.”
Di tiang tangga, saia nampak ada mamat
sedang bercakap di telepon.
Pap!Saia terus letak fon.
'Janganlah dia ingat lagi pasal tanya jalan g Uya!' hati saia terus berdoa sampai sekarang.
p/s :: Jangan ada sesapa tanya,
siapa yg saia kol tu!pffttt!!!
4 comments:
sapa weh?? aku nak tauu!!!
huhu. siapa tu?
Chacha lettew.
kau call chacha woiii. aku ada sekali dengan dia waktu tu. kahkahkah!
Post a Comment